Entry: [1] - Gadisku, Wan Adnin Sunday, February 27, 2011



PROLOG

 

 Ikan berenang dalam lubuk,
      Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
      Adat sirih pulang ke gagang.

 

Itu nenek Adnin. Di sebelah utara ni, cucu-cucu memanggil neneknya tu dengan panggilan 'tok'. Sementara kalau nenek lelaki pula, mereka panggil 'tok wan'. Namun yang lebih istimewanya Adnin panggil 'tok' sebagai 'Tok Bonda', jauh gelarnya berbanding dengan nenda. Adnin bukannya kerabat diraja. Kalau ada darah-darah bangsawan pun, memang dah 'cair' sungguh. Namun gelar ini, gelar beradat... kerana Adnin dibesarkan dengan penuh adab.

Wan Empuk, nama nenek Adnin tu.

Tok Bonda ni orangnya pelik sedikit, sebab Tok Bonda bagaikan terperangkap dalam zaman yang lain. Tengoklah pakaian Tok Bonda tu, baju Kedahnya siap berkanji keras walaupun dia sekadar hendak buat kerja-kerja kebun di luar rumah sahaja.

Kain batik Tok Bonda diikat kemas. Kadang-kadang Tok Bonda pakai tali pinggang besi pula tu. Alah, tali pinggang daripada perak tu! Cantik ikat pinggang tu. Jenisnya  bukan seperti yang orang lelaki pakai waktu ihram tau. Susah untuk Adnin tunjuk, sebab susah hendak cari ikat pinggang begitu dalam pasaran dah. Rasanya kalau dicari di kedai baba nyonya di Melaka mungkin ada kut.

Senyuman Tok Bonda manis, mukanya putih bersih dan orangnya kecil molek. Tahi lalatnya, ada di tepi hidung. Macam Seniwati Mariam. Itu sisi pertama nenek Adnin la.

Syhhh... tapi sebenarnya, Tok Bonda tu seorang yang rectangular ada empat sisi.

Rectangular? Empat sisi?

Ya, Tok Bonda ada sisi baiknya; sisi garangnya; sisi sombongnya; sisi sedihnya. Adnin menyukai dan sentiasa mengingati Tok Bonda dalam dua sisi sahaja: sisi baik dan sisi sedih. Adnin tidak mahu mengingatinya Tok Bonda yang garang, apatah lagi Tok Bonda yang sombong itu.

Tok Bonda asalnya anak kepada orang bangsawan. Katanya orang, Tok Bonda ini ada darah kerabat jauh-jauh dengan Mat Saman juga. Entah ya, entah tidak...

Mat Saman?

Ya, Wan Muhammad Saman. Beliau, Perdana Menteri Besar Kedah yang pertama. Beliaulah yang membina Terusan Wan Mat Saman yang menganjur dari kaki Gunung Jerai sehinggalah ke Tandop tu. Panjangnya 35 kilometer, dan dikatakan terusan terpanjang di dunia yang digali dengan tulang empat kerat sahaja. Tekunnya orang Melayu kan. Hanya Inggeris sahaja yang kata Melayu tu malas. Adnin bangga sangat jadi orang Melayu.

Itulah asalnya, kenapa Tok Bonda begitu dekat dengan istana. Tok Bonda sejak kecil diasuh dengan tata bangsawan, dengarnya. Bagaimanapun Adnin tidak pasti, Tok Bonda 'diasuh' di istana atau bekerja sebagai 'amah' di istana. Mana berani Adnin bertanya, mahu Tok Bonda tidak bercakap dengan Adnin seumur hidup.

Bagaimana acuan begitu kuihnya, jadi... sebab itulah, Tok Bonda jadi begitu sifatnya. Konservatif. Aristokrat. Err, Adnin telah lama menjadi 'rakyat marhaen' dalam 'kota diktator' Tok Bonda.

... tapi di sisi yang satu lagi, sifat Tok Bonda yang begitulah yang menjadikan Adnin gadis yang istimewa.

Istimewa?

Apa yang istimewanya, Adnin ya?  

Adnin sendiri pun tidak pasti, dan tidak pernah tahu.

 

[Bersambung]


Catatan:

(a) Ini versi edit untuk tujuan penerbitan. Kaksu hendak kekal cerita yang kaksu tulis dengan kawan-kawan di sini; Tok Yang, Tok Umi, Kak Ajah, Zie, Jidah, Lila, Hani, dan Xilem dalam Tepaknya Emas, Pinangnya Mana? suatu waktu dahulu. Itu antara kenangan terindah. Jadi kaksu sudah tukar tajuk e-novel itu kepada, Gadisku, Wan Adnin.

(b)  Kaksu juga ingin ambil kesempatan ini ucapkan Selamat Ulang Tahun untuk empat sahabat penting bulan Februari yang dulu-dulu selalu bermain di Taman Puspa Sari ini: Tok Yang, Syud, Zie (a.ka. Nacha) dan Mim (yang lukis gambar kulit Surat Ungu untuk Nuha), moga sahabat kaksu ini sentiasa dalam rahmat Allah, dan disayangi Allah. Kaksu sayang mereka. 

   9 comments

ryn
March 16, 2011   09:20 AM PDT
 
huwaaaa daku tertinggal dek tongkang... nasib baik ada angin sepoi2 meniup, lambat2 pon sampai juga *hug hug kaksu n da gang*

tapi...kenapa ya rasanya lain?? kaksu dah masukkan perisa stroberi ke?
adhan
March 11, 2011   07:40 AM PST
 
kak su,
saya takde ek? saya pun lahir dlm bulan februari :) tapi saya bukan org penting hehehe
Jid
March 9, 2011   06:25 PM PST
 
Adnin the return... terima kasih kaksu kerana mengubat rindu yang lama terpendam... :-)
yang jauh di pulau
March 9, 2011   03:18 PM PST
 
kaksu terimakasih atas ingatan yg terlebih gula itu, ampun terlambat sangat sampai. Setelah cik krisda pergi, kita bagai kehilangan seluruh masa :(
kaksu
March 7, 2011   03:26 AM PST
 
Wan dan Sooly,
terima kasih, memang perlukan doa sekarang ini, bulan Mac pecut bagaikan kuda sahaja. Doakan lagi tau.

Jidah,
terima kasih untuk semangat yang Jidah duk hembus ni ahaks

Syud,
:D :D
syud
March 2, 2011   09:43 PM PST
 
sayang kaksu juga! muahhhh
Jidah
February 28, 2011   06:36 AM PST
 
Rinduku terubat kembali....
Wan enak kan kita berlari sambil dok tarik tocang adnin nie mesti dia jerit panggil nama tok sebab kita dok kacau dia hihihiiii

Kak su, hati berbunga gembira sebab jendela mak tok kembali berseri semula.
Nanti jangan migrian tau kalau dok dengaq kami terjerit2 main dengan Adnin kat sini hihihiiii ooopsss nanti Tok Bonda cekak pinggang sambil pegang rotan, lariiiiiiiiiiii....
sooly
February 27, 2011   09:38 PM PST
 
Kak Su sayang,

selamat berkarya..moga diberikan kekuatan, kesihatan & ilham yang berpanjangan untuk hasilkan novel ni ya...

emm..harapnya satu novel penuh dari kak su...bukannya kompilasi...xpuas nanti nak membacanya....
wanAmalyn
February 27, 2011   06:36 PM PST
 
kaksu...
Moga DIA sentiasa melapangkan segala urusan kaksu... moga DIA sentiasa melimpahkan rahmat-Nya buat kaksu untuk menyudahkan segala apa yang belum langsai!

Jadi rindu pada semua orang yang pernah bermain 'masak-masak' di pondok Tok Bonda ini. :(

Tok Yang, Syud, Zie & Mim... selamat puja umur untuk kalian!
*bighug* wan

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments