Entry: [1] Kelip-Kelip Terbang Malam Saturday, August 07, 2010



cinta itu seperti air  jernih

mudah terlihat tanpa sempat disembunyikan

 

Jennah Bee Sutan Hamid

Pengurus Projek MCCP

 

KASUT setinggi tiga inci itu mengayun badan Jennah yang masih langsing. Dengan merapatkan beg Coach warna coklat muda ke ketiak, dia menuju pantas ke ruang depan Hospital Serdang. Matanya mengerling J.B Bouvier sekilas, waktu melawat cuma tinggal 15 minit lagi. Sempat ke tidak nanti. Hendak menunggu lif pun bukannya sebentar. Dibetulkan tudung Ariani warna hijau serai yang terselak sedikit. Tudung itu kena sekali dengan bajunya yang sewarna, bercampur bunga coklat samar daripada krep itu.

Mesti kakak sudah muncung panjang ni. Hendak beri alasan apa lagi, kalau mesyuarat lambat habis tadi. Biasalah, ahli lembaga pengarah tu semua kalau dapat duduk selesa dalam bilik dingin, siap dapat menghirup kopi lagi dan disajikan dengan segala makanan kuih timur dan barat... mesyuarat satu jam boleh jadi dua tiga jam. Kadang-kadang cerita fasal jambatan boleh terbabas menjadi cerita fasal golf pula. Mujurlah cerita bola sepak sudah suam pun, kalau tak mahu maghribnya dekat ofislah jawabnya.

"Puan Jennah," sapa doktor muda yang berselisih di sebelahnya. Baru sahaja keluar dari lif yang sarat dengan manusia pelbagai ras.

Hatinya merungut, terlupa pula dia... siapa budak tertib lagi peramah ni.

"Doktor baru nak balik, ke?" balasnya, cuba menghilang rasa canggung. Sukar untuk dia meneliti tanda nama doktor ini. Mujurlah dengan kot putih dan stetoskop itu mengesahkan dia sorang doktor. Jadi mudah Jennah menyeru panggilannya begitu. Kalau tidak malu juga, orang kenal nama kita... tetapi nama dia kita lupa.

"Nak ke kafe sekejap, saya kerja malam hari ini."

Ooo, doktor tu. Baru teringat. Graduan Universiti Moscow!

Doktor kacak itu berlalu, fikirannya melayang pada kakak di wad atas. Jennah melangkah ke dalam lif yang sudah hampir tertutup. Segera dia menekan tingkat tiga. Mulutnya berbunga senyum.

Dia teringat kini. Dia pernah terserempak waktu doktor itu melirik dan melebarkan senyum pada kakak hari itu. Hati Jennah menjadi kembang. Kakak sudah di tahun akhir, dan sehingga kini kakak tidak ada sesiapa lagi. Itulah yang membuatnya susah hati sikit. Kakak bukannya hodoh, cuma dia tidak percaya pada kesetiaan lelaki sahaja. Lalu...

Jennah tersenyum lagi. Apa salahnya dia cuba dekatkan hati kakak dengan doktor tadi. Dia tanggalkan kaca mata hitam, dan menyimpan Calvin Klien itu dalam Coach coklatnya. Mana pula, cermin mata yang satu lagi!

Patutlah dia tidak dapat membaca tanda nama doktor muda tadi, rupanya dia berkaca mata hitam dalam bangunan!

       

 _______

Anekdot:

  1. Maaf ya kaksu tidak boleh selak Langsir Biji Remia, entah kenapa... fikiran kaksu tidak ada pada jiran sebelah rumah itu lagi huhuhu.
  2. Jadi kaksu gantikan dengan 7 episod Kelip-Kelip Terbang Malam ni. Moga cerita ini dapat menggantikan Duha-Umair buat sementara waktu ya.
  3. Pada pesanan di Jendela tu, terima kasih ya... baris kata di situ selalu buat kaksu tersenyum senang. Maaf ya, walaupun kaksu tidak membalasnya di situ, tetapi kaksu membalas dalam hati tu.

   16 comments

Farah
March 29, 2011   11:35 PM PDT
 
salam. love ur story. byk yg sy belajar dr novel akak. kdg terfikir mcm mn akk dpt idea mcm tu. Masya Allah. Maha suci Allah yg berikan ilham tu.
Semoga Allah sentiasa memberkati mu kak su
iYa
November 13, 2010   02:06 PM PST
 
k.su~ thanks2.
da lama x singgah sini.
boleh marathon ni~
illii
October 29, 2010   01:30 AM PDT
 
yeay!! cerita bru lagi :)..hihihi sukke lah
semoga dapat jdi buku tebal juge :P
sooly
August 19, 2010   08:56 AM PDT
 
salam kak su..
wah sudah ada entry baru...
tp akak bergaya sket...mcm2 produk kak su tolong promosi sama kali ni...

tudung ariani la...ck la...jb bovier la...
penaja bersama ye kak su? :P

rindu pd kak su :)
dilla
August 10, 2010   04:06 PM PDT
 
Kak Su,
Rancang tulis 7 episod saja? Emmm... adakah kerana ada rancangan lain yg lebih menarik? hehe...
Apa saja Kak Su tulis, saya mesti baca punya.
*Baru je dapat baca kesudahan cerita antara Pyan&Piyah. Menarik :)
*Terima kasih sudi jenguk blog saya :)
iejay
August 9, 2010   04:13 PM PDT
 
kak su!!! sukanya ada cerita baru...
kak su hidang cerita apa pun iejay sentiasa teruja nak membacanya tau. jenna tu mesti cik lagi kan? doktor tu mesti saja2 panggil jenna dgn gelaran puan, nak test market tu nak ta org tu dah berpunya ke belum... hehehe...
Aishah Jamal
August 9, 2010   04:01 PM PDT
 
yeah!!! cerita baru lagi.

Cayalah Kak Su.
hlovate
August 8, 2010   11:56 AM PDT
 
mata masih mamai dengan travel,tapi masih nampak

Serdang

Coach

Moscow

dan masih mahu juga tunggu Uganda.haha
adhan
August 7, 2010   09:08 PM PDT
 
sukanya..tak sabr nak tunggu tapi napa 7 je? :D
Nacha
August 7, 2010   12:42 PM PDT
 
Jennah Bee? amboi! anak mami ka? hmmm... cuba bayangkan yg hero dia pun iras2 pelakon bollywood. hehehe..
ladDybirdD
August 7, 2010   11:42 AM PDT
 
waa.. Bez nye.. Next! Ekeke xD
wan empok
August 7, 2010   11:05 AM PDT
 
amboi cik nina, paginya dah sampai. hari ni tak selia shah rukh khan ka?
kaksu, kita nak beli la sepek itam calvin klein tu buat raya hihik
eita
August 7, 2010   11:04 AM PDT
 
puan jennah? samada dia bukan heroin or dia heroin yang sudah 'berpangkat'... hehe.. will wait! =)

kak su, datang selak langsir rumah eitalah, kot2 ada idea melimpah-ruah... ;)
kaksu
August 7, 2010   11:01 AM PDT
 
nin,
cepatnya dia... kaksu baru saja nak umumkan dia dah sampai... :)

nin, rindu padamu... tetapi hendak dipeluk tangan tu tidak sampai huhuhu.
nina
August 7, 2010   10:59 AM PDT
 
Jennah awat gelap lak.. hahahaha kaksu si jennah tu pakai kacamata itam taiwan ka?

nina
August 7, 2010   10:57 AM PDT
 
eee ade stori baharu lah...

psssstt langsir biji remia jan disimpan dlm peti besi sudah

sayang kaksu mmmuah

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments