Entry: [3] - Langsir Biji Remia Thursday, May 06, 2010



semilir angin basuhlah warna hatinya   

 

DUHA ITU hujan renyai dan Umair terkenang pada Duha Hafanya. Bagaikan terlihat gadis comel itu dengan cekak hijau di kepala menongkat dagu memerhati renyai yang membasahi bumi.

"Kenapa?"

"Demam, dan batuk. Mummy tak kasi main hujan!" keluhnya. Duha memang  pantang tengok hujan turun, pastilah dia hendak turut mandi hujan. Kadang-kadang Umair dengar neneknya akan menjerit dalam bahasa Benggali memarahinya.

"Jom kita buat kapal kertas dan layarkan dalam longkang bawah ni!" usul Umair, segera meninggalkan Duha. Dicarinya kertas di rak buku dan mula membuat kapal. Sebuah untuknya, dan sebuah untuk Duha. Namun, untuk Duha disembunyikan di tepi meja. Selesai sahaja dia kapal kertas itu, dia merapat ke jendela semula.

"Kenapa tak buat?"

"Saya tak suka kapal, saya suka kapal terbang!" jawab si manis sepuluh tahun itu.

"Buatlah kapal terbang dan terbangkan ke arah tingkap saya ni." Balas Umair.

Duha Hafa menukar tangan kiri pula untuk menongkat dagunya. 

"Awak buatlah dua buah kapal, layarkan di bawah sana. Saya akan buat dua buah kapal terbang, dan awak simpanlah sebuah." Duha berlari ke meja tulisnya.

Sebentar kemudian dia datang kembali dan mukanya ceria kembali.

"Mana kapal terbang?"

"Lepas hujan berhenti, baru boleh lancar. Kalau tak mana boleh mendarat di bilik awak." Balas Duha. Senyumnya panjang. Matanya yang sayu pilu itu turut memandang Umair tanpa malu. Dia belum ada apa-apa rasa pun pada Umair; dan Umair pula yang jadi malu-malu.

"Tunggu saya turun lepaskan kapal-kapal ni dahulu..." Umair cuba melepaskan diri dari rasa canggung ditenung begitu oleh Duha.

Duha mengangguk.

Wind chime berbunyi: gemeresik.

Tika Umair memandang ke luar untuk kedua kalinya, memang Duha Hafa tidak ada pun menongkat dagu di muka jendela pun. Sepuluh tahun sudah berlalu.

Mata Umair memandang ke arah pintu pagar rumah Encik Hud. Seorang gadis tinggi lagi langsing, dengan tudung dan purdah berjalan pantas selepas menutup pintu Mini Cooper. Umair nampak Kak Hada yang memandu kereta hitam-putih itu. Renyai diredahnya cepat-cepat. Boot hitam ditanggalkannya, dan beg sandang coklat diraba untuk mencari kunci rumah.

Duha ke?

Terasa darah Umair mengalir semula. Rasanya itu Duha. Anak Encik Hud  Osman seorang itu cuma. Siapa lagi kalau bukan dia.

 

* * *


MALAM ITU
lampu bilik Duha menyala. Sejak dua minggu Umair di sini, baru kali ini lampu itu terpasang. Sejak siang tadi Umair menunggu-nunggu jendela sebelah dibuka. Dia tidak makan tengah hari dan malam, bimbang terlepas saat ini. Terasa seperti menunggu penyu bertelur di Rantau Abang sahaja. Ya, rasa seperti kalau kita mengerdipkan mata kita terlepas saatnya. Rasa seperti menunggu bunga Bakawali berkembang... sesaat sahaja kelopaknya akan layu, jadi mata harus ditala terus-menerus...

... dan

Jendela dibuka, langsir biji remia dikuakkan. Tiba-tiba seorang gadis berpurdah hitam memandang ke arah jendela Umair; seperti sedang tekun mendengar bunyi wind chime di situ. Umair bersembunyi di belakang jendela sambil memegang kapal terbang kertas pemberian Duha dahulu. Kemudian dia mula bergerak ke arah jendela.

"Duha? Ini Umair!"

Dia diam.

Tidak berkutik.

Dia menutup semula langsir biji remia dia.

Umair yakin itulah Duhanya. Mengapa dia mesti sembunyikan diri daripada aku?

Apa salahku. Mana pergi indah ikatan persahabatan dahulu. Sepuluh tahun tidak terlalu lama untuk dia mengingati seorang sahabat kan?

Lampu biliknya dipadamkan.

Dan Umair terus diserang insomnia sepanjang malam.

 

[Bersambung...]

 

Catatan:

Terima kasih kerana sabar menunggu entri yang tidak sepertinya. Kaksu memang tidak ada di depan Si Merah Jambu sepanjang dua minggu yang lalu. Salam ukhuwah dan kasih sayang daripada kaksu. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia... sesekali dapat juga saling menyelak Langsir Biji Remia lagi... melihat Duha Hafa.

   14 comments

kaksu
May 10, 2010   01:53 PM PDT
 
syud,
macam separuh lagi kaksu nak kejar serindit - cam tak terkejar ahaks

suzana,
maaf pergi tak sempat cakap, macam kelam-kabut aja uwaaa maafkan kaksu sekali lagi.

adhan,
biasalah... tulis panjang orang jemu pulak huhuhu

kakmon,
adakah ini pengakuan kakmon seusia dengan kaksu, padahal kakmon sepatutnya lebih muda daripada kaksu? hahahah

kak ajah,
teringat dekat arwah abah yang suka air sejuk dimasukkan dalam botol kaca dalam peti sejuk - supaya lebih dingin :)

iejay,
memang boleh join kelab malas cuci langsir kaksu ahaks... dulu-dulu orang suka 'dye' langsir juga, sebab lepas basuh bubuh klorok, langisr jadi warna putih ahaks

nur diyana,
cerita bukannya cerita lawak, sebuah cerita sedih sebenarnya...
nur diyana
May 7, 2010   04:18 PM PDT
 
salam kak su... akhirnya ada entry baru.... teruskan menulis kak su ceritera ni ye... xsbr rasanye nk tunggu entry slps ni... =)
iejay
May 7, 2010   11:50 AM PDT
 
kak su dulu masa kita dok rumah sewa masa study, 2 thn menyewa 2 tahun tak turunkan langsir bilik... bila dah keluar rumah sewa bawa balik langsir ke rumah mama dan rendam sebelum basuh.. huhuhu entah berapa kali salin air... semua hitammm!!!

kak ajah, botol laku ke jual? kat KL ni botol kaca org recycle tu tak maula... botol plastik x apa...
Kak Ajah
May 7, 2010   07:14 AM PDT
 
kakmon, kalau kat kampung kita jual botol tu. mesti tak sempat kakmon nak buat candelier ke apa. botol dah jadi duit.
kakmOn
May 6, 2010   08:36 PM PDT
 
kaksu... awat mende serupa yang kita sama suka.. contoh: botol2 di atas itu. KakmOn dah kumpul banyak botol menet, kunun nak suruh bang mat wat chandelier kadabra.. Alih2 botol tu dah jadi abra kadabra, pak supir itu buang ke sampah.

MENCI (~;~)
adhan
May 6, 2010   01:01 PM PDT
 
la...baru nak senyum lebar...tup-tup dah habis hehehe
suzana
May 6, 2010   11:29 AM PDT
 
kak su,rindunya pada kak su,bila sms juga tak dibalas tertanya-tanya juga dihati,tapi rasanya dah tahu dah kenapa senyap je :-)
syud
May 6, 2010   11:10 AM PDT
 
kak su,

:D
kaksu
May 6, 2010   10:57 AM PDT
 
anis, me too :)

tok yang,
hari tu Enche Housemate nak beli langsir siput nak letak antara dapur dan ruang makan... dia ingin isteri dia sopan santun sangat kalau berjalan, mau terjerat dengan kulit siput tak boleh lepas...

wan,
rindu itu rupaya racun... mengalir bersama darah :) peluk juga... mujur pink tak menyampuk, kalau tak dia ajak wan makan kuaci sambil tongkat dagu depan ni.

wan,
wanAmalyn
May 6, 2010   09:41 AM PDT
 
kaksu... miss you too!! :(
& miss all about you...

yay!! sekurang2nya wan boleh teman Umair tongkat dagu tunggu si Duha Hafa.. sambil wan tenang2kan diri....

*big hug*
tok yang
May 6, 2010   06:43 AM PDT
 
kaksu bab langsir tu kita satu kapal, 1dekad tak turun2, tunggu sampai dia jatuh seniri :D

dulu waktu tok yang tinggal rumah kompeni, tok yang punya langsir kulit siput, bila nampak langsir biji remia duha, rasa nak pi gerai philipine labuan balik nak gantung semula kulit siput di jandela, tunggu tok wan balik dari pantai ;)
rnysa
May 6, 2010   01:02 AM PDT
 
miss u :(
kaksu
May 6, 2010   12:53 AM PDT
 
Nacha, miss you tau... apatah lagi sejak you jadi popular di media ahaks... nanti kena bawa tunjuk :)

Nacha, pemalas basuh tudung tingkap tu, rasanya macam pengalaman sendiri... rasanya, kalau langsir tu diturunkan, 'sure'lah hancur dalam mesin basuh...

Hihihi apa-apa pun, kaksu 'take note'...
Nacha
May 6, 2010   12:46 AM PDT
 
kaksu... i miss you already. i miss your entry too. hehehe..

wah! walau 10 tahun sudah berlalu langsir biji remia masih utuh di situ. pasti tuan rumah itu sgt setia dgn rona itu.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments