Entry: [2] - Langsir Biji Remia Friday, April 09, 2010



angin bertiup kencang, hati belum jua terusik

 

UMAIR patahkan sekeping pisang tanduk menjadi dua, dan sebahagiannya dia cecah dalam sambal kicap. Sejak pernah duduk Pasir Gudang,  dia sudah tidak pandai kalau makan pisang goreng tidak ada sambal kicap. Abah sedang duduk di sofa kulit baharu sambil menonton drama Melayu. Sejak pencen ni, abah suka saja tonton drama Melayu.

Nostalgia barangkali!

Sejak bertahun-tahun duduk di luar negara cinta abah pada drama Melayu menjadi-jadi. Padahal drama Melayu tu sudah hilang nilai 'Melayu'nya. Yang tinggal hanya bahasanya sahaja, itu pun sudah cacamarba dengan dialog Inggeris yang bukan-bukan.

"Kawasan ni tak berubah banyak pun, cuma jiran sahaja yang bertukar." Kata emak tiba-tiba. Mata Puan Abby memandang anak bujangnya yang membisu sajak tadi.

Dulu, sepuluh tahun dahulu mereka pindah dalam keadaan tergesa-gesa kerana abah ditukarkan ke Singapura. Mendadak! Tetapi mereka adik-beradik dan emak  tinggal di Pasir Gudang sahaja. Abah seorang yang duduk di sana. Abah tu dulu tu PTD, sekarang titlenya PTD pencenlah. Emak pula Pegawai Arkib, bagaimanapun sejak abah ditukarkan ke negara-negara Afrika bermula dengan; Kenya, Mozambique, Algeria, Tunisia, dan Zimbabwe, emak berhenti kerja dan mengikut abah ke mana-mana. Kata emak, abah bukan boleh sangat dia mudah jatuh cinta.

Sejak itulah Umair tahu kenapa emak tidak suka sangat pada mama Duha. Aunty Taslima memanglah sangat cantik, kuitnya putih seperti susu. Hidungnya mancung terletak dan wajahnya tidak jemu mata memandang dengan sepasang mata hitam serta dihiasi bulu mata yang lentik. Memandangkan ampaian rumah mereka terletak bersebelahan dengan pagar rumah yang memisahkan rumah Duha dan rumah mereka; abah selalu sahaja 'angkat tangan' untuk mengampai baju setiap pagi minggu kalau emak sibuk-sibuk.

Abah tu emak puji-puji sebagai suami mithali pada jiran-jiran dan teman-temannya. Suatu hari, tembelang abah terbongkar juga.   

Rupanya abah asyik duk mengintai wanita Hindustan sebelah rumah. Yalah, setiap Sabtu dan Ahad, kebetulan jugalah waktu itu Aunty Taslima akan sibuk juga dengan urusan luar rumahnya. Daripada urusan menjurus pokok bunganya, mengampai kain, mencuci longkang yang menjadi 'tandas' anak kucing-kucing orang menumpang teduh, membasuh kereta Uncle Hud juga. Abah dan Aunty Taslima sama-sama sibuk dengan kerja out door. Cuma abah tu sibuk 'mencuci mata' sajalah!

Sejak rahsia abah terbongkar, tak fasal-fasal aja emak bermasam muka dengan Aunty Taslima. Padahal Aunty Taslima tidak tahu apa satu pun. Lalu sejak itulah Umair adik-beradik dilarang ke rumah sebelah, berkawan dengan anak orang sebelah. Serta bermulalah episod Umair-Duha menjadi rakan bicara jendela sahaja. Emak mula berleter kuat-kuat fasal anak-anak kucing yang memerut dalam longkang tu; fasal sesekali daun mempelam rumah Aunty Taslima  yang jatuh ke halaman rumah mereka; fasal Duha dan kawan-kawannya yang mengerat bunga kertas emak buat main masak-masak.

"Rumah depan ni, Kak Zalifah sudah jual pada Shahrin-Hada. Pasangan pengantin baharu daripada Johor itu baik sungguh. Kak Hada tu, novelis, Umair." Cerita emak. Umair cecah sekeping lagi pisang dalam sambal kicap. Tidak endahkan cerita emak, padahal telinganya sedang menaakul kalau-kalau emak bercerita fasal anak dara orang sebelah.  

"Kamu tu kan suka menulis-menulis, cuba pergi tanya Kak Hada tu cara-caranya, nanti boleh juga hantar ke penerbit. Tak adalah duk buang kertas dan ink pirnter... apalagi masa, duk buat kerja tidak berfaedah tu," kata Puan Abby. Aduhai emak ni, beri semangat atau sedang perli ni!

Dia selalu nampak petang-petang, isteri Abang Shahrin itu akan membuka pintu pagar untuk Mini Cooper hitam-putih suaminya masuk ke dalam garaj. Oh, isterinya novelis.

Mungkinkah juga Duha yang tidak lagi membuka tingkap itu pun novelis? Sekarang ini ramai betul orang jadi penulis. Syarikat penerbitan pun banyak, tidak seperti waktu dia mula-mula ke luar negara dahulu.  

"Bila nak mula kerja ni Umair, dah sebulan dah balik Malaysia ni... yang kamu tahu memerap di bilik saja, tengok tingkap saja... ingat duit datang melalui tingkap ke Umair?"

Umair diam lagi. Tidak tahu hendak membalas apa. Emak kalau sudah berleter, jangan harap akan mudah-mudah dia mahu berhenti.

"Memerap di bilik mengalahkan anak dara lagi!" sambung emak lagi.

Umair cepat-cepat menghirup Teh Timor yang sudah suam.

"Emak, Umair naik dahulu. Hendak maghrib kat surau depan tu." Kata Umair sambil bangun, membawa cawan dan piringnya ke dapur. Selepas membasuhnya dia meniti tangga. Tidak ada semangat. Kakak dan adik-adiknya entah ke mana pula petang ini, sehinggakan dia seorang sahaja menjadi 'sasaran' leteran emak.

Berjemaah maghrib di masjid?

Sudah sebulan balik Malaysia, dan sudah dua minggu berada di rumah ini tiba-tiba dia hendak pergi solat maghrib di surau. Ajaibkan.

Yalah daripada mendengar leteran emak, baiklah juga mendengar kuliah maghrib biarpun ustaz hanya akan bincang bab taharah sahaja nanti.

"Ha yang awak Johan, tak puas lagi ke duk lihat muka Fasha Sandha dekat TV tu, tak terasa nak pergi maghrib macam Umair." Perli emak.

    Dia atas wind chime pemberian Duha sedang berbunyi perlahan ditiup angin. Hati Umair terusik lagi!

 

[bersambung]

 

Catatan:

Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang belum ada plot nih!

Sayang:

Yang jauh di Pulau - Kaksu

   13 comments

kaksu
May 10, 2010   01:48 PM PDT
 
kak ajah,
boleh sengih pun

tok yang,
:D kembali

nacha,
ada dua orang pasir gudang yang mana satu idaman kalbu

nawwir
duha bukan tak nak tingkap, tapi tak boleh sahaja...

wan,
senyumlah dengan kak ajah

iejay,
dah lawat blog tu... tq untuk link, sungguh berinformasi :0

dilla,
mujur iejay ada inisiatif ahaks

basimah,
cerita kecil sahaja, cerita marhaen...

eita,
boleh daftar nama dengan kak ajah

syud,
nah pen... tulis nama ahli kelab sengih tu.

sooly,
jauh di timur... boleh kaksu seru sebagai bintang timur... supaya lebih klasik ahaks

kay!nisa,
seorang teman pernah bagi kaksu wind chime suatu waktu dahulu... kaksu pun teringat pada dia tiba-tiba, tapi yang paling nostalgia waktu abah pasang wind chime waktu kaksu kecil-kecil dulu pada palang garaj... terasa macam duduk di Macao




kay~nisa
April 21, 2010   11:21 AM PDT
 
nisa terbayang wind chime yg Duha bg pd Umair...

tiba-tiba..hati kita sama sayu bila terbayang wind chime tu berbunyi
waaaaaa, teruja dlm sayu :))
sooly
April 12, 2010   09:03 PM PDT
 
yang jauh dit imur...

sayang kq su :)
suka la crita-crita gni..
dalam romantis, ada klasik nya...
syud
April 11, 2010   09:39 PM PDT
 
*ikut kak ajah sengih juga*
eita
April 11, 2010   08:46 PM PDT
 
nak join kak ajah sengih :D
basimah
April 11, 2010   08:22 PM PDT
 
Salam kaksu!Wahhhhh cerita baru lagi!!!tak sabar tunggu sambungan cerita ni....
dilla
April 11, 2010   07:49 PM PDT
 
iejay, makasih bagi link tu. saya ingatkan buah remia tu sepupu biji saga. hahaha...
iejay
April 11, 2010   01:21 AM PDT
 
kak su, iejay baru start baca ceritq ni ...
first impression, iejay teringat cerita bujang lapuk antara sudin dgn jeton... agak2 umair ni ada tak main ketuk2 botol nak panggil duhanya?

p/s: iejay siap google lagi nak tahu apa itu buah remia... biasalah org KL...
pada siapa yg taktau bole tgk sini http://drzeze.wordpress.com/2009/03/28/antara-remia-dan-setaq/
Nacha
April 9, 2010   09:20 PM PDT
 
*jeling2 kat org Pasir Gudang* :D
wanAmalyn
April 9, 2010   02:14 PM PDT
 
:D wan pun nak sengih ajelah...
nawwir
April 9, 2010   12:54 PM PDT
 
Duha... ooooo Duha... awat tak buka2 tingkap.
Sian Umair...

Umair dah la.... Duha dah ada sepapat shahruk khan, mana dia nak pandang umair dah.

hihihiiiiiii
tok yang
April 9, 2010   12:32 PM PDT
 
kak ajah jgn lama2, kang kena ilang sblh skru lak

kaksu :D
Kak Ajah
April 9, 2010   11:29 AM PDT
 
:D nak sengih je la

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments