Entry: [1] - Langsir Biji Remia Wednesday, April 07, 2010



bila angin menari, hatiku pun berlari 

 

PETANG ini seperti hari-hari kelmarin juga, kala aku memandang ke rumah sebelah, langsir biji remia itu masih tersembunyi di sebalik jendela putih. Tidak seperti 10 tahun dahulu, sewaktu kami masih bersahabat... jendela sebelah ini tidak pernah sepi. Jendela sebelah ini tetap terbuka sehinggalah dia menutupnya kerana waktu sudah malam, dan dia sudah ingin tidur.

Hati dipagut sayu mengenangnya. Sudah tidak ada lagi bicara jendela seperti kami masih kecil-kecil dahulu.

Kenapa ya jendela itu telah tertutup kemas?

Kenapa ya jendela biji remia itu sudah tidak berkibar ditiup angin petang seperti suatu waktu dahulu?

Di mana dia?

Sudah berpindahkah, dia?

Tetapi kereta papanya masih ada di depan garaj. Rumahnya masih seperti dahulu juga: jendelanya putih, rumahnya warna perang bercampur krim. Masih ada anak-anak kucing berkeliaran di tepi longkang. Masih kedengaran suara neneknya yang sedang berleter dalam bahasa Benggali pada kucing-kucing yang suka memerut di tepi pagar.  

Kain-kain yang berkibar di ampaian, menunjukkan rumah ini masih ada penghuninya. Baju-baju budak perempuan berganti dengan baju-baju wanita di situ, menandakan dia sudah dewasa.

Tetapi, di mana dia?

Rasanya tidak pernah mereka tersalah bicara sehinggakan Duha Hafa menutup jendelanya bertahun-tahun.

Dia pergi tanpa sempat mengucap selamat jalan pada aku, sahabatnya ini. Atau, akukah yang pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya?

"Esok saya balik ke kampung nenek." Kata budak perempuan dengan rambut panjang warna hitam yang didandan dua. Di hujung dandan itu, dia ikat dengan reben warna abu-abu. Sesuai sekali dengan warna baju kurungnya.

"Pulang ke Rajkot?"

Duha Hafa mengangguk sambil ketawa.

"Saya pulang lama, sebulan. Nanti awak bercakaplah dengan tingkap sahaja ya!" usiknya. Duha sempat pula memberitahunya, dia sudah sangkut hadiah untuk aku di pintu pagar yang memisahkan rumah kami rumah kembar dua tingkat.

Waktu itu Duha Hafa baru berumur sepuluh tahun, dan aku pula sudah pun berumur tiga belas tahun. Waktu itu aku sudah mula merasai Duha Hafa bukan setakat teman bicara jendela, tetapi ada rasa lain yang mula berkembang...

Dan... waktu Duha berkata dia akan balik ke kampungnya nun jauh di utara India, hatiku sudah mulai terasa kehilangan. Aku menyukai gadis kecil yang comel dengan wajah Melayu-Gujerati ini. Aku terhibur dengan cerita-cerita gadis kecil itu, aku menyukai senyum manisnya, aku rindu akan wajah muncung Duha ketika dia mula marah-marah... apabila aku membantah cakapnya.

Sewaktu Duha masih bermain zero-point dengan teman-temannya di taman kecil yang memisahkan rumah kami, aku sudah pun semakin dewasa untuk mula menyimpan hati kepadanya.

"Nama awak pelik!" jerit aku, apabila melihatnya muncul di tepi langsir biji remia.

"Apa pula pelik, saya lahir waktu duha. Dan waktu itu pula hujan renyai..."

"Apa kaitan hujan renyai dengan nama awak?"

"Hafa tu maknanya hujan renyai!"

Aku tersenyum apabila mendengar Duha berhujah fasal nama mat salih yang lagi pelik daripada namanya Armstrong, maknanya 'lengan kuat'; Copperfield tu 'padang tembaga'... Mr Green kan maknanya Encik Hijau.

"Ya, nama awak sedap. Saya akan ingat awak setiap kali jika datang waktu duha dan hujan pula turun renyai-renyai ya!" aku mengalah akhirnya.

"Nama awak siapa?"

Setelah berkawan hampir tiga tahun di jendela ini, baru dia terasa perlu mengetahui nama aku?

Dia menunggu aku menjawab, tetapi aku tetap degil!

"UMAIR!"

"Opps, ya mak!"

"Minum! Tutup tingkap tu, dah nak maghrib ni." Emak berleter kerana dia terpaksa memanjat tangga mengajak aku untuk minum petang. Emak merungut kerana sudah dipanggil berkali-kali untuk minum petang, sedangkan aku masih tercegat di jendela.

Umair memandang wind chime  di luar jendela. Wind chime pemberian Duha sedang menari-nari ditiup angin, bunyinya membuat Umair semakin sedih.

"Awak sudah ke mana, Duha?"

Umair kenapa tidak ketuk sahaja rumah Encik Hud Osman, dan terus tanya di mana Duha Hafa sekarang ini?

Tak boleh!!!

Memang tidak boleh!

 

       [bersambung]

 

         Catatan:

  1. Aduhai, buku Yang Jauh di Pulau (dalam Damai) belum pun betul-betul dijual, kaksu sudah ada mood menulis lagi?
  2. Taklah, sekadar nak tulis aja biasalah, kalau tengah sibuk edit novel penulis kaksu suka juga sibukkan diri kaksu dengan menulis e-novel yang entah apa-apa. Tetapi kali ini kaksu janji, pendek sahaja tulisan kaksu ini. 
  3. Selamat membaca ya, terimalah "Langsir Biji Remia" sebagai tanda terima kasih kerana sudi beramai-ramai memeriahkan gerai Jemari Seni Publishing Mac yang lalu.  

   23 comments

seri
May 14, 2010   12:24 AM PDT
 
dah habih musin buah remia,br seri tau kak su buat cerita br...
alangkah ketinggalannya saya ini wahai kak su...
kaksu
May 10, 2010   01:41 PM PDT
 
Nacha dearie,
lately macam kaksu suka warna perang pula...

kak ee,
gatal pun dengan kerja menambun, tak dan nak menagru pun :(

angahsue,
study comes first tau :)

sooly,
suka nama duha dan umair - tu yang semangat buat entri tu ahaks

nawwir,
hahaha...
dulu suka makan buah remia... la ni dengar pun raaa seriyau, macam masa saja...

dhiya,
tak apa, silent is gloden (betul ke English kaksu nih)
jom la gatal-gatal tangan komen...

kak noor,
semangat membaca kak noor buat kita orang ada semangat hendak menulis dan menerbit... tau !

lyn,
selamat membaca... supaya kaksu ada semangat menulis

kak ajah,
:D

dilla,
sian dia :(

zana,
oooo... orang utara memang kata biji remia atau pupel (purple), jarang kita kata ungu.

illilna,
duk fikirlah lah ni, nak tulis tentang apa... sebab tu kaksu suka tulis 3 dalam satu, sebab plot tak payah berbelit ahaks

Aisyah,
kaksu penulis kecil, contohilah penulis yang rajin dan sukses la :) uwaa kaksu bukan contoh yang baik tau... picisan sahaja.

kay~nisa,
harap-harap dapat letakkan noktah pada waktunya ahaks. tq.

kay~nisa
April 21, 2010   11:14 AM PDT
 
hahaha....harap-harap la tulisan kaksu bukan pendek2 seperti yg kaksu pernah janjikan ni :)

nisa suka bila kaksu ada mood menulis bila2 masa pon haha
Aishah Jamal
April 20, 2010   02:10 PM PDT
 
Saya selalu berangan-angan untuk menjadi penulis seperti Kak Su.
tapi tak pernah menjadi pun.....he he.

Seronoklah Kak Su ada cerita baru.
illina
April 9, 2010   01:26 PM PDT
 
kak su ..triklah blik janji tu...hehe..klo boleh msuk buku skli lagi pun apa salah nya :P
dilla
April 8, 2010   05:49 PM PDT
 
kak su,
selalu2lah gatal tangan.
saya yg jauh ni payah nak dapatkan buku2 baru kak su. :'(
suzana
April 8, 2010   05:41 PM PDT
 
Salam kak su, zana kena google ni biji remia tu apa,colournya apa, tapi bila kak su buat tajuknya begitu,at least lepas ni zana kenalah dengan biji remia.
Kak Ajah
April 8, 2010   04:45 PM PDT
 
nawwir, ntah2 betul. Depa ni suka tunangkan budak-budak dari kecik. Kesian la Umair.
lynn
April 8, 2010   01:27 PM PDT
 
kak su....suka2....cepat2 sambung ye..kite suka kak su gatal tgn...hehehe...nk wat entri pnjg2 pn tkpe....yg first ni agak pendek...terus jd rindu ni nk tgu sambungan....hehehe...teruskan kak su...muahh...syg kak su....
kaknOOr
April 8, 2010   12:09 PM PDT
 
Uwaahhh apsal kita selalu tertinggal huk huk ...
Semoga tgn kak su teruskan terus gatal nak menulis cerita baru....ha ha ha ha.
Kak su baru habis mengulit si Damai.....mcm2 rasa ada....saffa, kak su n syud ada keistemewaan sendiri....
Sbb dah kenai kak su n syud bila baca dok gelak je...sbb dok bayangkan piyah@ kak su .. Zahra@ syud...ahaks
dhiya
April 8, 2010   11:16 AM PDT
 

Selama ni jadi silent reader.

Tiba-tiba, bila kak Su gatal tangan menulis cerita Langsir Biji Remia ni.. saya pun jadi gatal-gatal tangan meninggalkan jejak.

Moga-moga kak Su terus diserang gatal-gatal tangan ye... ;)
nawwir
April 8, 2010   08:57 AM PDT
 
kak su
biji remia... dah lama tak dengar org guna perkataan tu.

Dah dok touching dah nie.... suspen,
kot duha balik gurerat pi kawin dengan sepapat shahrukh khan kot
sooly
April 8, 2010   08:41 AM PDT
 
kak su...kagumnya..
xsangka ada entri baru...dok ulang baca piyah n piyan jer....

tiba2 ada umair dan duha....nice name sis :)
angahsu
April 8, 2010   12:28 AM PDT
 
terima kasih kaksu...tp damai pun tak abis baca lg...dgn mengadap buku ilmiah dulu...
k ee
April 7, 2010   11:41 PM PDT
 
kita suka k su gatal tangan he he
Nacha
April 7, 2010   10:33 PM PDT
 
kaksu..

biji remia tu mmg kaler pebret kaksu kan? hehehe...

nama2 watak dlm citer ni mmg 'ada mariiiii'. sgt mengujakan.

melayu gujerati??? sgt dkt dgn kaksu kan? :D
kaksu
April 7, 2010   10:06 PM PDT
 
ahada dan wafa,
kaksu tiba-tiba diserang penyakit gatal-gatal tangan, terima kasih kerana tidak pernah jemu membaca segala 'entah apa-apa' kaksu nih :(
wafa
April 7, 2010   10:03 PM PDT
 
kak suuuuuu.......sayang kak su....wafa dah bosan ni x ada buku...lmbt nye nak blk ambil buku baru semua.....tu tgh mengait skrg ni....tiba2 muncul e-novel baru...sukenye.....thanks kak su....miss u
kaksu
April 7, 2010   10:03 PM PDT
 
Syud, jangan percaya pada arnab kala dia mula berlari kuat mula-mula... orang muda ada stamina lebih, jom ikut kaksu di belakang... lepas tu lintas la :)

Kak Ajah, jaga di depan garisan penamat ya...

Tok Yang... sayang, cerita Langsir Biji Remia ni ngarut aja :( la... jangan mudah memuji hari.
Oit, kenapa ada okestra pulak? Andre Goh sedang nyanyi kah?
*rindu padamu*
aHaDa
April 7, 2010   09:59 PM PDT
 
Kaksu =)...

Belum kebah deman dgn kisah Piyah + Piyah dh ada Umair + Duha Hafa....

Kaksu, terima kasih =)
tok yang
April 7, 2010   09:20 PM PDT
 
Aduhai belum dpt memeluk Damai, kini tiba pula langsir biji remia... kedengarannya 'pelik' tapi mengoda ;)

p/s di sini pun hujan renyai, di luar ada sebuah orkestra praaag sedang berkumandang..
Kak Ajah
April 7, 2010   08:12 PM PDT
 
syud, apa lagi... go go syud!
syud
April 7, 2010   08:06 PM PDT
 
yeye sudah ada yang baru. tapi kita kalah la kak su, blom mula pung huwaaaa :((

p/s saya suka nama umair :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments