Entry: III ~ JAJA MENANTU CHE' PA Wednesday, October 31, 2007



EPISOD 3

AKU, DIA & PERASAAN


Dua bulan sebelum Aidilfitri 2002

 

SEBENARNYA TUGAS AKU sebagai Media Planner tidak ada sangkut paut dalam mencari talent untuk iklan, apatah mengendalikan kerja-kerja Art Director seperti Kagee, Meng Yuen dan Viola. Tetapi apabila ada waktu lapang aku suka sekali ke ruang itu. Suhaimi, junior aku semasa di UiTM Shah Alam, menjadi photographer dan membantu kerja-kerja di ruang seni itu. Kami – orang Melayu – tidak ramai bekerja di sini. Tetapi aku tidak nafikan apabila datang bab kreatif, Suhaimilah yang terpandai... mengalahkan Yuen dan Viola yang kerja lebih sepuluh tahun itu. Sejak dulu, aku sering sahaja membantu Suhaimi dengan kerja-kerja seninya; aku mahu kalau ada kenaikan pangkat di jabatannya, dialah yang terpilih.

Tetapi ya, begitulah... sudah dua tahun Suhaimi di sini, dia sekadar tukang foto dan tukang buat story-board sahaja. Padahal prestasi kerjanya cemerlang sangat. Kami akrab di sini, sebab keluarga kami saling mengenali sejak dari kecil lagi.

Dia sering sahaja meminta pendapat aku: maklumlah kerja aku hanyalah tengok televisyen, dengar radio, baca surat khabar serta meneliti segala mak nenek hal yang berkaitan dengan media. Aku perlu buat research untuk membeli ruang iklan untuk klien. Aku harus booking lebih awal dari masa yang sepatutnya. Kerana itulah, kalau tidak cekap... mana mungkin klien kami dapat ruang pada prime time... tambah-tambah lagi, kalau musim perayaan... siapa lambat putih matanya. Walaupun baru dua tahun bekerja di sini, tetapi aku tidak pernah menyangka, aku diberi tanggungjawab sebesar itu: inikan syarikat mat salih.

Sejak aku memasuki bidang ini, orang kerja di TV, akhbar dan media periklanan adalah teman akrab aku. Kami sering bertukar-tukar pendapat fasal iklan yang bagus dan berkesan; fasal iklan yang cantik tetapi tidak membawa manfaat... iklan yang tidak efektif menghabiskan duit klien dan masa pengguna; juga iklan yang memberi impak yang negatif.

Kami juga kadang-kadang boleh berbual berkali-kali, mengenai iklan makanan ringan 'syarikat Mat Sentol' yang menggunakan teknik begitu-begitu juga, suara yang macam-macam tu lah juga... sukses dia berbanding dengan syarikat anu tu, yang menggunakan khidmat agensi periklanan tersohor, tetapi gagal dan ranap terus.

Mat Sentol! Teringat pula aku pada Lala yang sampai sekarang ini masih suka makan Ding Dang la Ding Dong la, sampai umi mengamuk kerana dia kurang makan nasi. Dengan hadiah dalam pek makanan ringan entah apa-apa itu pun, dia sudah terliur bukan main. Lala kini sudah tujuh belas tahun, tetapi tabiat makan dia... hush, malas nak bercerita.

Berbalik pada cerita Suhaimi semula. Kami memang rapat. Kami akan berbual dan membuat pelbagai klasifikasi tentang apa sahaja iklan. Dia suka bercerita kepada aku tentang ideanya, dan aku menokok tambah apa yang perlu, lalu setiap kali iklan bergerak di TV, atau berkumandang di telinga, atau tertera di billboard apatah lagi di dada akhbar, aku tumpang berbangga sama.

Aku akan syok sendiri... dan menambah dalam hati... oh, kat situ aku yang tambah... mujurlah kat situ aku suruh Suhaimi buang dulu. Apatah lagi aku juga kamceng dengan copywriter. Jadi walaupun aku ini Media Planner tetapi kepala otak aku tetap digunakan di jabatan Suhaimi, juga oleh Cik Liena si copywriter berbahasa Melayu tu. Sesekali aku mendapat upah makan tengah hari percuma. Tetapi hubungan aku dengan Suhaimi setakat waktu pejabat dan di ofis sahaja, makwenya cemburu tahap gaban. Padahal aku lebih tua daripada Suhaimi. Dan Suhaimi sendiri tahu, aku tidak mungkin menguratnya: ingat tak rules aku yang Nombor 1, pasangan aku mestilah lebih tua, paling-paling tiga tahun daripada aku.

Pagi itu begitulah, sudah dua hari Suhaimi menyuruh aku ke ruangan kerjanya. Ada 'idea' yang ingin dia berkongsi juga. 

"Jaja, tengok sat aku punya storyboard ni... untuk paper." Kata Suhami. Aku baru sahaja mengunyah sandwic double decker. Dengar tu Mira, tak kanlah Suhaimi nak sebut dirinya, sebagai 'aku' kalau aku ni betul makwenya. Lepas tu dia panggil aku 'Jaja' atau 'hang' sahaja... padahal dekat kau dia panggil, 'sayang' apa? Ceh, sampai nak tergeliat lidah aku mengulanginya dalam hati! Sayang-mayang macam ini aku pun jadi pening mendengarnya. Budak macho macam Suhaimi boleh cair macam kek keju blueberry dengan Mira yang tomboy.

"Tak tau nak pilih gambar apa. Untuk iklan raya!" kata Suhaimi, sambil menunjukkan gambar yang berselerak atas meja. Kagee, bos Suhaimi belum datang. Suhaimi memang datang awal, sebab kena menghantar Mira ke tempat kerjanya terlebih dahulu. Kadang-kadang aku hairan juga melihat makwe yang manja-manja macam ni. Pergi mesti berhantar, balik mesti diambil... makan mesti berteman! Lepas tu part yang buat aku meloya, suka merujuk dan perlu dipujuk! Yang menghairankan aku lagi, dalam banyak-banyak perempuan dalam Jabatan Komunikasi dulu tu, ada ke Mira yang dia pilih. Tapi aku mana tahu hal cinta, tidak sekalipun aku pernah jatuh cinta. Cinta pada abah, umi dan adik-adikku ada lah. Cinta pada pakwe... eee, itu bukannya Jaja, itu Jojet barangkali...!

 

Aku membelek-belek gambar yang sudah dipilihnya. Ada lebih daripada sepuluh. Dalam membelek-belek itulah, aku terpandang pada gambar Din untuk pertama kalinya yang diasingkan sebelah lain. Sat.. sat.. sat... aku nak describe gambar ni dulu, sebab inilah part yang membuat aku terpaut:

 

Seorang lelaki muda memakai kopiah putih, sedang bertafakur di pusara seberang jalan. Matanya bening, janggutnya sejemput. Memakai kemeja putih yang dilepaskan di luar. Tangan kanannya memegang surah... bersila di atas tanah sebelah batu nisan. Tangannya yang sebelah memegang tanah.

 

Pagi masih berkabus, belakangnya bukit-bukit yang berderet. Tanah perkuburan yang bersih terjaga, rumput menghijau menutupinya. Ada kuntum-kuntum kemboja di atasnya. Macam lukisan. Dan suasana jalan raya yang lenggang di depan pusara itu juga, bagaikan menghasilkan suasana yang penuh kontra. 

 

Gambar nisan-nisan di sekelilingnya kabur... hanya satu itu menjadi fokus utama. Di tepi jalan itu, ada pagar jarang yang memisahkan: dua suasana. Tetapi gambar itu dirakam pada celah-celah pagar itu.

 

Tiba-tiba aku nampak sepasang burung bertenggek di nisan tu. Maknanya, si lelaki tidak bergerak dan khusyuk sedari tadi. Atau bacaannya sudah melekakan sang burung-burung. Mukanya jernih! Pasti suaranya mempesonakan juga... sehingga burung-burung jadi enggan terbang... dan pepatung itu, ah mempesonakan...

 

Subhanallah, sudah lama aku tidak mengucapkannya.

"Jaja... Jaja." Suara Suhaimi mengganggu aku daripada terus teruja. Matanya yang menunduk, membuat aku jadi resah. Pertama kali, rasa yang pelik menjalar deras di seluruh hati. Hati aku tiba-tiba tertutup untuk yang lain, hanya dia... yang ada hanya dia!

 

"Aku suka gambar ni. Guna gambar ni." Arah aku, macamlah aku ni Kagee, Art Director di sini. Aku pura-pura membelek yang lain, tetapi hatiku cuba memusat ke arah gambar tadi juga, memandang dari jauh dalam resah.

"Memang aku suka gambar ini... sesuai. Ini kempen untuk berhati-hati di jalan raya... di musim perayaan. Tapi..." kata Suhaimi, sebelum aku cepat-cepat memintas.

"Memang sesuai pun, ada kubur... lambang kematian. Lelaki di perkuburan sedang bertafakur. Dia lambang c-i-n-t-a... cinta seseorang pada seseorang yang telah pergi, akibat kemalangan. Pembaca boleh kaitkan begitu." Hish, dengan susah payah aku menyebut kata 'cinta' itu... sebab aku sedang jatuh cinta kepadanya. Gatal!

"Sunyi di belakangnya, jalan raya lenggang di depan. Burung-burung berkongsi kesedihan. Pagar yang memisahkan kesunyian dan kesesakan secara simbolik! Tinggal mencari ayat yang sesuai sahaja. Ayatnya jangan panjang, Mie. Biar golongan sasar kita menghayati peristiwa dari dalam gambar ini sahaja... kerja mengayat tu serah aja pada Liena, dia expert." Sambung aku lagi, tanpa memberi ruang kepada Suhaimi mencelah.

"Gambar bercerita seribu cerita kan?" kataku mengakhiri pendapat yang panjang lebar itu, dalam diam cuba mempengaruhi Suhaimi dengan idea aku, dengan pilihan aku....

 

"Hmmm... tapi..." Suhaimi mendengus. Aku tahu, dia tidak menyukai ayat aku yang terakhir... gambar bercerita seribu cerita! Ada cerita lain di sebalik kata-kata itu.

"Ya, sesuai... pakai saja gambar ini." Kataku sekali lagi, menyembunyikan rasa hati daripada dapat dikesan oleh Suhaimi. Aku bimbang Suhaimi tukar fikiran. Aku juga bimbang Suhaimi mula perasan sesuatu....

 

Padahal baru sahaja minggu sudah aku menegaskan... aku tidak akan berkahwin dalam usia muda. Aku ingin berjaya dalam karier aku dulu, rumah tangga akan mengganggu aku membina nama!

Ya lah apa tidaknya, kebetulan Suhaimi terdengar... Nini bertanya sama ada aku ingin menerima cadangan Uncle Aqmar untuk menjodohkan aku dengan anak sulung Auntie Umairah. Memanglah glamor berkahwin dengan engineer robotik yang duduk di US dan bekerja dengan NASA tu. Tapi, biar dia nak hadiahkan aku Ferrari sepuluh biji pun, aku tetap mengikut rules Nombor 3 dan 4. Dia orang Kedah, biarpun dia dah dapat PR Amerika, dan NO aku tidak suka mereka pasang-pasang aku dengan siapa-siapa. Tak suka. Noktah!

"Jaja... aku pun setuju. Foto ni bagi impak yang bagus. Tengok lelaki ini... tengoklah..." kata Suhaimi, menyorong gambar tu ke depan aku semula. Aku sudah tidak berani memandang mata yang tertunduk membaca surah itu lagi. Jantung bergerak laju, mengalahkan... ah, tak tau lah mengalah apa. Aku menolak semula gambar itu kepada Suhaimi.

 

hitam manis hitam manis

yang hitam manis

pandang tak jemu pandang tak jemu

yang hitam manis pandang tak jemu

 

Tiba-tiba aja, lagu dari radio mendendangkan suara R. Azmi pula. Ya, memang pandang tidak jemu. Parah dah aku ni. Seumur hidup aku... tidak pernah sekalipun aku jatuh hati. Biarpun sudah ramai yang aku jumpa, sudah ramai yang telah aku temui... malah ada juga dari mereka yang seorang dua pernah melafazkan rasa hati mereka, tetapi aku tidak pernah sudi. Not my type... aku kan nak kahwin dengan mat salih.


hitam manis hitam manis

yang hitam manis

paras mu elok buah hatiku

siang dan malam selalu ku rindu

 

di waktu bulan terang cuaca...

ku pejam mata tapi tak lena

yang hitam manis datang menjelma

yang hitam manis datang menjelma

kenangan yang menggoda

aku teringat pandang pertama


      "Kat mana kau ambil gambar ni, Mie?" Aku pura-pura buat dono padahal hati ingin bertanya macam-macam.

"Aku dalam perjalanan balik, cuti Maulud Nabi hari tu... masa Man berhenti dekat lampu isyarat aku tangkap. Bila balik dan cuci gambar... aku rasa gambar ni sesuai untuk kempen sempena raya ni... tapi..." kata Suhaimi.

"Tapi apa, dari tadi asyik tapi... tapi."  Aku bertanya, walaupun suah bertahun-tahun duduk di KL ini, kami tetap menggunakan loghat utara ini dengan fasih lagi.

"Macam mana nak guna gambar ni, bila aku tak dapat izin daripada tuannya... kita nak bayar dekat sapa duit untuk talent ni?" Masih dianggap talent ke kalau kita tangkap gambar curi begini, sambungku dalam hati. Pedulikan, asalkan disiarkan aja.

"Tak pi balik ka ke tempat tu, cari dia?" Aku semakin berdebar, dengan segala informasi daripada Suhaimi.

"Aku tak ingatlah kat mana... aku tengah mamai, tiba-tiba Man menjerit suruh aku ambil gambar lelaki di tanah perkuburan ni." Kata Suhaimi terus bercerita tanpa sedar yang aku sedang mengumpul informasi. Ya lah, Suhaimi kalau tidur pun, tetap memeluk Nikonnya.


      Siapa dia? Siapa ya? hatiku terus bertanya.

"Tak kan tak ingat sedikit pun..." tanya Jaja.

"Jaja tau la, Man... bawa gheta macam mana... tak dan kita nak kata apa, dia dah pecut... tapi kalau tak salah aku sempadan antara Kedah, Penang dan Perak." Suhaimi dengan adiknya, Sulaiman memang rapat. 

"Lepas Bukit Merah lah kut." kata Suhaimi.

"Hah, Bukit Gantang mungkin juga...." sambung Jaja.

"Tak... tak aku rasa dekat Jawi kut." Sampuk Suhaimi.

"Juru?"

"Aku tak boleh fikir la Jaja, aku proceed saja, gambar lain tak sesuai la... nanti kalau aku kena, hang tolong backing la." Kata Suhaimi.

"Ya, aku sokong la... selalu pun aku sokong apa. Tapi kalau Mie bubuh gambar lain, aku tak akan tolong ya." Kata Jaja, sambil berlalu... Suhaimi tahu, aku dengan Kagee rapat sangat. Kami boleh bersenda gurau.

"Oh, satu lagi Mie... apa susahnya, bila dia atau keluarganya nampak gambar ni, depa mesti contact... masa tu kita bayar la pada talent." Kataku sebelum menolak pintu kaca di jabatan Suhaimi.

"Oiit, selalu hang juga lah yang suka bekerja pakai segala etika?"

"Sesekali kalau ada peluang, aku rasa kita rebut peluang la… eh, nanti bila Mie print poster tu beri aku satu… aku nak letak di hospital abah, mana tahu kalau-kalau ada pesakit abah yang kenal orang ini… senang kita bayar duit posing dia tu." Betul ke Jaja? soal hatinya berulang kali. Wajah tulus itu mengganggu sekali lagi hatinya. Mengganggunya untuk beberapa tahun lagi. Wajah itu....

"Jangan bimbang Jaja, aku bagi Jaja dua keping... satu untuk Jaja letak dalam bilik juga… dan gambar original ini, aku akan frame kan dan bagi juga." Usik Suhaimi sambil meneruskan kerjanya.

"Terima kasih, untuk pendapat berharga Jaja ni," kata Suhaimi tidak panggung-panggung kepala lagi.


Jaja berjalan pantas ke biliknya. Suara radio sudah bertukar ke Light & Easy, maknanya Kagee dan Viola dah datang. Suhaimi mana berani membuka radio Era kalau bosnya sudah tiba. Jaja menyambung lagu itu dari dalam biliknya.

 

hitam manis hitam manis

yang hitam manis

pandang tak jemu pandang tak jemu

yang hitam manis pandang tak jemu

 

Jaja, begitu saja ke pertemuannya? Tidaklah seunik mana pun. Eh, itu baru babak satu... kan Jaja dah cakap, ada tiga babak pertemuan, kan? Sanggup lagi ke kau orang menadah telinga mendengar cerita Jaja dan Din, ni?


[Bersambung....]


_____________
Catatan:

1.      Hitam manis yang hitam manis... kaksu suka lagu ini :O

2.     kaksu masih lagi dalam 'tahanan opis' maaf tidak sempat untuk sama-sama bergumbira di sini.

3.     Selamat ulang tahun untuk Mar dan Infazety, semoga mendapat umur yang berkat di dunia dan akhirat.

4.     Terima kasih pada semua, yang sabar menunggu cerita Jaja yang ini...

5.     Maaf Zahir Batin, selagi ada musim raya... kita bermaaf-maafan

 

Sayang,

kaksu 

   20 comments

kaksu
November 3, 2007   06:44 AM PDT
 
iejay,
awat nak tadah baldi... ni bukannya cerita sedih... TAPI oooo, kalau namanya blog Buat Menyapi Si Ayermata... elemen sedih mesti ada lah... tQ iejay, fasal cadangan tu...

insyirah,
selamat membaca kaksu dah tambah n3 baru... lagi 6 episod sahaja lagi :( tQ kembali...

aura kaseh,
setakat ini kaksu tulih setakat untuk suka-suka saja... insya-Allah kaksu tengok dulu pro n kotra pada anak-anak gadis orang nanti... bab jadi terover berani macam jaja pula...

khairyn,
isk isk... cik kak ni pun ada *malu tutup muka dengan sapu tangan* malulah, kaksu dok mengarut kat sini... orang dok perang di Baghdad... *cekak pinggang ala-ala Dr Patrick*... tu la, kaksu dok nasihat kat Jaja... "kahwin dengan omputih ni susah"...

alycia,
pertemuan pertama ala-ala misteri kaksu dah letak dalam sedutan episod akan datang dah...:) selamat meneka apa yang terjadi seterusnya.
kaksu
November 3, 2007   06:33 AM PDT
 
nacha,
hihihi kata aja muzik moden, tetapi sesekali ragu r.azmi terlepas keluar la nacha, sebab tu lagu ini jadi istimewa... sebab jarang berkumandang...

pinkJambu,
tumpang kutip tol juga di sini... sebab pink beli ruang iklan di sini, pesan Jaja lah :)

ej,
:D dah kaksu ganti kat atas tu... seminggu biasanya kaksu update dua kali sahaja ej... nanti overdose... :(

kak ee,
hmmm, macam tu la :) *kenyit mata*



alycia
November 2, 2007   10:28 AM PDT
 
cepatlah kaksu sambung citer nie.. tak sabar2 nak tunggu pertemuan Jaja dan Din nie..
Khairyn
November 2, 2007   06:04 AM PDT
 
kaksu,

jaja nak kawen ngan orang putih ek sebelum jumpa abang din.. apa nama orang putih tu? Dr Patrick ke atau Matthew McConaughey hehehehe.

Best ni kaksu best!
aura qaseh
November 2, 2007   12:24 AM PDT
 
Assalamualaikum kak su, sy sokong ngan yg. lain2 tu & sesangat setuju jika citer ni dinovelkan, kak su buatlah kelakar2 & tambah ngan watak2 dlm novel2 kak su yg terdahulu mesti gempak.
insyirah
November 1, 2007   07:03 PM PDT
 
salam kak su.. tak sabar nak tahu sambungan citer perkenalan antara jaja dengan abang din.. kak su cepat2lah masukkan n3 yang terbaru mesti gempak habis time jaja tue jumpa dengan abang din... tq kak su untuk n3 yang terbaru..
iejay
November 1, 2007   02:23 PM PDT
 
kak su iejay bukan setakat tadah telinga... tadah tangan, tadah baldi, tadah lautan pun sanggup demi jaja menantu ustaz pa...

sokong kak anim, kaka mar dan kak wan..kak su bukukan je cerita ni... kalau tak cukup panjang nak dicetak jadis atu novel, kak su campurkan dengan dua tiga cerita kak su yang lain..macam gurindam jiwa...
kak ee
November 1, 2007   02:18 PM PDT
 
tak sabar nk baca pertemuan seterusnya...
frendz
November 1, 2007   01:40 PM PDT
 
oh...begitu ceritanya. lagi...
ej
November 1, 2007   01:21 PM PDT
 
demi jaja n her cerite...dan tentunye demi kaksu,saya sanggup tadah telinga...huhuhu...cepat la kaksuuuu....hihihi... :D
pinkJambu
November 1, 2007   01:13 PM PDT
 
kaksue, nak tumpang wish besday kat INFA

adikku yg tenggelam timbul..SI INFAZETY,
Selamat Ulang Tahun.

:) mmmmuaaaah lots of lurve
nacha
November 1, 2007   11:29 AM PDT
 
eh.. tak pernah dgr pulak kat radio ERA ada psg lagu 'hitam manis' ni? moto ERA kan 'Rentak Muzik Terkini'. klasik betul la lagu ni. nak2 lagu 'kancing suasa'. hehehe...
kaksu
November 1, 2007   10:55 AM PDT
 
kakmon,
kalau tekonya oke tak? aku menyukai teko & cangkir... kakmon bagai mengerti isi hatiku... *hulur kek dayang senandung yang lazat buatan teman baikku dari seberang*

anim,
macam mana ya dia jumpa din? sat dok fikir... macam mana jumpa lagi nih...

mar,
nak air asam... takut hilang suara selepas menjerit... orang pompuan kena cakap pelan-pelan... jangan tiru jaja... dia sudah tak dapat diselamatkan lagi...

wan,
hihihi... nak subang, pakai kat telinga supaya nampak shantek... subang gantung... :)
wanAmalyn
November 1, 2007   09:22 AM PDT
 
*angkat tgn sokong kakNim & Mar* setujuuuuu..!!!

kaksu...
wan sanggup tadah tinge... bukan kata 3 bab... sebanyak mana babpun sanggup.... *wat muka innocent* :D
mar
November 1, 2007   09:11 AM PDT
 
*angkat tangan sokong anim*...ye lah kaksu....kasi gempaqqqqqq!!! hehehehe...
anim
November 1, 2007   08:15 AM PDT
 
sengih memanjang baca kisah jaja ni...
kak su, anim tak sabar2 nak tau kisah seterusnya.. cam ner jaja jumpa din...

kak su.. novelkan lah citer ni gerenti gempak
kakmOn
November 1, 2007   08:12 AM PDT
 
kaksu mana cangkirnya, kunun nak minum kopi ngan cangkir yg baru.. ooops lupa kakmOn posa ri ni.. sib bik cuma nandong(dragon fly) aje :p
kakNila
November 1, 2007   08:08 AM PDT
 
em... :)

notei,
awalnya dia dah sampai... selamat bekerja ya... :)
notie
November 1, 2007   07:44 AM PDT
 
Emm baguih le x payah beli gula tgk je dah terasa semua minuman manis belaka. Takde le penyakit kencing manis mencanak dlm list penyakit tertinggi di carta KKM mesia. Ahakss

Aduhaiii pandangan pertama mengetarkan kalbu belum lagi bertentang mata... huhuhu
Em
October 31, 2007   11:17 PM PDT
 
hitam manis... hmm... :D

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments