Entry: II ~ JAJA MENANTU CHE' PA Thursday, October 25, 2007



EPISOD 2

AKU, UMI & ABAH

 

"Jaja jumpa dia kat mana?" soal umi

"Di mana Jaja temu anak ustaz tu?"tanya abah

...jadi kat mana ya, aku jumpa dia?

 

Semua soalan berpusat kepada suatu inti pati yang sama walau bagaimanapun strukturnya.

 

Soalan umi berbau cemas dan ingin tahu... pada saat aku mengumumkan pilihan hati aku, umi bagaikan mendapat aduan daripada guru disiplin! Cemas, cemas... dan cemas. Umi tentu bimbang kalau-kalau tengah hari tadi aku makan kerutup daging di gerai depan tu... kata umi, sekarang ni wabak penyakit kuku dan mulut di Alor Setar. Ya Allah, Doktor Haslinda... penyakit tu tak efek otak pun. Jaja sihat binti waras!

 

Pertanyaan abah pula penuh dengan nada lucu... abah jadi teruja, seperti aku ni menemui Din dekat pokok buluh depan tu... Din tu anak buluh Betong!  Dan hubungan aku dengan Din sudah menakutkan abah... abahku  yang seorang gynecologist ini bagaikan mulai percaya pada cerita-cerita Tamar Jalis lah pula. Hm, sejak kecil memanglah aku suka membaca buku-buku daripada penulis tu, koleksi abah sewaktu abah masih remaja dulu-dulu aku khatam, semuanya. Agaknya, sudah sampai saatnya... abah rasakan aku ini sudah ditimpa rasukan?

 

Abah dan umi, memang wajar cemas. Aku Si Jaja yang selama ini sangat memilih dan ada seribu alasan untuk membuat pilihan, tiba-tiba jadi begini. Aku bagaikan dirasuk, memilih seorang yang tidak pernah terdetik untuk aku pilih; pada waktu mana pun mengikut kiraan mereka. Malah aku sendiri pun ingin bertanya soalan begitu pada diriku sendiri tentang hal ini, sebelum terus bercerita.

Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'... apalagi perhentian, cinta membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung:

v      aku ingin memilih suami yang usianya, paling-paling 3 tahun tuanya daripada aku

v      aku tidak mahu berkahwin dengan guru... cukuplah aku kenal seorang Cikgu Shaari dalam cerita Masam-Masam Manis tu... bagiku lelaki yang jadi guru, karakter mereka membosankan

v      aku nak kahwin dengan orang negeri lain, lelaki-lelaki muda dari Kedah mengikut firasatku tidak gentleman lagi... aku ingin kahwin dengan mat salih, misalnya!

v      aku ingin kenal dan bercinta, aku tidak mahu dipasang-pasangkan, tidak mahu tergesa-gesa

v      aku tidak akan memulakan 'perkenalan' dulu, kerana perempuan harus ada egonya... ada gengsinya... menjaga martabatnya!

 

Huh, semua peraturan itu aku terpaksa buang... tidak pula aku ikut walaupun satu, apabila aku bertemu anak Che' Pa tu!

v      Din muda hampir setahun daripada aku (ya lah aku lahir 1.1.1978 dan dia lahir 31.12.1978)

v      Din memang seorang guru (malah kalau di sekolahnya, orang panggil ustaz pula!)

v      Din orang Kedah, berasal dari Baling... (sahlah, anak jati Kedah sejak turun-temurun lagi... tidak syak lagi) 

v      Din ingin bercinta sebelum kahwin? (nauzubillah... dia kan anak ustaz... dan dia lepasan Universiti Al-Azhar, mustahil sekali)

v      Din tak pernah memulakan... ya lah, sebab aku yang gatal! (betul tu!)

 

Apa yang telah terjadi kepada aku ni, sebenarnya? Apa yang terjadi, ni?

 

Betulkah ada cinta pandang pertama?

Aku selalu tidak pernah percaya pada frasa ini... mustahil!

Sehinggalah... aku tertarik pada fotonya, yang diambil oleh Suhaimi untuk projek iklan hari raya 2002

 

Betulkah dia pilihan hidupku?

Aku tidak pernah waswas tentang perkara ini... bagiku tiada yang mustahil!!

Padahal perasaan waswas sudah mengikut dan menguasai aku selama ini: lipstik aku cukup merah atau tidak, rambutku sudah cukup perang atau tidak, mataku perlu menggunakan lensa hijau, kelabu atau biru, atau biarkan perang atau hitam sahaja!  

 

Betulkah dia juga memlilih aku?

Untuk ini aku tidak pernah ada jawapan... kayu pengukur antara ya dan tidak, aku belum pasti

Oleh itu, nasihat Uncle Aqmar aku jadikan azimat!

 

Nasihat umi:

Jaja fikir betul-betul dulu... sebelum buat keputusan.

Umi ni, Jaja sudah habis fikir... kalau umi tahu bagaimana Jaja menunggu bertahun-tahun untuk bertemu dia... tentu sahaja umi akan panggil orang TV3 datang buat liputan khas. Cerita ini lebih sensasi daripada cerita Doktor Sheikh naik ke angkasa. Cerita Jaja mencari Din, boleh aja rakam dalam siaran Mencari Jodoh di TV9. Malah kita boleh aja panggil Kak Shaidah yang kerja dengan Berita Harian tu tulis dalam satu ruang besar... kerana cerita Jaja ni akan memberi motivasi kepada perempuan yang suka memendam rasa berabad-abad, tetapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk menghebahkannya... memulakan sesuatu. Amboi, Jaja... pernyataanmu sungguh menguja! Kamu sudah layak membuat seminar motivasi untuk perkara ini!

 

Sambung abah:

Jaja lihat dulu pro dan kontra... Jaja ada banyak masa untuk membuat keputusan apalagi pilihan.

Abah ni, Jaja ada banyak masa, ka? Umur Jaja sudah dua puluh tujuh tahun dah, bah. Bukannya baru berumur tujuh tahun. Kalau tidak kerana Jaja suka kat dia... dan terbuka hati dekat dia, sampai umur tujuh puluh tahun tak kahwin pun tak apa. Abah, pro dan kontra menjadi satu... apabila kita bercakap benda yang bertentangan dengan hati kita... tetapi kalau kita sekufu  dengan hati dah, semua jawapan tetap 'ya'. Ewah, Jaja... dengan abah kamu yang sudah melangsungkan perkahwinan hampir dua puluh lapan tahun itupun kamu nak beri kuliah ke juga?

 

Ya!

Jaja dah fikir betul-betul dan sudah membuat keputusan, umi.

Ya!!

Pro dan kontra, sudah tidak penting... dan Jaja sudah guna seluruh masa untuk membuat pilihan, abah.

 

"JADI?" tanya abah dan umi serentak. Nini cuma menjadi pemerhati.

"Jaja, perlu sokongan abah dan umi... perlu orang tua untuk melamar Din."

Cermin mata abah melurut dari hidungnya, mata umi sudah tidak cukup kelopak lagi untuk menampung keluasan biji matanya yang membutang.

"JAJA... abah perlu penjelasan."

 

Penjelasan? Penjelasan yang bagaimana kalau semuanya sudah jelas. Premisnya tetap sama. Jaja suka dekat dia, dan Jaja ingin berkongsi hidup dengan dia. Dia? Cuma, dia yang Jaja belum pasti. Dan Jaja pun tidak tahu dia suka atau tidak pada Jaja. Tapi kalau abah dan umi sayang Jaja, tentu abah dan umi sedia membantu.

 

"Apa yang terjadi? Ada dia buat apa-apa yang tak senonoh dekat Jaja, dan dia tidak mahu bertanggungjawab." Tanya abah. Untuk pertama kalinya, umi yang becok menjadi tidak terkata... dan abah yang pendiam menjadi becok pula.

 

Buat apa-apa? Dia kenal Jaja pun tidak! Dan abah... dia tu alim bin warak, jalan pun tak pandang perempuan... walaupun pernah sekali matanya 'memanah' Jaja, tak sengaja. Dan sejak itu, Jaja percaya pada semua buku cerita... pada premis, memang cinta pandang pertama itu sungguh mengesankan! Gatal!

 

"Okey, sebelum abah bertindak apa-apa... abah mahu Jaja cerita semuanya. Macam mana Jaja boleh bertemu dia. Dan kenapa pula dia tak kenal pun Jaja?" kata abah. "Jaja ni perempuan, dia lelaki... macam mana abah nak pergi merisik dan meminang dia, Jaja!" kata abah sudah semakin pening. Abah bercakap agak perlahan, bimbang Pak Ya tuan punya warung mendengarnya. Mereka duduk jauh daripada pelanggan lain.

 

Nini yang tadi tidak tahu kepala ekor, jadi terkejut. Rupa-rupanya Burhanudin ni tidak kenal pun Kak Jaja. Kak Jaja ni memang pelik, dia ni pelik sangat. Sejak dulu, apa yang dia nak... semua dia dapat. Jadi mungkinkah kali ini dia peroleh apa yang dia nak? Nini mati akal. Tadi dia fikirkan hanya hal sekufu atau tak, kakaknya dengan anak ustaz tu. Sekarang ni rupa-rupanya sudah semakin serius:  anak ustaz tu kenal Kak Jaja pun tidak!

 

Mahu tidak mahu, aku bercerita juga kepada abah, umi dan Nini. Cerita tiga tahun dahulu. Tetapi aku tidak akan menceritakan semuanya... aku shortcut dan edit di sana sini. Walaupun aku ni brutal lah juga, tetapi apabila datang bab hati ni... aku masih seorang perempuan. Ceritaku masih berbungkus silu, berbalut malu. Ewah! Sedapnya bahasa... tetapi dapatkah menyaingi kehebatan bahasa guru sastera Arab tu...?

 

Lalu cerita aku bertitik tolak dalam tiga babak, boleh tak aku sambung kemudian? Sudah masanya aku membuat kerja ni, nanti kena tegur dek Din... dia marah pulak. Katanya, jangan curi tulang, bukankah keringat Jaja tu dibayar setiap sennya harganya. Keringat? Aku kan kerja dalam bilik yang ada penyaman udara... mana datang keringat ni? Walaupun waktu sudah melepasi dua belas tengah hari, aku tetap belum berkeringat. Tetapi syurga bagi seorang isteri, di bawah tapak kaki suaminya... aku menurut saja. Aku di KL, Din di Parit Buntar... tetapi, Allah nampak kalau aku tidak taat kepada Din!

 

[Bersambung]  
________
Catatan:

Terima kasih pada yang sudi memberi komen, maaf kaksu masih belum ada waktu membalasnya, masih terikat dengan tugasan Paduka Ratu. Kata-kata semangat itu, membuat kaksu menulis lagi n3 kedua ni, sebagai tanda kasih daripada kaksu... selamat membaca ya, juadah yang kurang berperisa...


   24 comments

adyz
September 23, 2011   01:59 PM PDT
 
not bad..it's interesting..ha3 :)
Corbin
September 17, 2010   07:18 PM PDT
 
I think so this post is very interesting and usefull for all us. We must follow this every time.
kakNila
November 1, 2007   10:50 AM PDT
 
saya,
mungkin ke cerita sebenar? alamak, mesti baca sehingga sepuluh episod...

kak ee,
nak secawan kopi, jom kita bercerita sampai pagi... nak dengar cerita nih *senyum meleret*... tak sabar tau :)

wan,
mai la join sekaki... hulur kopi radix kat wan...

iejay,
nak buku nota baru... nanti kaksu ambil kak ee jadi fasilator ya... iejay kan masih muda remaja....

bizkut,
rasanya? betul ke? ahaks

frenz,
biar lambat asalkan selamat... hihihi

aura kaseh,
alamak macam banyaknya nak bercerita... padahal dah janji 10 bab sahaja

norabella,
terima kasih kerana sudi membacanya... tak terasa letih menulis, jika ada yang sudi membaca... chewah ayat kaksu ni, penuh tersirat nih

tinta hati,
opps, sebenarnya saja-saja nak tulis aja... belum buat keputusan lagi... walaupun sudah ada yang melamar cerita jaja nih...

kakmon,
tetapi tidak secantik cangkir di rumah dayang hasinah yang membuat kaksu teruja... setiap kali singgah minum teh di situ...


kakNila
November 1, 2007   10:42 AM PDT
 
notei,
boleh kot... kalau kena dengan caranya, n lelaki malaysia bersifat terbuka... tapi kena ada orang tengahnya :) ameen.

nacha,
yalah, sebab tu kaksu tulis cerita... supaya suara tempikan nacha tidak kuat kut ahaks :p

kaknoor,
haaa, harap-harap tidak terlebih masukan perisa aji no mo to sahaja...

mar,
cerita ini khas untuk ibu-ibu moden yang ada anak perempuan... mencegah sebelum malu? ntahlah, apa yang kak as dan abang syam nak buat dengan jaja

arirada,
huhuhu... takmo balik lama-lama... rindu juga akan kampung ku nun jauh di mana ahaks

wabbit,
nak dakwat 'blue balck' untuk draw plannya.

wan,
anak buluh betong... citer yang menakutkan pada waktu seusia asya... :(

rozlin,
kak as dok kalut macam tu la, sejak dari dulu... mujurlah bang syam tu tak jenis pot pet

akmar,
uwaaaa dah lama tak menulis novel... rasanya macam nak gam badan di kerusi nak menyuruh menulis....

insyirah,
terima kasih...dah lama kaksu menulis fasal perempuan yang pemalu nak luahkan rasa hati... ahaks





kakmOn
October 31, 2007   09:09 AM PDT
 
kaksu.. manis2 cangkir jaja, teruja kakmOn
tintaHati
October 31, 2007   08:37 AM PDT
 
Saya sokong akmar utk jadikan cerita ini dalam bentuk novel.. ada kelainan...dan tinta sangat2 teruja... ;)
Norabella
October 29, 2007   02:51 PM PDT
 
Salam Kak Su, cerita ni sungguh menarik hati.. Syabas kak su!
aura qaseh
October 28, 2007   01:12 AM PDT
 
Salam untuk kaksu.

kaksu nanti ada tak bab umi & abah jaja gi meminang din? kalau ada mesti interesting & kelakar. Bab 2 ni je dah buat sy ketawa. Tak sabar nak tunggu seterusnya, camna jaja sesuaikan diri bila jadi menantu ustaz.
Frendz
October 27, 2007   10:28 PM PDT
 
lagi orang terakhir komen rasanya...haha. best kak su. best sgt.
biskutz
October 26, 2007   05:45 PM PDT
 
salam ziarah..
citer ni citer betul yer..
iejay
October 26, 2007   09:05 AM PDT
 
wabbit tunggu sat... iejay nak ikut juga dengar petua jaja yg nak meminang anak ustaz Pa tu
*amik buku nota dan pen colour-colour*

uhhhh *mata terbeliak* kak ee pung ada story macam jaja ke? boleh juga kongsi2 dgn budak yg dah risau sebab tak kahwin2 lagi ni...ehehe...
wanAmalyn
October 26, 2007   08:59 AM PDT
 
kakEe...
citer apa..?? *pasang tinge* nak ler dengar gak... :P
kak ee
October 26, 2007   08:55 AM PDT
 
go jaja go... apa salahnya klu dh jumpa yg berkenan kan kak su (wait till u hear my story ha ha)
saya
October 25, 2007   09:00 PM PDT
 
Kak su, cerita ni base on true story ke? Sukar untuk dipercayai...tapi kalau dah jodoh tak kemana. Ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi ramai wanita yg berjaya dan berkerjaya dlm memilih jodoh...teruskan tak sabar untuk membacanya..
insyirah
October 25, 2007   06:55 PM PDT
 
salam kak su.. tq untuk n3 yang terbaru nie. lawak sangat. hebat betul jaja nie nak gi minang anak teruna ustaz.. apa pun citer nie memang best. lain dari yang lain...
akmar
October 25, 2007   03:52 PM PDT
 
kak su,,
tolongla jadikan dlm bentuk novel walaupun kak su taknak
indahnya cerita jaja ni..
bila nak keluar novel baru ni kak su??
rASA macam dah setahun kan tak kuar novel?
rozlin
October 25, 2007   12:46 PM PDT
 
askum kaksu, teringat umi jaja yg kalut sgt masa dr. aqmar kata dia dah/or nak kawin dng tengku dara....
wanAmalyn
October 25, 2007   11:24 AM PDT
 
*mata terbelalak* JAJAaaaaa awat lagu tu pulok... huhuhu
memanglah anak dara Dr Has dah tersampuk ngan anak buluh betong... ahaks!!

kaksu...
suka la ngan citer ni... lain dari yang lain... :P
chaiyo' chaiyo' *ala pompom gurl*
wabbit
October 25, 2007   11:14 AM PDT
 
nk kena berguru ngan jaja nih.. hik2 :p *siap2 pen & buku nota*
arirada
October 25, 2007   10:59 AM PDT
 
yup, saya sokong mar! cerita baru dengan tulisan yg baru! kalau mcm ni, kaksu kena selalu2 balik kampung la nampaknya, byk dpt idea, byk bleh jamu kat kami :)
mar
October 25, 2007   10:34 AM PDT
 
kaksu, citer baru dengan gaya tulisan yg baru...kelainan yang amat menguja saya utk ikuti n3 seterusnya...
kaknOOr
October 25, 2007   10:30 AM PDT
 
Kak Su juadah yg kurang berperisa masih ada ummmph....
Ketawa sorang2 tgk bila jaja minta gi meminang anak teruna ustaz..
nacha
October 25, 2007   09:07 AM PDT
 
wah! daringnya Jaja menantu Che' Pa ni. cayalah... kelakar la kaksu. hehehe... emm.. i like... tapi kalo my girl wat mcm tu sure sy bertempik mcm org giler punya.
notie
October 25, 2007   08:09 AM PDT
 
Kak su boleh ka buat lagu tu? Tq N3nya ya... cayang kaksu...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments