Entry: Oppss... ada pengumuman :) Wednesday, September 19, 2007



 

Sekadar nak berkongsi rasa gembira & ucap TAHNIAH untuk Dinda Lia atas lahirnya: CINTA SANG PARI-PARI



Penerbit: Nylea Publishing
Harga: RM19.90

Bukan mudah menggapai bintang di langit.  Tinggi... tidak tergapai dek tangan.  Dia tidak pernah putus asa, malah langsung tidak mahu mengalah dengan nasib yang diatur untuknya.  Biarlah sebesar mana pun dugaan yang datang, dia tetap mahu berdiri di situ... menghitung bintang di langit kerana baginya, hidup dan mati adalah kurniaan yang Maha Esa.
 
Hadirnya bagai hembusan angin yang menderu tetapi lembut dan mendamaikan.  Ia tidak wujud di mata kasar... namun ia boleh dirasai oleh naluri kewanitaan yang dimilikinya.  Biar dia tidak mempunyai suara namun pandangan matanya bisa menghuraikan.  Bagai sang pari-pari yang berterbangan bebas.  Berbumbungkan dada langit, berbantalkan awan gemawan, berlantaikan padang hijau yang maha luas dan berdindingkan hutan hijau.
 
p/s: tQ wabbit untuk gambar dari camera digital mu ini... :)

   5 comments

adhan
September 20, 2007   03:51 PM PDT
 
nurin tu dah mati ke? kejamnya manusia...
nuha
September 20, 2007   03:17 PM PDT
 
tahniah utk lia..
kak su..
sedey ye dgr berita ttg adik nurin..
ntah manusia jenis apa la yg sanggup bunuh dia dgn kejam macam tu..
kalau dapat tangkap orgnya, seorang teman cadangkan disumbat dia dulu dengan durian lepas tu baru jatuhkan hukuman mahkamah.
khabar dr teman2 yg membuat liputan lintas lngsung dari bilik mayat hkl, bapa nurin masih terkejut dan belum redha lagi...
kasihan.
moga allah beri kebahagiaan dan ketenangan utk mereka sekeluarga.
nacha
September 20, 2007   08:21 AM PDT
 
nak UP lg.. hehehe.. tahniah juta2 kali utk Lia. bila la nak wat next gathering ni?
notie
September 20, 2007   07:32 AM PDT
 
Tahniah 1000x buat lia...hehehe
Em
September 19, 2007   11:43 PM PDT
 
TAHNIAH!100x untuk LIA

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments