catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << October 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, September 18, 2007
    Kebun Mimpi... [29]

    ::- DUA PULUH SEMBILAN -:: 


     

    Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaan-Nya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. 

                                                                                 Surah Sajadah, Ayat 9

     

    "ADAM... ADAM TERASA TAK... kalau-kalaulah inilah Ramadan terakhir kita?"

     

    Kata Ain tiba-tiba tadi, membuat Adam terasa tidak bernafas. Ya, bagaimana kalau inilah Ramadan terakhir kita, Ain?

     

     



     

    ______________

    Catatan:

    AYAM PERCIK
    VERSI PEMALAS YANG KONONNYA SEDAP

    (sehingga menjilat siku ~ kata Nacha)

     

    A

    I ekor ayam dibelah lapan (atau empat ŕ tengok saiz)

    (bersihkan, buang kulit)

    perapkan ayam dengan:

    garam, bawang putih (ditumbuk sehingga lumat)

     

    B

    santan pekat dua hingga tiga cawan

    bawang merah atau bawang besar (banyak), halia (sikit), cili kering – ikut nak rasa sepedas mana - (dikisar sehingga lumat)

    secamca sedang air asam jawa (jika suka)

    garam

     

    Cara membuatnya:

    1. Bahan B dimasak sehingga pekat dengan api sederhana, senduk selalu supaya tidak bergentel
    2. Masukan ayam ke dalamnya (sekejap), biarkan separuh masak
    3. Angkat dari kuah, biarkan kuah tadi terus pekat (sebab kita nak gunakan sebagai bahan salut kepada ayam yang dibakar nanti)
    4. Bakar ayam di atas arang/atau gril: sapu kuah santan atas ayam yang dibakar tadi berulang kali sehingga masak ayam wangi dan tebal salutan santan tu
    5. Lebihan kuah boleh dicurahkan atas ayam yang sudah dimasak

     

    Itu sahaja resipi yang indah khabar daripada rupa sebenarnya!

     

    p/s: Resipi asal mentua kaksu yang diubahsuaikan untuk versi kaksu yang pemalas. Sebenarnya ayam tidak perlu direbus separuh masak macam tu, sebaliknya bakar terus sahaja J


    Posted at 1:33 pm by noorsoraya
    Comments (17)  

    Friday, September 14, 2007
    Kebun Mimpi... [28]

    ::- DUA PULUH LAPAN -::

    SUARA IMAM MUDA Masjid Sayidina Abu Bakar gemeresik indah melontarkan surah al-Baqarah, bersambung-sambung dari rakaat demi rakaat. Makmum yang penuh sesak, tinggal sepertiga setelah selesai rakaat kelapan solat tarawih.

     

     

     

    [Bersambung]


    Posted at 2:30 pm by noorsoraya
    Comments (14)  

    Wednesday, September 12, 2007
    Kebun Mimpi... [27]

    ::- DUA PULUH TUJUH -::

    AIN MEMBETULKAN DUDUK, membersihkan peti sejuk yang sudah lama ditinggalkan tu. Membuang segala yang ada di bahagian sejuk-beku. Ain bimbang kalau-kalau makanan dalam tu sudah tidak segar dan tercemar dengan bakteria. Manalah tahu, kalau-kalau kondominium ini terputus bekalan elektrik semasa dia tidak ada.

     

     

    ________

    Catatan:

    Selamat memasuki Bulan Ramadan al-Mubarak. Semoga ibadah kita diterima Allah, diberkati-Nya. Selamat bertarawih, bersahur.... 

    Maafkan kaksu, sekiranya ada yang terkasar bahasa, tersilap kata: mengusik rasamu, menggores hatimu.


    Posted at 3:44 pm by noorsoraya
    Comments (9)  

    Saturday, September 08, 2007
    Kebun Mimpi... [26]

    ::- DUA PULUH ENAM -::

     


    HARIS BARU SAHAJA melangkah masuk tatkala melihat Puan Anim, Pengurus Penerbitannya yang cekap melintas itu di depan meja Marwarny – setiausahanya yang pelik? Unik!

     

    "Anim, dah siap ka dummy untuk Projek Bila Timur Bertemu Barat tu?"

    "Pameran lukisan di Galeri Kebun Mimpi tu? Dah, semalam Encik Fitri Hadi dan Puan Aliya dah tengok. Tetapi…" Anim menelan air liur. Malang sungguh, dia terserempak tiba-tiba begini dengan Haris di depan meja Marwany. Dia sudah cuba mengelak sejak tengah hari tadi. Tetapi Haris terlebih dahulu memandangnya. Anim berharap dapat selesaikan semuanya terlebih dahulu, sebelum melaporkan keadaan yang sebenar kepada bos yang cerewet itu.

     

     

     


    Posted at 11:22 am by noorsoraya
    Comments (10)  

    Wednesday, September 05, 2007
    Kebun Mimpi... [25]

    ::- DUA PULUH LIMA -::

     

    PAGI YANG TIDAK INDAH. Sejak pukul sembilan sehingga hampir tengah hari, Haris masih diburu rasa marah. Yang membuat dia hairan sangat, kenapa Si Marwany si sekretari sementara itu boleh tersenyum. Dimarahi dia sekadar tersenyum, ditegur dia tidak berpaling muka, diarah dia menurut sahaja. Hairan sungguh! Di mana Maisarah jumpa penggantinya ni? Perempuan penyabar tanpa perasaan.

     

     

    -------------

    Catatan:

    1. Selamat Pengantin Baru buat Dinda Ijan. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
    2. Tahniah untuk iejay yang menjadi usahawan... kedai murah-murah iejay boleh dikunjungi di http://novelforsale.blogspot.com
    3. KakNoor terima kasih kerana menyelamat kaksu ahaks... J

    Posted at 3:03 pm by noorsoraya
    Comments (20)  

    Wednesday, August 29, 2007
    Kebun Mimpi... [24]

    ::- DUA PULUH EMPAT -::

     

    HAJAH ZAWIYAH MELETAKKAN surat pemberian Nacha di atas meja berdekatan TV. Kamal belum pulang dari kebun. Mulutnya tersungging senyum. Nacha dari kecil sampai dah jadi anak dara ni, tak pernah berubah. Suka sahaja memberi kejutan, dan suka sangat dia menyakat Kamal. Entah, entah... sememangnya dia ada hati pada Kamal sejak dulu. Kalau ya pun, apa salahnya.

     

     ________________

    1. Catatan:
      Cerita yang kaksu jadikan surat ini, pernah dikirimkan daripada e-mel siapa ya? Terima kasih pada pengirimnya... dan kaksu ingin berkongsi, manfaatnya di sini.
    2. Nacha, macam mana? Kamal tak tahu siapa pengirimnya lah pula.
    3. Teringat ketika belajar dekat IPSI, Tg Malim... suatu hari tak ada bas nak balik ke kolej (kita dari Kelantan la)... kaksu dengan abang rosdi naik bas lompat-lompat juga. Tapi masa tu kan masih pengantin baru, apabila ada tempat duduk mesti sahaja abang rosdi rebutkan chop untuk isterinya duduk hahaha... tetapi sekarang setelah isterinya - yang dulunya si ikan duyung - sudah mengembang gebu macam paus biru, masih adakah saat manis begitu la la la la.... 

    silalah ke http://jemariseni.com dan baca sinopsis novel untuk Oktober...



    Posted at 9:02 pm by noorsoraya
    Comments (17)  

    Tuesday, August 28, 2007
    Kebun Mimpi... [23]

    ::- DUA PULUH TIGA -::



    BERJALAN-JALAN di sekitar Pasar Siti Khadijah, meneliti kain di beberapa kedai yang menjual batik tulis, Adam akhirnya memilih dua helai sutera untuk isterinya. Warna turquoise dan  maroon. Dia suka melihat corak batik yang halus dan menarik tu. Ain suka sutera dan corak batik, cuma dia tidak tahan dengan harganya sahaja. Sejak batik makin popular semula... harganya mula melambung kembali. 

     

     

    cinta itu bagaikan air laut
    tak surut pabila ditimba
    tak kering pabila kemarau

     

    Tuhan, panjangkan umur dia... peliharalah dia dalam rahmat-Mu. Tetapkanlah iman dia... limpah kasih sayang umi untuk dia.

     


    __________
    Catatan:

    1. lukisan, masih dari Meem
    2. terima kasih kepada yang sudi singgah di sini, walaupun kebun mimpi... memang sedang sunyi sepi...
    3. silalah ke http://jemariseni.com dan baca sinopsis novel untuk Oktober...



    Posted at 2:47 am by noorsoraya
    Comments (13)  

    Monday, August 27, 2007
    >vi< Kebun Mimpi...

    Sekadar Draf saja untuk tiga bab yang belum kaksu tulis...

    Sedutan 1 : Bab 23

    Berjalan-jalan di sekitar Pasar Siti Khadijah, meneliti beberapa kedai yang menjual batik tulis, Adam memilih dua helai untuk isterinya. Warna turquoise dan  maroon. Dia suka melihat corak batik yang halus dan menarik tu. Ain tu cantik sahaja di matanya, dan kalau pakai baju kurung warna apa pun dia tetap menawan. Ah, hati... 'besarnya' dia memuji isteri sendiri.

     

    Sampai sahaja pagi tadi, umi seperti tidak mahu berbual dengannya. Umi yang suka merajuk tu, Cuma abah sahaja melayan kerenahnya. Tapi umi tetap umi, syurga tu di bawah tapak kakinya.

    "Kalau hal isteri, boleh pula balik... hari tu, masa Durrah terlantar sakit... kononnya tak ada cuti la, tak ada tiket. Umi lihat, Adam ni sejak ada isteri dah membelakangkan umi... mula menjadi anak yang pentingkan diri sendiri sahaja. Melebih-lebihkan Ain, dan melupakan umi."

     

    Sedutan 2: Bab 24

    Melihat bas terbalik di Bukit Gantang yang dipapar di RTM 1, hati Ain jadi bimbang. Kalau Adam naik bas lompat-lompat esok... maknanya, dari Kota Bharu ke Tanah Merah. Kemudiannya dari Tanah Merah ke Gerik. Dari Gerik ke Taiping. Selepas tu, dari Taiping terus ke Ipoh. Dari Ipoh ke Tanjung Malim. Esoknya, sudah nak balik ke New Zealand semula.

     

    Aku ni memang melampau, sepatutnya isteri menyenangkan hati suami. Bukannya menyusahkan suami dengan rajuk dan sifat mengada-ngada. Aku tidak perlu menguji hati Adam. Apa salahnya, dia menjadi anak yang taat akan uminya. Bukankah itu, yang aku harapkan... anak-anak kami nanti taat aku dan Adam?

     

     Ain mencapai telefon bimbit... mendail Adam....

     

    Sedutan 3: Bab 25

    "Haris, hujung minggu ni emak nak ziarah Ain di Tanjung Malim. Ayah tak larat nak memandu. Nak minta Haris tolong hantar boleh?" tanya Puan Aisya.

    "Emak, syhhh..." Haris memandang ke kiri dan ke kanan. Puan Aisya menunggu dengan sabar. Hatinya sudah dicuit-cuit.

    "Haris tengah 'perang' dengan Zura ni... Haris dah janji tak ambil fasal Ain lagi." kata Haris sambil memandang emaknya. Puan Aisya tersenyum simpul. Amboi, Zura... dalam diam-diam, pandai juga dia mengugut suaminya. Puan Aisya jadi senang sebab Haris menghormati hati seorang isterinya.

     

    "Okey lah, emak minta tolong Abang Chairil kamu sajalah." Balas Puan Aisya sambil tersenyum lagi.

    Haris juga tersenyum. Juga rasa sedikit malu. Dia boleh bersembunyi cerita apa sahaja daripada semua orang... tetapi tidak dengan emaknya. Haris tahu, emaknya tu sengaja sahaja... nak mengutip cerita. Tiba-tiba sahaja dia hendak menziarahi Ain. Emak memang melihat Zura sedang mogok senyum pada Haris. Emak sudah rasai, Farah terpaksa 'berguru' menyiapkan kerja-kerja sekolahnya daripada Haris: 'mama Farah' memang sedang perang dingin.

    ________

    Catatan:

    Sudah lama tidak menulis... hari ni kaksu draf dulu cadangannya. Sebelum mula melakar betul-betul. Tolong ya beritahu:

    "kaksu cerita kaksu sungguh membosankan... boleh tak kaksu berhenti menulis?" 


    Posted at 4:44 pm by noorsoraya
    Comments (13)  

    Tuesday, August 14, 2007
    >v< Kebun Mimpi...

    Catatan:

    kaksu tiada dalam negeri dalam dalam tempoh 17 ~ 29 Ogos... jadi blog ini akan berada dalam mood pemantauan inkubator lah ahaks

    sehingga jumpa lagi... insya-Allah 

    p/s: tolong siram bunga-bunga di kebun mimpi...


     * * * * * * * * 
    cinta itu bagaikan air laut
    tak surut pabila ditimba
    tak kering pabila kemarau


    ~ Nik Ahmad Adam

    p/s: Kaksu jiplak (dan ubah suai) kat mana ya kata-kata ini? Dah 25 tahun yang lalu, kaksu catatnya. Kebetulan kaksu jumpa di celah-celah kotak-kotak tatkala mencari i.c kaksu yang hilang....


    Posted at 3:49 pm by noorsoraya
    Comments (14)  

    Wednesday, August 08, 2007
    Kebun Mimpi... [22]

    ::- DUA PULUH DUA -::

    Setelah Adam berlalu dengan Kamal. Ain masih menunggu sehingga Peugeot hitam tu melepasi jalan raya.

     

    "Ain masuklah, petang-petang ni... Dede dan Dudu... suka bermaharajalela."

     "Dede dan Dudu?" Makhluk apa pula tu?

    "Oh, angsa tu... angsa Kamal yang garang tu... kalau dia tak kenal orang, dia menyudu aja, Ain. Arwah Seera dulu, menjerit-jerit sahaja tak sempat nak kontrol sopan santun pun depan siapa saja kalau dikejar angsa-angsa tu." Kata Hajah Zawiyah, sambil hatinya sempat sedekah Al-Fatihah.

    Lama mereka berdiam sahaja, sambil memerhati ke luar yang sunyi.

     


    Posted at 3:35 pm by noorsoraya
    Comments (15)  

    Previous Page Next Page