catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << August 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Friday, August 13, 2010
    [2] Kelip-kelip Terbang Malam

    cinta itu seperti air hujan

    mencurah basah hati yang gersang

     

    Siti Qanaah Syeikh Sabri

    Tahun Akhir

    Fakulti Undang-undang UKM


    KAKAK MEMERHATI
    emaknya melangkah ke wad kelas satu itu. Sesaat dia tertegun melihat emaknya yang masih cantik. Walaupun mereka sering bertikam lidah, tetapi dia sayang pada emak. Kakak selalu sebelah emak, tatkala abah tinggalkan emak untuk berkahwin dengan sekretarinya yang sebaya dengan kakak dua tahun dahulu.

    Tiba-tiba rasa kasihan pada emak berubah. Hatinya hampa melihat emak datang dengan lenggang kangkung aja. Emak ni memang...!

    "Emak tak bawa sup ketam untuk abang?" Kakak bersuara, ada getaran menahan marah di situ. Matanya memandang ke arah abang yang sedang nyenyak di katil. Puas sudah abang tunggu emak datang tadi, sehinggakan dia tertidur semula. Kasihan abang.

    Emak tu macam tak ambil kisah dengan kesihatan abang. Semalam emak lupa, hari entah apa alasan emak. Kakak faham emak sibuk, tapi emak tak kasihan kat abang ke? Mata cantik kakak dicacatkan dengan mulutnya yang muncung kerana marah.

    "Emak tak sempat balik rumah, dari ofis terus ke sini." Emak memandang muka kakak. Kakak selalu sahaja buat dia serba salah. Kadang-kadang dia jadi takut dan segan pada kakak, padahal kakak tu anaknya. Dan anak harus taat pada emak, bukan sebaliknya.

    "Doktor kata platelet darah abang jatuh lagi," kakak pura-pura mengugut emak. Biasalah, dia memang suka buat emak rasa bersalah. Biasalah, emak tu kalau tak diugut dia akan lalai lagi.

    Kakak, tak baik buat emak macam tu. Berdosa tau! hatinya yang baik memujuknya.

    Muka Jennah berubah sedikit. Dia tidak boleh tunjuk lemah di depan kakak. Diakan emak!!!

    "Kelmarin doktor siapa nama tu kata, abang dah okey, pun!!!" Jennah meninggikan suara.

    Yalah, kalau ada apa-apa tentu sahaja doktor akan bercakap terus dengannya. Itu yang dipesan pada doktor yang merawat abang hari tu. Dia memang tidak percaya pada kakak. Kakak tu memang baik, sedia membantu siapa sahaja. Tapi kalau datang pada bab-bab begini, kakak kalau boleh tidak mahu Jennah ke mana-mana. Kakak mahu Jennah yang jaga abang. Biasalah sindrom anak yang ditinggal ayah, begitulah. Mereka sentiasa rasa tidak secure.

    Tapi kakak sudah 23 tahun, bukannya budak kecil! hati kecil Jennah memberontak.

    Sepi.

    "Abang pun dah tak larat makan sup ketam lagi emak," kata Syeikh Aqif, anak keduanya yang sudah tersedar daripada tidur. Mukanya masih pucat, tetapi semangatnya untuk sembuh tidak pernah luntur.

    Jennah merapatkan bibir untuk mengucup dahi anaknya yang sudah enam hari terlantar di Hospital Serdang itu. Dia dibawa dari asrama minggu lalu kerana demam denggi. Abang sudah dalam tahun dua, jurusan veterinar di Universiti Putra Malaysia. Abang tidak suka membuat emaknya susah hati, berbeza sekali dengan kakak.

    Jennah tersenyum senang. Ketam nipah memanglah elok untuk meningkatkan platelet darah yang merudum. Tapi bukannya mudah nak cari ketam tu dekat Putrajaya.  

    Kakak tarik muka. Abang memang macam tu, apa-apa akan sebelahkan emak. Padahal kakak korban waktu untuk tunggu dia siang malam di sini. Abang tidak macam adik yang sentiasa menjadi sekutunya. Adik tu pengintipnya di rumah. Dua bulan lalu adik bercerita, "Kakak, emak dah kurus banyak, dia beli formula Doktor Romzee dalam surat khabar tu."

    Sejak itu emak mula melaram dan pandai melawa. Kata adik lagi, emak sekarang suka pada satu PTD dari Johor Bahru. Sudahlah abah tinggalkan mereka, jangan pula emak pun buat mereka tiga beradik begitu. Betullah mereka sudah besar, tetapi mereka masih memerlukan emak. Itu yang buat kakak risau melihat emak sudah muat balik kebaya-kebaya lama emak tu. Emak memang masih cantik, usia lima puluh tahun belum bergaris pada wajahnya.

    Abang berdiri, dan masuk ke bilik air.

    Jennah memandang anaknya, Siti Qanaah.

    "Kakak, emak dah nampak jodoh yang baik pada kakak." Wajah emak ceria sangat. Wajah doktor dari Universiti Moscow itu muncul lagi.

    Kakak tarik muka lagi. Emak ni, dia buat dah.

    Dalam hati dia sudah rasa ingin ketawa dengan perangai emak. Di sini kita asyik susah hati fasal abang kena denggi, sempat sahaja dia cari jodoh untuk kakak!

    "Doktor... orang dia elok, kakak tentu suka!"

    "Kalau dah elok dan baik, lebih baik emak pilih untuk emak." Balas kakak, pura-pura cemberut.

    "Budak ini!" jawab Jennah.

    Betul-betul aku pilih untuk aku, baru dia tahu malu kut!

    Loceng tamat waktu melawat memisahkan mereka. Jennah berlalu setelah diambil baju-baju kotor kakak dan abang di tepi almari. Cepat-cepat dia ke ruang depan jururawat, ada misi yang dia perlu urus.
    _____

    NOTA:
             Selamat Berpuasa dan semoga ibadat kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
     


    Posted at 2:48 pm by noorsuraya

    iYa
    November 13, 2010   02:20 PM PST
     
    ingat Jennah ni adik kakak ke... :D
    masalifah
    October 14, 2010   12:31 PM PDT
     
    lamanya nk tunggu doktor ni muncul..berdebar2 dah ni...

    semoga kak su diberi ruang untuk update kat sini. Rindula....(kat doktor)..hehehe
    sooly
    August 19, 2010   09:02 AM PDT
     
    tertipu...hahaha
    makcik jennah rupanya...

    jd yg jd herion..mesti si kakak tu..uhukss
    bijak btol kaksu mainkan perasaan org :P

    best3x
    nawwir
    August 18, 2010   01:23 PM PDT
     
    *senggul pink* gedebukkkkk
    Ha... dia dah tergoleh.
    Sambung catwalk pink yang terbantut - pinjam beg coach Jeenah Bee kepit kat ketiak.
    iejay
    August 16, 2010   12:11 PM PDT
     
    kaksu... daku tertipu...huwaaa... jennah tu rupa2nya makcik...huhuhu...

    oo.. siti qanaah tu dipanggil kakak ya... eh, samalah dgn kita... kat rumah pun adik beradik panggil kita kakak walauoun kita anak perempuan no.3...
    jadi bolehlah juga kita pun nak diregukan dgn doktor drp moscow tu kan kak su...ahaks...
    nina
    August 15, 2010   06:40 AM PDT
     
    kaksu, buatlah doktor pinang emak, tengok kakak buat cemana, cesss :p*tutup tanduk klavu tumbuh tas kpala*

    p/s awat dr semalam blog ni tak dpt bukak, duk tayang "We are currently experiencing a high load. Please try your request again later" MENCI arr
    julianarazid
    August 14, 2010   01:43 PM PDT
     
    kak su, selamat berpuasa, lama tak dengar cerita kak su... winduuuuu!!!!

    kak su, bila buat kisah kat hospital nie, tetiba saya terkenangkan adam n ain... apa agaknya kesudahan adam yg terlantar di icu menjelang malam raya beberapa tahun lalu....? mohon update ye kak su... buku baru ker.... selitkan kisah ker.... heehe...
    tq kak su... sayang kak su..
    muah3x.
    klavu
    August 14, 2010   12:36 PM PDT
     
    ala..orang saje je tak letak komen *jelir lidah kat ayu*
    muahaha...
    kaksu, kawinkan jer makcik jennah dgn doktor hengsem tu..biat kakak nyesal
    Nacha
    August 13, 2010   10:39 PM PDT
     
    Ayu.... jln baik2 na. sat gi jatuh tergolek dog baru harubiru blues. hehehe..


    kaksu.. payah2 sgt anak dgn mak sekali naik pelamin. konsepnya ala2 ibu & anak yg sehati sejiwa gitu. :D
    kaksu
    August 13, 2010   04:53 PM PDT
     
    pinkJambu,
    nak hadiah - sapu sampah atas stage yang lama tak digunakan lagi,

    wan,
    lap u 2

    adhan :D

    wabbit shomel,
    miss u banyak tau
    - kalau cerita tujuh episod ni, tak akan dicetak, untuk web aja :p
    wabbit
    August 13, 2010   04:30 PM PDT
     
    *ketuk tangah*
    oh tangan.. kenapa gatai tekan link ni.. kanapa tak sabar tunggu sampai kaksu abis tuils?? huuu.... kan dah ter'hooked'..
    kaksu.. sila update.
    hehehe..... ;p
    adhan
    August 13, 2010   03:29 PM PDT
     
    la..jennah tu makcik ke hehehe ingat jennah tu adik sesapa nak padankan dengan kakak dia ngan doktor tu rupanya nak padankan anak dia hehehehe
    wanAmalyn
    August 13, 2010   03:28 PM PDT
     
    *ikut belakang Pink*

    :) kaksu i lap u
    pinkJambu
    August 13, 2010   03:12 PM PDT
     
    huahuahuaaaa

    BETA nombot satu!

    amboih,lama tak merasa bejln atas stage aihhhh *gaya mis world*
    ni kalau depa tu tau terjun longkang nihhh
    *jeling2 adik beradik lain hihihi*
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry