catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << May 2010 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Monday, May 10, 2010
    [4] - Langsir Biji Remia

    mata, lenakah kau malam tadi?


    "PAPA, Duha rasa tak jadi sambung studi dah. Duha hendak kerja dengan Kak Hada. Dia nak buka kedai buku."

    Tangan Duha Hafa lincah menyapu mentega di atas kepingan roti wholemeal. Dua keping diletakkan dalam pinggan papanya. Papa mencecah dengan madu, sebelum menggigitnya. Doktor Hud memandang ke arah anaknya. Mulutnya masih penuh, belum mampu bersuara. Dikunyahnya roti High Fiber perlahan-lahan, sementara otaknya bekerja: antara hendak memaksa Duha teruskan kuliah atau membiarkan anaknya membuat keputusan sendiri. Dia tidak boleh memaksa Duha. Anaknya tidak bernasib baik seperti anak perempuan teman-temannya. Anaknya itu ada sejarah duka. Tegakah dia memaksa Duha lagi. Kalau yang punya diri sudah tidak ada kekuatan, bagaimana?

    "Studi tu dah separuh jalan, kan?"

    "Belum separuh jalan papa, baru satu semester daripada lapan semester." Balas Duha sambil tersenyum. Matanya yang indah itu dipanahkan ke arah papanya. Ya, habis buat asasi setahun setengah... dia kini baru pada tahun pertama, semester pertama. Dia baru sahaja bercuti lepas habis peperiksaan kelmarin.  

    "Apa masalahnya? Duha tak boleh face orang ke?"

    "Orang yang tak boleh face Duha." Senyum dia panah lagi, berselang-selang pada papa dan mummy.

    "Kerja kedai buku pun, Duha terpaksa face orang?"

    "Kak Hada benarkan Duha pakai purdah." Duha berbohong, padahal dia belum pun minta kerja daripada jiran baharunya itu. Entah kenapa, dia rasa serasi sahaja dengan kakak yang jadi novelis tu.

    Doktor Hud diam. Puan Taslima Limbalia tidak menyampuk apa-apa. Duha sudah bercakap dari hati ke hati dengan dia semalam. Duha sudah buat keputusan, apa yang dia boleh pujuk. Anaknya itu sudah cukup menderita, dia tidak mahu menambah lagi rasa derita itu. Kalau Duha rasa itu yang baik untuk Duha, patutkah dia memaksa anaknya itu mengikut kemahuan mereka. Dia memandang suaminya. Duha memerlukan masa, lima tahun terlalu pendek untuk dia membuang segala trauma yang menghantuinya itu.  

    Memanglah pihak universiti membenarkan Duha memakai purdah setiap waktu, tetapi rasanya kursus yang dia pilih tidak kena dengan fitrahnya buat masa ini. Waktu mengajar dia harus membuka purdahnya.

    "Macam mana kalau Duha mohon penangguhan. Jangan berhenti macam tu saja. Sayanglah. Bukannya senang hendak mohon masuk TESL tu." Mummy mencelah.

    "Duha nak belajar hargai diri Duha dulu."

    "Duha, kita diskus lain kali boleh? Papa nak cepat pagi ni. Cuti semester ni papa nak Duha guna masa untuk fikir apa yang patut Duha buat. Solat istikharah la, mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk Duha."

    Doktor Hud meneguk kopi yang sudah suam. Ingatkan lepas diterima masuk ke Bachelor in English kat Universiti Islam Antarabangsa Duha berubah cara fikir. Tiba-tiba sahaja dia hendak berhenti dan bekerja.

    Kasihan Duha, harap-harap dia dapat menghadapi hidup ini dengan hati yang terbuka. Duha bukannya pesimis kalau dilihat dari luar, tetapi dalam hati Duha tidak ada siapa yang tahu. Hatinya dia bungkus kejap-kejap, sampai tiada siapa yang dapat menekanya.

    Ya, selepas kejadian itu, dia bukan lagi Duha Hafa yang dulu.

    Kasihan anak aku!

     

    * * * *

     

    "KAK HADA, bila Ceritalah Lagi nak open?"

    "Sebulan lagi, kenapa... Duha dah jumpa orang nak bekerja di seksyen kanak-kanak?"

    "Dah, insya-Allah."

    "Oh, budak kawasan perumahan ini ke?" Suara bakal tauke itu sudah kelihatan gembira. Dia sudah ada dua pekerja, dan dia memerlukan seorang lagi sahaja.

    "Ya, dia memang suka baca buku cerita."

    "Bagusnya. Kak Hada nak jumpa dia la, Duha."

    "Petang ni Kak Hada datanglah ke rumah Duha. Dia ada." Kata Duha Hafa.  Cuba menyembunyikan rasa gembira. Janganlah Kak Hada menolaknya kerana dia harus berpurdah waktu bekerja. Tolonglah.  

    Duha Hafa sudah nekad, dia tidak mahu sambung studi lagi. Entahlah, rasanya pilihannya untuk jadi guru tidak kena dengan fizikalnya waktu ini. Betullah dia suka pada kanak-kanak, tetapi kasihan dekat mereka kalau dapat cikgu sepertinya nanti.

    Duha menyanggul siput rambutnya yang separas bahu, kemudian dia sepit besar supaya tidak tanggal. Piano dibuka, tetapi jemarinya tidak jadi menari di situ. Matanya memerhati ke luar. Air matanya bergenang sedikit, mendongak ke arah jendela tingkat atas rumah sebelah. Umair sudah pulang. Sepuluh tahun sahabatnya itu hilang, dan kini dia sudah ada kembali. Seronok sangat apabila Umair menegurnya semalam. Umair tidak lupa pada Duha, seperti duganya selama ini. Sayangnya, Duha sudah tidak ingin bersahabat dengan masa lalunya.

    Dia rendah diri.

    Kelihatannya dia bagaikan tidak kisah dengan apa yang terjadi, tetapi dia tetap seorang perempuan. Rasa malu mengikutnya ke mana-mana. Sudah lima tahun dia menyembunyikan malu, dan dia tidak mahu dicemuh dengan kekurangan yang dia miliki ini.

    Duha Hafa memerhati jam di dinding. Sudah dua setengah petang. Semoga Kak Hada sedia menerimanya sebagai pekerja di Kedai Buku Ceritalah Lagi. Duha menutup piano semula. Dia berlari meniti tangga ke atas.  

    Kakinya lincah ke bilik menukar pakaian, mencetak 'resume' dan surat muka. Diperhatikan jendela di tepi meja tulis. Mulai hari ini, dia tidak akan membuka jendela itu lagi. Dia tidak ingin menyelak langsir biji remia lagi. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Umair...

    Angin petang berhembus perlahan.  

    Biarpun wind chime memujuknya, langsir biji remia tetap tidak terbuka!

     

    [Bersambung...]


    Posted at 1:23 pm by noorsuraya

    shayda
    August 2, 2010   01:26 PM PDT
     
    k su, sunggoh tidak sabar menanti buku ni. rasa dekat sgt, maklumla ex UIA, pastu org utara (jarang2 dengar perkataan "gemia") selalu dok burgundy je kan.

    harap2 buku kali ni boleh mengasyikkan macam nuha-alang dan wadi-dahlia.
    pu3kayangan79@yahoo.com
    July 17, 2010   05:02 PM PDT
     
    update cepat kak su...nak best lagi release la dlm buku leh wat collection
    illiii
    June 23, 2010   10:37 PM PDT
     
    kak su cepat2 sambungnya ya...tk sbr2 dah ni nak tahu apa yg terjadi kt duha..kesian dia :(
    wida
    June 21, 2010   09:22 PM PDT
     
    kak su..kok lama kali ya nungguin sambungannya....ayuh kak su...tak sabar ni
    Mas
    June 15, 2010   12:07 PM PDT
     
    ramainya menunggu sambungan cerita, termasuk saya....kak su, cuti ke? mana sambungan ni....buku kak adalah buku wajib baca...so, cepatla...tak sabaq ni....
    nurul
    May 24, 2010   12:16 PM PDT
     
    salam akak,sambunglah lagi..tak sabar..
    basimah
    May 14, 2010   09:23 PM PDT
     
    salam kaksu!
    cepat le sambung!!!!tak sabar ni nak tahu apa yang terjadi kat duha......
    mijot
    May 12, 2010   08:45 PM PDT
     
    nak sgt tahu apa yg terjd kt duha..
    syud
    May 11, 2010   10:11 PM PDT
     
    kak wan, kak wan kan dh jadi tokei kedai buku. duduk diam2 :P
    nacha
    May 11, 2010   03:19 PM PDT
     
    a'ah. setuju dgn Syud. so near yet so far. pasti ada tragedy yg membuatkan Duha terus nak berpurdah. tak sabar nak tunggu kaksu membongkarkan rahsia sebenar.
    suzana
    May 11, 2010   03:18 PM PDT
     
    Kak su zana memang suka dengan wind chime sebab dulu-dulu arwah abah memang suka juga and gantung kak depan rumah,bila kak Su tulis cerita tentang wind chime didalam cerita Langsir Biji Remia ini.teringat kenangan lama.Semalam lalu dekat sebuah kedai nampak wind chime yang comel minta kebenaran dengan en hubby nak satu gantung kat rumah.En.hubby tak benarkan sebab dia kata bila berbunyi waktu ditiup angin di rasa spooky.:-(
    adhan
    May 11, 2010   02:25 PM PDT
     
    ala...suspennya..napa ngan duha?
    misssaffaa
    May 10, 2010   06:32 PM PDT
     
    waa...
    suka2!
    wanAmalyn
    May 10, 2010   05:20 PM PDT
     
    kaksu,

    Bestnya... boleh tak tolong tanya kak Hada... wan pun nak join Duha kerja kat kedai buku Ceritalah Lagi... jadi cleaner pun takpa!! :D
    syud
    May 10, 2010   04:26 PM PDT
     
    siannya. so near yet so far :(
    pearl jade
    May 10, 2010   04:24 PM PDT
     
    salam kak su...
    alamak xpenah dapat jadi komentar pertama..hehe
    kak,kalo dengar wind chime rumah saya,mesti teringat akak =)
    nina
    May 10, 2010   04:08 PM PDT
     
    ala suspen nyer :( cepat la samung ye kak uya *kelip2 bulu mata ostrich*
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry