catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << November 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Saturday, November 24, 2007
    Jeda: Jaja & Din

    Memo dari Jaja...

     

    OH, KITA SUDAH di episod-episod akhir ni. Padahal banyak lagi yang belum Jaja cerita. Nak kena shortcut ni. tapi mana best, kalau cerita kita shortcutkan, kan! Itulah Jaja cakap banyak sangat, cerita detail-detail sangat. Terlalu banyak anekdot-anekdot. Tapi Jaja tak suka bercerita macam tulis notes la... tak berkesan di hati.

     

    Okey, ada beberapa perkara yang tak dapat Jaja ceritakan di sini, kerana ruang sangat terbatas:

    1. Apa yang Abang Long akan cerita malam itu?
    2. Macam mana ya abah dan umi serta Uncle Aqmar lakukan untuk meminang Din?
    3. Macam mana akhirnya, Jaja terjumpa dengan Din betul-betul, siapa yang tolong?
    4. Kenapa Din sampai sudi menerima Jaja yang tidak sekufu dengan dia, apatah lagi Jaja ni tak warak dan macam-macam kekurangan ini sebagai isterinya?
    5. Apa pula kata keluarga Din? DAN Apa LIMA syarat Din kepada Jaja, sebelum dia bersetuju menggenggam tangan tok kadi?
    6. Apa yang telah terjadi selepas itu... yang ni ada begitu banyak episod untuk diceritakan... dan ramai yang perlukan tisu buat menyapu si air mata! 
    7. Kenapa Jaja dan Din terpaksa hidup terpisah walaupun sudah menjadi suami isteri?
    8. Siapa Puteri Zahirah tu? Jeng jeng jeng
    9. Bahagia ke Din dan Jaja selepas ini?
    10. Sayang tak Din kepada Jaja? Berapa lama ya, dia ambil masa untuk menyayangi Jaja? Atau dia tidak pernah sayang kepada Jaja sampai bila-bila pun!

     

    Wah, macam ada sepuluh episod atau berbelas episod lagi... TAPI, Jaja dah janji tentang tiga babak pertemuan dengan Din? Kan Jaja sudah cerita dua babak... satunya, tentang gambar untuk iklan hari raya. Dan keduanya, pertemuan tidak sengaja di Hentian Duta. Untuk yang ketiga... siapa nak juga tahu juga, bolehlah e-mel Jaja di  dahlia.ashiqin@gmail.com. Ini e-mel rahsia Jaja tau. Jaja sebenarnya takut Din tahu, yang Jaja sedang bercerita fasal cerita cinta kami yang kononnya sangat unik dan pelik. Din tak suka Jaja bercakap tak tentu arah macam ni... itulah sebabnya Jaja janji cuma sepuluh episod aja. Nampaknya cerita ini tak pernah habis.

     

    Kisah Jaja bukannya berhenti selepas Jaja berkahwin dengan Din saja. Bukannya sepuluh episod ini tau! Rupa-rupanya cerita Jaja hanya bermula selepas itu. Cerita sedih dan cerita lucu Jaja. Ini hanya sepuluh episod dari berpuluh-puluh episod cerita Jaja dengan Din. Nak tahu selanjutnya? Nantilah Jaja pujuk kaksu menulis cerita Jaja ini. Tapi kaksu ni jual mahal... sejak ada Jemari Seni, macam sudah tak ada masa untuk mengarang ceritanya sendiri. Ini Jaja nak beri cerita suruh dia tulis pun, dia kata... "Jaja, Kaksu sibuk tak cukup tangan kaki, kalau boleh nak cuti sabatikal dua tiga bulan. Sorry ya, sayang!"  Tapi Jaja suka kalau cerita Jaja ni kaksu yang tulis, bukannya orang lain. Jadi kerana itulah, Jaja akan sabar saja... menunggu kaksu diberi waktu.

     

    Sambung kaksu lagi hari itu, "Kan Jaja sedang berbahagia... cerita sedih kaksu nak la tulis, cerita bahagia mana 'asyik' hendak menulis, Ja!"

    "Kaksu, ni!!"

     

    Bahagia ke Jaja?

    Ya, sangat!

    Din?

    Entahlah... rasanya dia tidak berkahwin dengan pilihan hatinya. Dalam Episod 10 nanti, Jaja nak tulis... cerita "Seminggu di Rumah Mak Bapa Din." Kalau pun, Jaja tak sempat bercerita macam-macam... kurang-kurang anak-anak dara di luar sana akan berfikir dua tiga kali sebelum membuat rancangan nekad seperti Jaja. Kalau orang tanya Jaja menyesal ke tak? Tak, Jaja tak pernah menyesal, insya-Allah. Suatu hari Din akan sayang kan Jaja juga.... Jaja tunggu saja saat suatu hari itu! Macam juga Abang Long yang pernah tunggu Jaja suatu waktu dulu, Jaja pun akan begitu. Menunggu takdir dengan penuh tawaduk. Akhirnya, Abang Long dah pun kahwin... cuba teka dengan siapa? Tentu tak ada yang percaya...!

     

    Okey, Jaja nak sambung cerita ini kembali pada waktu Jaja, umi, abah dan Nini duduk di Warung Pak Ya. Kami menunggu Uncle Aqmar dan Makcik Dara datang... Cerita dari episod satu la ni....

     

     

    [Bersambung... ke Episod 9]

     

    p/s: Minggu ni Jaja tak ada di opis, kalau siapa e-mel Jaja, dalam sehari dua lagi baru Jaja dapat balas tau.


    Posted at 10:04 am by noorsoraya

    fadzilah
    February 3, 2010   11:16 PM PST
     
    Saya memang mengkagumi gaya penulisan noor suraya di dalam setiap karya beliau.Mengesankan dan kita seakan-akan berada dekat dengan watak utamanya.
    julianarazid
    January 6, 2008   11:14 AM PST
     
    nanti kalau kak su dah bukukan kisah jaja, nak kena baca nyanyian tanjung sepi utk dapat feel awal...
    macam nak bc NTS aritue,khatam semua keranamu ain,meski hanya sket bkait,tapi best aa baca dari awal...
    kak su, kebun mimpi apa citer
    rindu kat ain laaa
    :-)
    Nur
    December 11, 2007   08:16 AM PST
     
    lamanya nak tunggu kena sambung!
    Nur
    November 28, 2007   09:52 AM PST
     
    akak,betul ke email Jaja tu?
    frendz
    November 27, 2007   03:33 PM PST
     
    erm....jadi blurb ek?
    nor ash burn
    November 27, 2007   09:23 AM PST
     
    kak su.. adakah ini satu promosi utk citer jaja dn din dibukukan? klu benar, sy takmo emel jaja.. sy nk beli bknya dan bc dari mula sampai abis.. baru ler seronok tahu jln citer dgn lebih teratur! huhuhu kak su tolong bukukan citer jaja dn din ni! plisssss
    kakmelia
    November 27, 2007   08:48 AM PST
     
    Terimakasih jaja sbb balas e-mail akak dengan segera... Best....... sapa nak baca... cepat2 e-mail kat Jaja tu....
    aura qaseh
    November 26, 2007   04:51 PM PST
     
    Salam Kak su..... plz, plz, plzzzzzzz bukukanlah tak tahanlah cam ni ciput2!

    banyaknya yg sy nak tahu (pasal kluaga jaja pinang din, pasal 5 sharat din, pasal abg long n dll). Wah tamaknya sy:D.

    muaaahhhh........Ka su:D:D
    adhan
    November 26, 2007   04:19 PM PST
     
    betul ek email jaja tu? nak email sat lagi ni...nak pesan kat jaja macam kak wan pesan...(jangan lupa balas email kita tau!!)
    ej
    November 26, 2007   03:01 PM PST
     
    kaksu...bukukan la citer kak jaja nie...mst laku kalah goreng pisang panas nie...hmm,saye pun dah emailkan ke kak jaja...nnt kaksu tlg suh kak jaja emailkan pada saya yea...thanks kak su...sayang kak su...;)
    yi ya ni
    November 26, 2007   01:46 PM PST
     
    huhu.. bila citer ni nak dibukukan.. tak sabaw nak beli..
    wan
    November 26, 2007   12:51 PM PST
     
    kaksu...
    wan dah email kat Jaja... nanti cakap ngan dia... jgn lupa balas email wan k ;)
    nacha
    November 26, 2007   11:05 AM PST
     
    kaksu, email Jaja tu betul2 ujud ke? hehehe... susah2 interview Jaja je la. tapi kalo kaksu yg bercerita lg la ada ummpphh...
    mar
    November 26, 2007   09:54 AM PST
     
    kaksu mendera jiwa raga ku...huhuhu..harap2 jaja berjaya pujuk kaksu menulis ekk..*kenyit mata kt jaja*..
    rozlin
    November 26, 2007   08:00 AM PST
     
    kaksu, gundah rasa dihati menunggu berita seterusnya...
    arirada
    November 24, 2007   10:24 AM PST
     
    kaksu, seksanya rasa dpt baca sikit2 camni :(
    Hannah
    November 24, 2007   10:17 AM PST
     
    Tulislah panjang2....ceritalah detail2...sambung lebih dari 10 epi pun tak aper....ceita jaj ni mcm legend..hehehe

    Hannah tak sabar nak tahu...lambatnya balik dari smeinar!
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry