catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << November 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Saturday, November 17, 2007
    VII ~ JAJA MENANTU CHE' PA

    EPISOD 7

    Aku, Mereka & Harapan



    JAJA MEMERHATI SAHAJA Lala menyuap sesudu-sesudu laksa ke dalam mulutnya. Amboi adik aku yang sorang ni, kita nak lekas... dia asyik duk mengira urat laksa satu per satu pula. Qaulah pula dari tadi asyik menjadi pemerhati Tuan Puteri Lala makan. Dah kenyang kata Qaulah tadi. Sesekali Qaulah menghulurkan mulutnya mencari straw untuk menyedut air kelapa. Qaulah dan Jaja sekadar mendengar ocehan Lala. Jaja tersenyum, kenapa ya anak-anak Doktor Haslinda pandai sungguh bercakap? Tidak ada sesiapa pun yang mengikut abah yang berat mulut.

    Jaja terkenang akan umi di rumah. Tak sabar rasanya hendak pulang, tetapi dalam masa yang sama tak sabar rasanya ingin bertemu 'dia'. Sejak tadi Jaja sudah hilang rasa lapar dan rasa dahaga. Dia ingin segera ke tanah perkuburan tu.

    Kata Qaulah tadi, menurut pada nombor batu pada jalan tu, tempatnya bukan ke arah Parit Buntar... sebaliknya di sempadan Perak Kedah. Katanya lagi, atas sedikit sahaja dari Bukit Merah tu, garis sempadan cepat berubah... sekejap kita akan berada di Perak, sekejap Penang dan sekejap Kedah. Kata Qaulah lagi, "saya pasti Kak Jaja, insya-Allah... tempat itu dah tak jauh mana... atas sedikit pada Masjid Hijau tu saja."

    "Dah?" tanya Jaja. Matanya menikam mata Adila. Adiknya tersenyum manis.

    "Sedap la laksa ni, nanti hala balik kita singgah lagi." Kata Lala sambil mengelap bibirnya dengan tisu di atas meja. Jaja segera membayar harga makanan dan mereka meneruskan perjalanan.

    Jaja mencongak jawapan pada sebuah persoalan. Kalau Din mengajar di Parit Buntar, tetapi lokasi dalam gambar yang sekeping ini bukannya di Parit Buntar pula, jadi? Sahlah cerita aku ni sudah jadi Hikayat Misa Jayeng Kesuma versi perempuan. Jalan semakin jauh berliku dan penuh misteri! Agaknya, Din ni berasal dekat-dekat sini. Maknanya, dari masjid nanti... tentu ada orang boleh tunjukkan jalan ke rumah Din. Dan ini bermakna cerita pencariannya akan tamat di situ, dan dia akan memulakan episod baru... Jaja & Din. Gatal!



    "Kak Jaja, slow-slow... depan sana tu dekat-dekat lampu isyarat tu saja. Senang lagi kalau Kak Jaja ambil kanan, berhenti depan tu... nanti kita lintas jalan sahaja ke masjid tu." Kata Qaulah, memangkas Jaja dari terus menenun angan-angan.

    "Kak, Lala ni tak faham lagi la... awat kita kena singgah masjid ni dulu."  Kata Lala yang sudah semakin bingung dengan perubahan sikap kakaknya yang tiba-tiba ini. Dulu kakak ni pantang la, kalau kita nak suruh singgah mana-mana dalam perjalanan balik. Kakak mahunya cepat sampai di rumah sahaja. Singgah ambil orang, atau singgah kat mana-mana... ampun binti maaf la, kakak tidak suka! Alih-alih hari ini dia tumpangkan Qaulah pulang pula. Lepas tu dia hendak singgah masjid lama sezaman dengan Datuk Maharajalela ini sekadar hendak lihat kubur? Jangan-jangan kakak jatuh hati pada lelaki yang sedang berteleku tu, tak? Tak logik, anak saudara Uncle Aqmar yang jadi Jurutera Robotik kat US tu pun dia tak berkenan. 

    Hairan... hairan!

    Ketika berhenti di simpang tiga lampu isyarat itu, Jaja terkesima sejenak. Ya, inilah tempatnya. Kubur itu terserlah dari jauh, walaupun terlindung di sebalik pagar jarang itu. Selama ini dia tidak pernah perasan pun kewujudannya, padahal tempat ini hanya di tepi jalan ini.  Masjid itu sudah lama sebenarnya, tetapi terjaga bersih. Matahari sudah terpacak di kepala. Zuhur belum tiba.

    "Kak Jaja, kita nak ziarah kubur siapa ni?" tanya Lala. Rasanya sejak kecil dia tahu umi dan abahnya orang Kedah totok! Mereka tidak pernah ada saudara mara orang Perak pun.

    "Budak kecil duduk diam-diam sahaja. Kakak ada kerja ofis, ni projek." Kata Jaja. Ya projek masa depan, projek mendirikan 'masjid', sambungnya dalam hati. Jaja mengajak mereka menemaninya ke masjid tu.

    "Menziarahi kubur waktu tengah hari rembang ni, tak digalakkan dalam Islam kak." Kata Qaulah awal-awal lagi meletakan garis.

    "Tak, Kak Jaja cuma nak tanya tok siak tu... dan nak tahu ni kubur siapa saja." Qaulah mengangguk. Lala semakin pelik.

    "Kak, saya nak buat solat sunat masjid dulu ya, kebetulan dah masuk masjid ni." Kata Qaulah menuju ke tempat wuduk perempuan, Lala mengikutnya dari belakang. Dia berharap Kak Jaja juga mengikut mereka. Tetapi Kak Jaja menuju ke arah tok siak, di tepi serambi.

     

     

    "Assalamualaikum, nak tumpang tanya."

    Lelaki tu mengangguk, sambil memerhati ke arah Jaja sesaat. Sekejap sahaja Jaja mengerti erti pandangannya. Jaja buat-buat tak sedar tentang kepalanya tidak berkelubung, dan melupakan sejenak yang dia sekadar berjean dan berbaju-T. Akhir-akhir ini dia bersedia sahaja dengan baju kurung kalau hendak pulang ke utara: manalah tahu kalau-kalau dia terpaksa singgah ke rumah Din.

    Bagaimanapun sejak di KL lagi pagi tadi, dia sudah nekad... dia tidak akan mencari lokasi misteri ini kali ini. Dia tidak mahu Lala dan sepupu Mira itu mengetahui misinya. Alih-alih, ceritanya menjadi sebaliknya.

    "Pakcik pernah tengok orang ni, tak?" tanya Jaja sambil menghulur gambar nan sekeping itu.

    Lama tok siak tu memerhati. Dia berfikir sesaat, Jaja resah seminit. Dia merenung seminit, Jaja termenung berminit-minit. Lalu dia membuka suara.

    "Dia bukan orang sini. Dia orang luar."

    "Dah lama orang ni tak datang ke sini. Masa Maulud tahun lalu, dia datang." Kata pakcik tu. Dia bangun dan menyerah gambar tu semula, tanpa memandang Jaja.

    "Pakcik nak kena siapkan sejadah ni, solat Jumaat dah nak masuk ni." katanya, dan Jaja segera menilik jam di pergelangan tangannya: dua belas lima belas minit. Jaja tahu, dia sekadar mencari alasan untuk beredar. 

    "Pakcik... ni kubur siapa ya?" tanya Jaja lagi. Dia sedar, pakcik tu menjaga matanya dari terus memandang Jaja. Bukan Jaja nak mengurat dia pun, aksen lah pakcik ni. Dah la tak handsome, aksen pula!

    Bukannya aksen Jaja, lelaki yang baik menjaga pandangannya. Lelaki yang memelihara agama menutup matanya daripada memandang wanita bukan muhrimnya. Itulah Makcik Dara bilang apabila Jaja kompelin fasal Uncle Aqmar yang bila bercakap dengan Jaja, suka tidak melihat mata Jaja. Perubahan sikap Uncle Aqmar membuat Jaja rasa kecil hati pada mulanya. Ya lah, sejak kecil dia akrab dengan Uncle Aqmar, dah macam abahnya juga. Dia bagaikan pernah membesar dalam riba Uncle Aqmar. Mulanya dia ingatkan semuanya berpunca daripada Makcik Dara. Waktu itu dia rasakan Makcik Dara cuba merosakkan hubungan baiknya dengan Uncle Aqmar. Tanpa malu-malu dia bersemuka dengan wanita yang menggantikan tempat Auntie Lida itu

    Pakcik tadi tidak menjawab, dia sekadar memberi salam dan berlalu. Sebentar kemudian, Qaulah dan Lala menyertai Jaja di serambi masjid.

    "Ada good news?" tanya Lala.

    "Qaulah, kita singgah sekejap ke kubur tu... belum rembang pun." Kata Jaja sambil berjalan. Dia tidak ingin menunggu kata ya daripada Qaulah yang manis itu. Sebentar saja mereka sudah di muka tanah perkuburan.

    "Itulah kuburnya..." Jaja membandingkan dengan gambar di tangan. Lala mengangguk. "Beri salam dulu la, kak," kata Lala tatkala melihat Jaja cuba meredah tanah perkuburan begitu sahaja.

    "Assalamualaikum."

    "Assalamualaikum ya ahlil kubur," kata Lala.

    "Bukan. Assalamualaikum ya, ahlil ziyad," sambung Qaulah. Jaja memerhati Qaulah... kalau Wassim tu dewasa mahu sahaja dia pinangkan Qaulah sebagai adik iparnya. Ahlil ziyad?

    Jaja memerhati batu nisan tu. Tulisan Jawi pula! Manalah Jaja tahu tulisan Jawi.

    "Nama siapa, Qaulah? Tulisannya macam khat pula," tanya Jaja, cuba menyembunyikan kekurangan diri. Dia tidak perlu bertanya kepada Lala yang belajar Jawi pun tak khatam macam Jaja juga. Memalukan, tulisan Jepun... tulisan Kanji tu cekaplah pula Jaja membacanya, aksara Jawi dia tak hafal pun. Ni kes bukan salah umi menggandung dah. Memalukan betul! 

    Qaulah memandang Jaja, mana pula orang pahat tulisan khat kat sini? Aksara Jawi biasa sahaja. Tetapi Qaulah yang cerdik sempat menangkap. Agaknya, Kak Jaja tidak tahu membaca tulisan Jawi.

    "Puteri Zahirah Megat Zaidi... 12 Rabiulawal 1420." Kata Qaulah, kemudian dia mula membaca Al-Fatihah.  Jaja menunggu Qaulah menghabiskan bacaannya. 

    "1420... bersamaan tahun berapa ya?"

    "1999 2000... macam tu la, Kak Jaja. Sekarang tahun 1424." Budak Ukur Tanah ni bukan sahaja cekap hitung tanah, hitung almanak untuk Hijriah Gregorian pun dia cekap.

    "Jomlah kak. Lala... lapar dah!" Jaja memandang adiknya yang baru habiskan dua mangkuk laksa tadi. Jaja buat-buat tak kisah.

    "Siapa ya Puteri Zahirah ni?"

    "Agaknya kubur isteri orang ni kut," kata Lala tiba-tiba sambil mencapai gambar di tangan. Muka Jaja berubah tiba-tiba. Rasa sedih menyerbu hati. Kata-kata Lala membuat perutnya sebu.

    Kenapa dia tidak terfikir sejak awal akan kemungkinan itu? Cinta telah membutakan seluruh rasanya. Mungkinkah Din tidak ingin berkahwin lagi setelah isterinya meninggal?

    "Kak jomlah, bukan saudara kita pun... nak ziarah lama-lama. Yang Lala musykil ni, siapa orang ni...?"

    Jaja cuma diam. Hatinya luka sedikit. Kalau Din hendak memilih lagi, tentu sahaja dia memilih orang yang seperti Qaulah. Bukannya orang seperti Jaja! Siapa Puteri Zahirah? Isterinya? Adiknya? Atau ibunya?

    Nenek? Tak kan lah, nama nenek pun moden dan comel macam tu. Bunyinya macam orang muda sahaja... kekasih?

    Kekasih? Aduhai... pilunya....

     

    ABAH MEMOTONG kek keju blubbery. Memotong sepotong seorang. Seperti biasa Wassim mendapat potongan yang besar sekali. Umi rasa sedikit, umi kan masih dalam program kuruskan badan. Penasihat kesihatannya Kak Aini sering saja bertanya diet umi setiap hari. Kak Aini dah semakin hairan sebenarnya, kenapa jamunya tidak pernah bertindak cepat untuk Doktor Haslinda, berbanding pelanggannya yang lain.

    "Jaja tak nak makan ka, ni kek kesukaan Jaja!" kata abah.

    "Nantilah, bah. Jaja rasa macam nak demam tak demam ni." kata Jaja. Walaupun abah dan uminya doktor, tetapi kalau demam Jaja hanya menelan Panadol sahaja.

    "Minggu sudah dah demam selesema, kan?" tanya umi, sambil memegang dahi anak sulungnya itu.

    "Tak berapa panas, sikit sahaja." Kata umi, menjawab soalan abah yang bertanya dengan mata tadi. Abah dan umi ni macam ada hubungan telepati. Abah tidak pernah bertanya dengan kata-kata, kerana umi akan panda-pandai menjawab semua soalan di fikiran abah!

    "Okey... Nini ada pengumuman." Kata Nini dengan suara ceria.

    "Sekejap Nini, kita ikut giliran... abah mulakan dulu." Kata umi, yang duduk di samping abah di meja makan.

    "Abah tak ada apa-apa pengumuman. Syukur, abah diberi Allah panjang umur. Terima kasih untuk hadiah ini." Kata abah sambil menunjukkan hadiah Jaja, Nini dan Lala... tiket bercuti ke Bali. Juga hadiah sebatang joran daripada Wassim. Entah suka entah tidak abah dengan aktiviti memancing, abah kan sudah masuk kelab menembak. Umi pula hanya belikan kek sahaja. Tidak ada hadiah lain. Uncle Aqmar janji akan belanja mereka sekeluarga makan steamboat malam ini.

    "Pengumuman daripada umi... tak apa juga, kecuali berat umi sudah turun 485 gram minggu ini." Kata Doktor Haslinda. Jaja ketawa, Nini juga... ala umi, itu pun kira pengumuman ke, usik Lala sambil tersenyum. "Mestilah," balas umi. "Satu peningkatan," sambungnya lagi.

    "Kak Jaja pun tak ada pengumuman... cuma rindu dekat semua orang, tetapi nak balik selalu kerja banyak." Kata Jaja mendatar. Ya, dia tidak pernah ada pengumuman. Setelah sekian lama, dia baru sedar... dia tidak pernah ada pengumuman baru untuk dikongsi dengan keluarganya.

    "Kak Nini, biar Lala cakap dulu ya." Nini mengangguk.

    "Lala masih suka tinggal kat UTP, TETAPI lecturer Fizik kita orang handsome... jadi Lala suka subjek Fizik melebih subjek apa-apa pun!" canda Lala. Semua orang ketawa.

    "Wassim?"

    "Pengumuman penting... Wassim dapat nombor 39."

    "Hah, banyaknya." Jerit Nini dan Lala serentak.

    "Per?" tanya Lala.

    "Empat puluh dua!" balas Wassim dengan bangganya.

    Wassim sedikit pun tidak kisah. Umi pun tak marah, jadi siapa yang berani berleter lagi. "Wassim janji ya, rajin belajar sikit." Sampuk Jaja.

    Wassim mengangguk.


     

     

    "Okey... Nini?" tanya umi. Semua mata memandang ke arah Nini. Suspens.

    "Wassim dan Lala tutup telinga... untuk lapan belas tahun ke atas sahaja." Abah memerhati Wassim dan Lala yang jelas tidak menutup telinga. Umi memandang Nini penuh tanda tanya sejak tadi.

    "Nini dah bersedia nak bertunang..." kata Nini. Amboi moderennya adik aku, main umum-umum macam tu aja! Tak ada pula soalannya berbunyi, "boleh tak Nini bertunang?" Hai, Cikgu Marini... modennya pemikiran dia!

    Umi dan abah mengucap tahniah, dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan Nini. Lala dan Wassim sudah tersenyum-senyum. Teringin benar mereka ada abang ipar. Jaja terasa bersendirian. Bersendirian dengan mimpi-mimpi tak pasti. Jatuh hati pada Din orang yang tak tentu, siapa dia? Kerja gila!

    Terolang-aling mencari Din bagaikan perigi mencari timba. Memalukan. Sungguh memalukan. Wajarkah aku berhenti daripada terus menenun cinta yang tidak kesampaian?

    Seiring berjalannya dengan waktu, aku masih di sini... menjadi seorang Jaja yang keseorangan. Aku memandang wajah Nini yang kemerahan diusik Lala. Bahagianya dia...dan aku? Aku tumpang bahagia untuk Nini.

    [Bersambung...] 

     


    Posted at 9:42 am by noorsoraya

    aura qaseh
    November 19, 2007   03:27 PM PST
     
    Salam Kak su,

    Sian jaja, jgn putua asa, tak pe susah2 dulu.
    Ialah Kak su kembangkanlah watak din yg misteri tu.
    Macam berkenan lak ngan din tu, nama dia pun sedap "BURHANUDDIN HELMI":D
    antuash
    November 19, 2007   01:00 PM PST
     
    alamak lala.. aku dah lama tak bantai laksa.. tngk ko makan terkecur plk air liur..

    notie
    November 19, 2007   09:37 AM PST
     
    Kak su saya sokong 500 peratus hehehehe supaya citer ni di bukukan... mane ada novel lagi org pompuan gie minang lelaki... ada ke? Saya belum lagi baca citer cam jaja n che din ni kut leh cedok idea buat lagu tu ka... hahahahaha

    Hah citer tentang rasa hati che din pun baguihhh nak tau je apa perasaannya bila jaja dtg meminang tak ke haru dunia jadinya... x kenai tup tup dtg org minang huhuhuhu x sabonya....
    iejay
    November 19, 2007   07:50 AM PST
     
    yup lah kak su kalau ada cerita dari sudut che'din tentu best.. macam mana che'din mula suka dekat jaja, apa rasa dia bila jaja masuk meminang... bolehlah jadi tebal dan dinovelkan...
    tajuknya 'cerita jaja dan din'
    e'in
    November 17, 2007   10:30 PM PST
     
    =)...bestnyer kalo cekal hati cam jaja.......payah tul nak menyimpan rahsia hati nie kan.....

    kak su.....sekian ama menanti, kuar juga cite br yg best sgt dr kak su......jgn biar daku ternanti2 lagi ya...;)
    akmar
    November 17, 2007   08:30 PM PST
     
    salam kak su,,
    sokng!!buatlah dari sudut che din pula,,mesti syok!!!tapi i'm beggiing u make this cerite jadi novel kak su!!!gerenti sold out!!!ramai anak dara kat luar sana ni sama kes dengan jaja.
    julianarazid
    November 17, 2007   03:01 PM PST
     
    kak su last weekend saya pi penang..
    lalu usm, tengok feri teringat kisah LIda dalam NTS

    masa balik, turun bas di hentian duta, teringat plak Chedin...
    alahai....
    betul2 menguji nak tahu kesudahan citer nie...
    hmmmmmm

    kak su,
    nanti buat part 2 plak ek..
    tapi dari side chedin plak..
    mesti ramai nak baca
    kak ee
    November 17, 2007   02:08 PM PST
     
    sape pun puteri zahirah dh tak ada... jaja jgn sedih ya.
    Hannah
    November 17, 2007   01:42 PM PST
     
    Mcm kata wan...kesian jaja....tapi jgn putus asa....tebtu jumpa punyer.....
    wanAmalyn
    November 17, 2007   10:55 AM PST
     
    alaaaa siannya kat Jaja... Jaja... jgn patah semangat... insyallah kalau jodoh tak kemana... ;)

    Kak Aini... ubat utk besarkan badan tak dak ker?... klu ada... wan nak tempah sebotol :D
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry