catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << November 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, November 06, 2007
    V ~ JAJA MENANTU CHE' PA

    EPISOD 5

    Aku, Dia & Kebetulan

     

    Aku dan dia bagaikan malam dan siang: tidak mungkin lagi bertemu... sebuah fatamorgana!

     

    Pagi Sabtu itu...

     

    5:01 am

    SUHAIMI: Assalamualaikum, Jaja... aku masih di KK ni, nak minta tolong kau ambil Mira dekat Hentian Duta sat. Bas dia sampai dalam pukul tujuh dari Kulim. Jaja jangan lupa, nanti Mira merajuk susah aku nak pujuk, thanks

     

    Ini yang aku benci ini, tiba-tiba aku kena jadi babySister Mira kalau Mie outstation! Aku bukan suka sangat dekat dia. Sambung tidur.

     

    6:01 am

    MIRA: Assalamualaikum, Jaja... bas rosak dekat Rawang... lewat sikit... tapi kau datang awal lah, Mie biasanya tunggu aku... bukan aku yang tunggu Mie!

     

    Tak tau bersyukur, Mira ni... aku dah janji nak ambil pun kira okey, kalau aku tak tunggu? Ingat la sikit, siapa pakwe dia... Mie atau aku? Aku sambung tidur.

     

     7:01 am

    ADILA: Assalamualaikum. Kak minggu depan jangan lupa balik, birthday abah... kita kongsi hadiah macam selalu no... yang mahal no dengan nisbah 3:2:1

     

    AKU: Okey...

     

    ADILA: Kak, jangan lupa ... Lala seperti biasa, yang satu perenam tu Lala punya share. Kak, jangan lupa ambil Lala kat asrama no.

     

    Okey... jawab aku lagi. Sambil membawa badan ke sofa di ruang tamu pula. Ya lah, suara Lala yang manja buat aku tersenyum pagi-pagi... abah akan genap 49 tahun minggu depan... 3:2:1 ya...? Maknanya, hadiah dibahagikan dengan formula: Kak Jaja bayar tiga bahagian sebab gaji Kak Jaja banyak. Kak Nini dua bahagian sebab dia anak kedua dan Lala cuma satu! Bijak, bijak, bijak sungguh adik-adik aku berbahagi harta... tapi untuk abah, aku sebenarnya tidak perlu berkira... walaupun setiap tahun, aku jadi mangsa mereka... mereka order, mereka tumpang tulis nama pada kad, dan bayarnya aku seorang. Ah, nak sambung tidur sekejap lagi. Masih ada masa ni.

     

    8:01 am - tidur semakin nyenyak

    Telefon berbunyi, berkali-kali... ada ENAM miss call...

    7:41 am - Mira

    7:51 am - Mira

    8:01 am Mira

    8:11 am Mie

    8:21 am Mie

    8:31 am - Mie

     

    Ada... TIGA mesej bersemayam di situ, dan entah berapa voicemail!

    1. Aku dah sampai Mira
    2. Aku dah lama sampai. Cepatlah Mira
    3. Kak, Nini nak share hadiah untuk abah juga... tapi hutang dulu sampai elaun masuk. TQ kak, love you.

    Aku masih bermimpi masih tidak tahu aku ada enam miss called & tiga mesej... dan sekarung voicemail.

     

    Aku sedang mendayung di Sungai Thames dengan 'dia'... tiba-tiba perahu kami sampai Venice... langsung ke Sungai Korok: Wassim tersengih, dan 'dia' hilang di mana... kacau sahaja adik bongsu aku ni. Macam mana pula jalur sungai-sungai di Eropah tu bersambung dengan Sungai di Korok di Kedah ni? Tak pernah ada dalam peta sejak dulu pun. Ajaib! Ajaib!

     

    8:51 am

    Telefon berbunyi lagi, suara Wassim bergema... manja-manja ingin mengena seperti selalu

     

    WASSIM: Kak kalau balik, jangan lupa beli buku fasal gunung berapi untuk adik!

     

    Oh, kerana itulah Wassim masuk dalam mimpi aku yang indah... mengacaulah, Wassim ni.

     

    Jaja bingkas bangun dari sofa, melihat jam di dinding. Meneliti panggilan dan mesej yang berbaris panjang seperti gerabak kereta api. Kacaulah Suhaimi ni, mengganggu tidur aku pagi-pagi Sabtu. Jaja bergegas mencari tuala di bilik, berlari untuk ke bilik mandi. Kepalanya sudah pening-pening lalat asyik diganggu dengan semua panggilan telefon bimbit, sejak enam pagi lagi. Kenapa orang tidak pernah tahu Sabtu ialah hari rehat untuk Jaja. Belum sempat pintu bilik air dibukanya. Sekali lagi telefon rumah pula berdering.

     

    9:01 am

    SUHAIMI: Jaja, kenapa tak sampai lagi... Mira dah tunggu berjam-jam. HP hang kenapa?

    JAJA: Opss, sorry aku tertidur semalam selesema, overdose ubat. Ni aku nak keluar dah!!

     

    Jaja memandu laju ke Hentian Duta. Mujurlah, pagi-pagi ini tidak sesak sangat. Tentu sahaja muka Mira akan berkerut sejuta, Jaja memang rasa bersalah. Dia tidak suka pada Mira satu hal, tetapi dia tidak suka mungkir janji. Biarpun dia lakukan bukannya dengan ikhlas hati. Hanya kerana Suhaimi, teman baiknya... bukan kerana Mira teman wanita, teman baiknya. Bukan!

     

    Mira ni pun satu, kalaulah sahaja dia tidak beritahu Jaja fasal bas rosak itu, tentu sahaja Jaja tidak menyambung tidur. Jaja mencapai tisu. Dikesat hidungnya sekali lagi. Selesema ini sudah dua tiga hari tidak lega. Segera ditelefon Mira untuk minta maaf terlebih dahulu. Sekejap ya, aku dah lepas Jalan Kuching ini, kata Jaja dengan rasa sesal tak sudah.

     

    MUJURLAH, MIRA TIDAK MERAJUK. Dia sedang rehat-rehat di ruang menunggu sambil membaca di situ. Jaja melambai-lambainya, pura-pura mesra cuba menyembunyikan rasa bersalah. Mira membalasnya dengan sebelah tangan, sebelahnya dia memegang buku. Dia terus dan menandakan buku yang dibacanya tadi dengan bookmark. Tangannya pantas mencapai baju sejuk di riba. Sejak dua menjak ini, Jaja sudah boleh menerima Mira sebagai tunangan Mie, 60 peratus. Dia jadi kagum melihat Mira yang bisa menguasai hati Suhaimi secara mutlak. Terasa dia harus berguru dengan Cik Tomboy yang sudah bertukar menjadi sang rama-rama yang cantik... setelah sang lelaki macho dengan rambut separas bahu itu berjaya dipikatnya.

     

    Baru sahaja Jaja melangkah ke ruang menunggu, dia berselisih dengan seseorang yang begitu dekat dengannya lebih setahun ini. Wangi juga baunya. Tetapi bukan minyak atar, sukar untuk meneka apabila hidungnya tersembat  begini. Jaja cepat-cepat berpaling. Ya, dia. Dia melangkah pantas, dan menaiki bas di platform dekat-dekat situ. Bas itu baru sahaja tiba dari Puduraya.

    Jaja jadi terpegun beberapa saat. Sebelum Jaja melangkah mengikut dari belakang. Belum pun sempat dia mengejar, dia sudah duduk di dalam bas itu. Tidak seperti kebiasaannya, bas pagi itu segera sahaja berlalu. Bas hari itu hanya mengambil 'dia' di Hentian Duta: lalu mereka tidak ada sebab untuk menunggu lama.

     

    Jaja terkejut bukan kepalang melihat bas Transnasional ke Utara 'menculik' 'Si Hitam Manis' itu daripadanya. Bagaimana dia dapat mengejar bas yang sedang bergerak meninggalkan Perhentian Duta ini, dengan sandal dan seluar baggy separuh lutut begini? Baju merah cili kelihatan bagaikan traffic light bergerak aja kalau dia harus mengejar bas itu, pagi-pagi Sabtu begini.

     

    Jaja mungkin juga, bukan dia?

    Betul, itulah 'dia'... Jaja mencari gambar dalam dompetnya, memang sudah tidak syak lagi. Dan mata itu buat pertama kali menikam kalbunya di alam sebenar. Jaja tidak lagi sekadar menyimpan rasa pada sekeping foto kaku itu. Ya, dia memang betul-betul wujud. Jaja terasa hendak menangis melihat bas itu menderu laju ke jalan besar... tidak mungkin dia ada kesempatan ini lagi. Ya, sesaat itu dia menangis sambil tangannya melambai tidak sudah-sudah: tidak peduli.

     

    Dia bagaikan bulan yang rindu akan matahari, tapi sayangnya sampai bila-bila pung bulan dan matahari tidak mungkin bertemu. Ya, tidak mungkin bertemu kerana bulan menyirami malam dengan cahayanya, dan matahari menyinari siang dengan sinarnya. Waktu telah memisahkan mereka, teatpi masa tidak pernah bertimbang rasa... lalu aku hilang dalam celah-celah perbezaan masa itu....

     

    "Jaja," Mira mencuit bahunya dari belakang, dan tangannya mengheret beg beroda di sisi.

    "Kenapa menangis?" sambungnya.

    "Bukan selesema." Balas Jaja sambil, mengambil tisu dari saku seluar baggynya, pura-pura mengesat hidungnya dan kemudian, matanya pula.

    Mira mencapai tangannya, lalu gambar itu berpindah tuan.

    "Orang tadi? Kenapa?" tanya Mira dengan cerdik.

    "Tak ada, apa... ingat kawan lama." Jaja mengelak.

    "Orang dalam gambar ini... orang itu, kan." Kata Mira.

    "Tak ada apa-apa. Jomlah kita balik dan pergi sarapan." Kata Jaja sambil menarik beg Mira ke keretanya.

     

    Jaja memandu, melayan rasa dengan diamnya. Hatinya luluh, jiwanya resah. 

    "Orang tadi, naik bas ke Parit Buntar. Nama dia, Din." Kata Mira, seperti mengerti apa yang ada dalam fikiran Jaja sahaja.

    Jaja menjeling Mira.

    "Aku dengar tadi, dia berbual dengan adik lelaki sebelah aku. Dia tu kerja ustaz kut... sebab budak tu panggil, ustaz. Dan kemudian, bapanya budak tu panggil Din. Macam mereka kenal lama."

    Mata Jaja sudah bercahaya. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia rasa ingin memeluk Mira, perempuan yang paling dia tidak suka.

     

    "Mira, macam mana kita nak cari. Company aku ada hutang dengan dia, dulu Suhaimi ambil gambar dia sebagai iklan, dan kami masih berhutang." Cepat-cepat Jaja cuba mencantas kemungkinan yang bersarang dalam fikiran Mira. Kalau sampai Suhaimi tahu dia ada hati pada Ustaz Din, mahu sahaja Suhaimi tergelincir Gunung Kinabalu terkejut. Suhaimi masih di Kota Kinabalu, mengambil gambar habitat di gunung tertinggi tu. Lusa baru pulang.

     

    Mira memerhati wajah Jaja. Kemudian dia memegang tangan Jaja.

    "Oh, kita boleh berpatah balik tanya budak tu dengan ayah budak tu." Kata Mira. Hati Jaja sudah berbunga senang. Tadi fikirannya tepu, dia bagaikan sudah putus harapan.
    "Kalau Jaja malu, biar Mira yang tanya." Kata Mira, dan Jaja cuma diam sahaja.

     

    Jaja membelok semula ke Hentian Duta. Selepas parkir kereta, dia dan Mira cepat-cepat ke ruang menunggu. Sayangnya, kedua-dua beranak tadi sudah tidak ada. Kalaulah dia datang awal mengambil Mira, tentu sahaja dia dapat bertemu Ustaz Din. Kalaulah dia tidak tertidur dari bilik melarat sampai ke sofa depan, macam orang kena ubat tidur... tentu dia sudah berkenalan dengan Ustaz Din. Apatah lagi kata Mira, Din sudah di situ ketika Mira sampai. Lama tu!!!

     

    Din? Din sahaja kah? Atau Din apa? Shamshiruddin, Shaharuddin, Shiffuddin, Shanazzuddin, Isllahuddin? Habis senarai anak-anak lelaki arwah Makcik Syikin dia sebut. Atau nama dia Mydin? Iskh ada ke Mydin... tak glamor langsung nama tu untuk orang sekacak dia. Kalau Nini tahu aku jatuh hati pada orang namanya Mydin, tentu dia ketawa tak cukup mulut!

     

    Mira datang sesaat kemudian. Sambil menghulur sekeping kertas.

    "Nombor bas, dan pemandu bas tadi... sah ke Parit Buntar." Kata Mira.

    "Nak buat apa?" aku bukannya nak mengurat pemandu bas ekspres tu, aku nak mengurat Din.

    "Petang nanti bas tu patah balik, Jaja tanyalah dia berhentikan Din ke mana?" kata Mira.

    "Mira... tentulah di stesen, ini kan... bas ekspres, bukannya teksi sapu." Balas Jaja pura-pura tidak peduli, padahal dia rasa sungguh terhutang budi kepada Mira. Tidak terfikir pada ketika itu, untuk berbuat begitu.

     

    "Ya, apa salahnya mencuba..." kata Mira sambil mengenyit matanya yang bundar.

    "Thanks, Mira." Kata Jaja, sambil mendakap Mira untuk pertama kalinya, setelah mengenali gadis itu bertahun-tahun.

    "Sama-sama kasih dengan syarat... kalau kau jadi pengantin, aku akan jadi pengapit." Kata Mira.

    "Eh, aku sekadar nak bayar hutang company, Mira." Kata Jaja dengan rasa sesak nafas. Dalam hati siap duk, amin, amin, amin... masinlah mulut kau Mira.

    "Jaja aku ni perempuan... dan aku kenal juga, antara air mata sebenar, dan air mata kerana selesema."

    Jaja masih buat-buat tidak tahu... dalam kepala otaknya sudah siap terisi beberapa maklumat.

     

    Nama: Din (Din apa tidak tahu.)

    Pekerjaan: Ustaz

    Tempat Tinggal: Parit Buntar

    Umur: ?

    Asal Negeri: ?

     

    Minggu depan dalam perjalanan balik ke Alor Setar, aku singgah ke Parit Buntar... Din & Jaja... sedapnya gabungan itu....

     

    [Bersambung...]


    Posted at 1:40 pm by noorsoraya

    julianarazid
    November 7, 2007   08:19 PM PST
     
    kak sue...
    saya kat pudu...
    nak balik utara nie...
    che din ada sama tak?
    ehehehe...

    p/s:xnk peluk mira tapi nak peluk kak sue sebab buat citer best!!! chayuk3x...
    nanti kak sue leh wat buku kompilasi utk jaja... dan adik beradiknya...
    sambung citer dr aqmar or side story tengku dara pun best gak...
    arirada
    November 7, 2007   11:14 AM PST
     
    best, best dan best!!!
    adus, seksanya nak tau camner jaja dan ustaz din akhirnya kawin! lagi seksa kalau n3 pasal tu nnti kaksu post time 14-19hb, uwaaa, ada program masa tu, xdpt online, huhu...
    tintaHati
    November 7, 2007   09:41 AM PST
     
    Din tuh, tak pernah nampak perasan ke wajah dia dalam surat khabar kak sue? ker dia tak baca surat khabar? hehe...

    best2 sila sambung lagi... ;)
    Hannah
    November 7, 2007   08:16 AM PST
     
    Aduh....jaja...kemainnya kamu sampai menangis.....isy..tak sabor nk tunggu cerita Kak Su nie.....
    kak ee
    November 7, 2007   08:03 AM PST
     
    kak su, post tiap2 hari pun tak pa... jan esok keje (tak ada can nk raya), sabtu pun keje uwaaahhhh...
    iejay
    November 7, 2007   07:43 AM PST
     
    jaja x kisahlah apa2 din pun asal jangan din beramboi dah lah..kang laki jaja 3/4 pula...

    jaja pekan parit buntar tu walau tak sebesar kolumpo tetap bukan kecik nak jelajah cari che' din hang tu tau... apa kata jaja tampal poster gambo din dekat semua kedai di parit buntar dan tulis situ 'WANTED' sila hubungi JAJA do 01x-xxxxxx

    kak su jgn pos entry baru lagi sampai isnin depan boleh tak? pasal iejay dah nak cuti...isnin depan baru masuk opis...hehehe
    mar
    November 7, 2007   07:39 AM PST
     
    kaksu wat sy teringat kt kawan sekolah dolu2 nama sallehuddin..budak pompuan suka dok usha dia sbb rambut dia kerinting cam alang..hahaha..
    mijot
    November 7, 2007   02:14 AM PST
     
    xtau nk ckp pe???bes sgt..xsabar nk tggu nx n3..:D
    aura qaseh
    November 7, 2007   01:57 AM PST
     
    Kak su, kalau bukan bau minyak attar may be bau minyak rambut kot! tp tak tau minyak rambut brand apa.
    aura qaseh
    November 7, 2007   01:31 AM PST
     
    Wan, thanks for ur info sy cam suara kathy je.
    Lagu & lyricsnya mmg menenangkan, thanks pd kak su too sbb masukkan lagu ni.
    aura qaseh
    November 7, 2007   01:07 AM PST
     
    Kak su, bestnya....sian lak ngan jaja.
    susah gak jaja nak dapatkan din tapi tabik springlah ngan dia.
    sy rasa din ni baiklah orangnya & sy rasa dia perasankan jaja juga kot sbb warna baju jajakan macam lampu trafik.
    Selalunyakan kak su, hero yg susah nak dapatkan heroin tapi ni ada kelainan, memang bestlah!
    pinkJambu
    November 6, 2007   07:48 PM PST
     
    rosak, rosak *sambil geleng2 paler* habis la SOLAHUDDIN tu jaja wat kenduri *jln balik ngan loglai*



    psttt..pinK sja tukar nama CHE DIN bagi jaja lagi penin..kehkehkehhhh
    wanAmalyn
    November 6, 2007   03:36 PM PST
     
    kakmOn...
    Yaayyy!! wan no#1 :P jangan jeles... nak tau kenapa? sbb mlm tadi wan mimpikan che din... ahaks!!!
    yi ya ni
    November 6, 2007   03:23 PM PST
     
    tak sabo tunggu sambungan dia.. (^_^)
    rozlin
    November 6, 2007   03:16 PM PST
     
    askum kaksu, mmg good combination.....best...........
    nacha
    November 6, 2007   02:24 PM PST
     
    'din & jaja' a nice combination...
    aduh! sy bole bygkan rasa terbuku di hati Jaja sbb ter'miss' ustadz Din. eeee... geramnya... sian dia..

    kaksu, arwah abah sy pun Din gak. hehehe... mujur sy x sempat nak ber'ibutiri' yg sebaya dgn saya. kalo tak... isssshhh.. x tau nak habaq...
    siti zubaidah
    November 6, 2007   02:16 PM PST
     
    kak su..awat sikit sangat...tak sabaq ni nk tunggu..esk sampai ahad cuti....nk exam...sedihnya...simpankan din n jaja utk ct yer....
    kakmOn
    November 6, 2007   01:59 PM PST
     
    eik awat wan yg nomo 1 :S kaksuuuu
    kakmOn
    November 6, 2007   01:55 PM PST
     
    kaksu paksa scan readg kayak racing f1

    huuuuuuuuuuuuuuuh
    wanAmalyn
    November 6, 2007   01:52 PM PST
     
    Jajaaaa.... tula sapa suruh tido... kan dah terlepas peluang nak bertentang mata ngan che din... huhuhu :'( *menangis sama Jaja*

    kaksuuuu... mmuuaahhhh cayang dia.!! nak nangis jugak ler kaksu... huhuhu :'(
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry