catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << November 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Saturday, November 03, 2007
    IV ~ JAJA MENANTU CHE' PA

    EPISOD 4

    Aku, Dia & Kenangan

     

    Lebih setahun kemudian

     

    MEMERHATI POSTER IKLAN Berhati-hati di Jalan Raya... yang berbingkai ringkas tanpa cermin dan terlekat di dinding, Jaja diburu rasa sedih. Si Hitam Manis (sebenarnya, dia Si Putih Kuning... tetapi Jaja tetap memanggilnya sebagai Si Hitam Manis) belum Jaja temui lagi.

     

    Kenapa panggil dia Si Hitam Manis, Jaja?

    Sebab waktu cinta ku bersemi, lagu itu yang berkumandang di radio. Kan hari tu Jaja dah cakap, kenapa harus buat-buat lupa! Tetapi setelah tahu namanya Burhanudin... Jaja suka menyerunya sebagai 'Din'. Din dan Jaja... kan sedap bunyinya: Din dan cinta itu, sinonim! Gatal!

     

    Jaja, macam boleh tak jumpa?

    Macam mana nak jumpa kalau Suhaimi tidak langsung tahu di mana lokasi tanah perkuburan tu, dan beberapa bulan selepas itu Suhaimi terlupa terus akan hal tersebut. Agaknya kepala Suhaimi tepu dengan masalahnya Mie dan Mira - sahaja. Aku ini bukannya siapa-siapa yang harus diberi perhatian. Setiap kali (bukannya berkali-kali, ada lah tiga empat kali, sebenarnya) aku bertanya dia, dia akan menepuk dahi, dan berkata: "Sorry, aku lupa lagi. Baru saja minggu lalu aku balik Loq Staq... aku tak dan nak tengok tempat tu."

    Entah kenapa waktu itu, aku masih lagi malu-malu lagi untuk berterus-terang kepadanya. Aku bagaikan cuba menyimpan rasa dengan berselindung di sebalik sehelai kain kasa. Ada ke peribahasa begini?

     

    Cuma yang aku tahu, menurut Man... mereka masuk jalan kampung. Hari itu, pagi Jumaat (tarikhnya, Man lupa). Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hari itu lebuh raya sesak sangat, ada kemalangan jalan raya yang belum dipindahkan sejak Subuh dekat terowong tu. Rasanya selepas Sungai Perak, kami masuk kawasan kampung. Mendengar tip begitu, aku selalu sahaja memandu ke Utara mengikut jalan kampung. Malah kadang-kadang sebelum Sungai Perak pun, aku sudah memintas ke jalan kampung. Manalah tahu, kalau-kalau Man salah bercerita, salah memberi petua?

     

    Aku tidak jemu-jemu memerhati masjid dan melihat kalau-kalau tanah perkuburan itu seakan-akan dalam gambar iklan itu. Aku memandu perlahan. Aku yang selama ini lebih senang memakai jean dan baju-T kalau memandu pulang, tiba-tiba memilih baju kurung. Manalah tahu kalau-kalau aku terpaksa singgah di mana-mana tanah perkuburan dan bertemu dengan Din atau orang yang kenal Din di situ. Tak mungkinlah pula aku berani melangkah ke masjid dengan jean ketat dan baju-T sendat begitu.

     

    Sementara itu, gambar Si Hitam Manis ini pula aku simpan dalam tas tangan supaya senang untuk dirujuk tatkala melalui jalan-jalan kampung. Tetapi hampa. Dia sudah hilang; aku tidak mungkin dapat menjejakinya lagi. Jaja, kamu mengalah dah ke? Tak mungkin pula tidak jumpa, sebab lokasi ini ada dalam peta Malaysia lah, Jaja. Go Jaja go, hatiku memberi semangat!

     

    Di mana dia tinggal, ya? Kalau tahu lokasinya, aku sanggup jadi pegawai banci mengetuk setiap rumah. Jaja, kau ni sudah parah!

     

    "Dia anak jin kut," usik Man. Aku jadi sakit hati. "Anak buluh betung kut," sambung Mie... nasib baik, Mira tidak menambah: kalau tidak... aku... aku. Huh, tak tau lah malas nak cakap. Rasa tidak senangku kepada Mira berlarutan sehinggalah dia menjadi sebahagian watak penting dalam cerita aku dan Din! Nantilah, aku bercerita... kalau sudah bercerita awal-awal mana lagi asyiknya cerita ini. Aku tidak suka kepada Mira, kerana aku rasa, sekiranya Suhaimi tidak memilih Mira... dia akan lebih cemerlang dalam kerjayanya. Mira menyekat kreativiti Mie dengan sikap suka merajuknya itu. Mie membuang masanya hanya dengan memujuk Mira yang cengeng.

     

    Ho ho ho... Jaja, entah-entah kau suka pada Mie... sebab itu kau iri? Kau cemburu pada Mira? Hish, aku kan dah jatuh hati pada Si Hitam Manis!! Tiada yang lain, melainkan dia sahaja...!

     

    Aku menyembunyikan alasan 'utama' kenapa aku mencari Din pada mereka. Aku sekadar memberitahu, hutang syarikat kepada talent harus dibayar. Kerana Suhaimi tidak mahu bertanggungjawab, elaun itu aku simpan. Ya lah kalau audit semak, takut tidak tele. Kononlah... itulah juga alasan yang membuat aku duk practise skripnya sekiranya aku terserempak dengan Si Hitam Manis:

     

    "Encik, saya dari agensi periklanan Universal McCann... saya 'ditugaskan' menyerahkan dokumen dan duit ini...." Kemudian aku dapat mengambil kesempatan untuk memanah matanya dengan jampi-jampi sikit, sebelum menambah. "Jom, kita minum depan tu sekejap, ada hal yang perlu 'pihak kami' bincangkan... kita berminat untuk mengambil Encik untuk iklan Brylcreem." Dengar tu frasa yang aku gunakan untuk mengurat Cik Din, 'ditugaskan', 'pihak kami'... chewah, Jaja.

    Oh, kemudian aku akan pura-pura menyuruh dia membuka kopiah putihnya, kerana aku perlu melihat wajahnya secara keseluruhannya sebagai prasyarat untuk menjadi model iklan minyak rambut. Jaja, bawa-bawa mengucap sikit!

     

    Okey lah, aku sambung lagi. Kerana itulah, sampul duit itu sentiasa aku simpan dalam dompet. "Ala kak, biar ajalah... dia pun tak kisah agaknya..." kata Man, sewaktu aku bertanya tentang lokasi gambar yang diambil Mie. Waktu itu kami sekeluarga ke rumah Pak Junaidi, ada rumah terbuka sempena hari raya. Mie juga menjemput Mira ke rumahnya. Mira tidur rumah keluarga Mie malam itu. Kalaulah aku berani buat begitu, tentu sahaja aku hampir-hampir kena tembak dengan abah macam cerita Antara Dua Darjat tu.

     

    Oh, ya aku lupa memberitahu yang abah sudah masuk kelab menembak, setelah meninggalkan padang golf. Abah aku tu, walaupun berfikiran terbuka, tetapi apabila datang bab begini, fikirannya sangat konservatif. Anak perempuan harus menjadi perempuan, satu sifatnya... sopan binti santun dan sifat kedua, segan binti silu: tanpa kompromi lagi. Sebab itu aku jadi hairan, apabila abah jadi kelu dan menurut sahaja kemahuan aku supaya meminang Din.

     

    Kebetulan pula gambar 'buah hati Jaja' tu dibincangkan di tengah rumah. Pak Junaidi dengan bangganya memberitahu yang idea iklan (iklan itu disiarkan muka penuh di semua akhbar untuk tiga hari) ini, Mie yang buat. Dan Mie segera menambah, "Jaja yang pilih gambar itu." Kemudian semua orang memuji-muji Mie dan sekejap sahaja tetamu di ruang itu bercerita fasal lain.

     

    Hmm, macam mana aku hendak bertanya ini?

    Akhirnya aku bertanya juga. Walaupun hendak bertanya itu pun, seorang Jaja terpaksa berfikir lima kali. Ala, Jaja lima kali tu tidaklah lama mana pun, tidak la dramatik sangat, ejek hatiku. Aku jadi bimbang anak-anak Pak Junaidi mengesyaki apa-apa. Man dan Mie teman sepermainan aku sejak kecil, sebelum abah berpindah ke rumah kami sekarang di Lot No. 376, Taman Golf yang dulunya, milik Uncle Aqmar dan bekas isterinya, Auntie Lida.

    Rumah ini, hadiah daripada Nenek Syarifah untuk anak lelakinya, Aqmar Aziz. Namun betapa rapat pun Jaja dengan Uncle Aqmar, Jaja tidak pernah sekali pun bertanya soal rumah itu. Tetapi kalau umi ada ura-ura nak berikan banglo comelnya ini untuk Wassim? Bagaimana? Hmm, asalkan Jaja dapat kahwin dengan Din, Jaja sudah tidak mahu berebut harta dunia lagi. Oh, Jaja aku sungguh teruja dengan kata-katamu, kalau buat skrip untuk drama tentu saja Rashid Sibir pun teringin untuk mengarah cerita kau dengan Din ni. Sudah parah sangat, ni!

     

    "Ala kak, biar ajalah... dia pun tak kisah agaknya..." ulang Man semula. Hish, Man ni. Kalau jadi apa-apa kepada Kak Jaja sebelum melunasi hutang orang, bagaimana? Aku menjual cerita. Man akur, Suhaimi percaya. Dan yang menyedihkan Man tidak dapat tolong mencari lokasi gambar itu, kerana cuti panjangnya sudah habis, dan dia harus kembali ke Nagoya. Man berkursus di sebuah kilang seramik Mikasa di sebuah kilang di sana. Aku menjadi hampa.

     

    Kata Man... tahun ini (2003), dia tak pulang bercuti. Ya lah, tahun sudah dia pulang sampai kali. Jadi tahun depan lah, Man tolong  Kak Jaja cari tempat itu... itu pun kalau Man masih ingat tempatnya. Janji tinggal janji. Man berkahwin dengan gadis Jepun, dapat kerja di sana... dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang. Sehinggakan Makcik Robot (sebenarnya, Robe'ah... tetapi aku dan Nini panggilnya begitu, tentu aja di belakang Man dan Mie) sudah merungut.

     

    "Faiza..." suara Din membuat aku tersentak dari cerita lama itu.

    "Ya," jawab aku ala-ala isteri mithali alaf baru. Syyyh, susah dah nak jumpa isteri yang taat macam Jaja ini. Sebab apa, Jaja tak pernah tidak menjawab apabila dipanggil. Jaja tidak pernah bercakap buruk fasal Din di belakangnya. Jaja tidak pernah tarik muka, apalagi merajuk hendak dipujuk macam Mira. Kalaulah Jaja sedang berangan, Jaja akan segera berhenti berangan untuk menjawab panggilan Din.

    "Faiza!" panggil Din lagi. Eh, Jaja sudah dua kali Din panggil... setakat menjawab tetapi tidak bergerak ke tempat Din, tak ada semithali mana!

    "Ya."

    "Dah ambil wuduk... jom qiamullail." Kata Din sebelum membentangkan sejadah di tengah-tengah kondominium aku... opss, kondominium kami.

     

    Jaja... ceritanya akan bersambung bila ni?

    Sekejaplah... aku pun teringin hendak meniru teknik Scheherazad dalam Kitab 'Alf Layla wa-Layla (cerita Seribu Satu Malam) tu: berhenti di saat tengah suspens. Okey, aku pergi dulu ya.

     
    [Bersambung]
    ____________

    Catatan:

    Sedutan episod akan datang:

     

    Jaja terkejut bukan kepalang melihat bas Transnasional ke Utara 'menculik' 'Si Hitam Manis' itu daripadanya. Bagaimana dia dapat mengejar bas yang sedang bergerak meninggalkan Perhentian Duta ini, dengan sandal dan seluar baggy separuh lutut begini? Baju merah cili kelihatan bagaikan traffic light bergerak aja kalau dia harus mengejar bas itu, pagi-pagi Sabtu begini.

     

    Jaja mungkin juga, bukan dia?

    Betul, itulah 'dia'... Jaja mencari gambar dalam dompetnya, memang sudah tidak syak lagi. Dan mata itu buat pertama kali menikam kalbunya di alam sebenar. Jaja tidak lagi menyimpan rasa pada sekeping foto kaku. Ya, dia memang betul-betul wujud. Jaja terasa hendak menangis melihat bas itu menderu laju di jalan besar... tidak mungkin dia ada kesempatan ini lagi.

     

    Dia bagaikan bulan yang rindu akan matahari, yang sayangnya sampai bila-bila tidak mungkin bertemu kerana bulan menyinari malam, dan matahari menyinari siang. Waktu memisahkan mereka, masa tidak pernah bertimbang rasa... aku hilang dalam celah-celah perubahan masa....

     

    Yuhuuu... sampai jumpa lagi ke Episod 5 ya!


    Posted at 8:28 am by noorsoraya

    alycia
    November 9, 2007   09:02 AM PST
     
    alah... kak su ni mmg suka mcm nie.. time syok2 baca kisah jaja dan din.. kena sambung pulak... kalau buat sampai 10 episod boleh tak heheh???
    julianarazid
    November 7, 2007   08:23 PM PST
     
    kak sue,
    saya tengok ahmad albab hujung minggu lepas
    part bapak tue gi meminang anak teruna orang buat saya teringat kisah jaja n din..
    macam mana agaknya dr badrul hisyam n dr haslinda gi meminang..

    Em,
    saya tak ingat minyak tue cap apa..
    tapi memang laaa 'menusuk' hidung..
    sebatu dah leh bau...
    arirada
    November 6, 2007   12:02 PM PST
     
    kaksu, sweetnya cerita jaja ni, asyik tersenyum-senyum jer bila baca :)

    tapi kan, kaksu nak buat 10 episod jer, pendek la kaksu, panjang2 kan la, sampai jadi satu novel, hehe..

    thanks kaksu, citer jaja ni selalu buat saya rasa terlebih happy, dan lebih teruja lepas abis baca setiap n3 baru..
    wanAmalyn
    November 6, 2007   08:00 AM PST
     
    aura kaseh...
    bestkan lagu nih..!! :P ni duet Kathijah Ibrahim & Rosiah Chik :D lagu lama yang tak harus dilupakan.!!
    hehehe sorry kaksu wan menyampuk..!!
    aura qaseh
    November 5, 2007   10:08 PM PST
     
    Kak su sy dah terjatuh hati ngan lagu kroncong nilah, ada dua penyanyi ke dlam lagu ni?
    insyirah
    November 5, 2007   08:06 PM PST
     
    alam kak su...
    tq untuk n3 kali nie. best betul kali nie... sweet sangat bila abang din panggil jaja faiza... apa-apa pun jaja memang hebatla.... sayang... kak su untuk n3 nie...
    ej
    November 5, 2007   12:43 PM PST
     
    huhuhu...sronoknye bc n3 kali nie...kaksu,tabik spring la kat jaja nie...berani...xnak biar idaman hati terlepas kat org lain...xsaba nie nk tggu next n3...thanks kaksu... ;)
    nacha
    November 5, 2007   11:10 AM PST
     
    aduh! tersentuhnya hati sy bila Din ajak Jaja qiamullail sama2. bertuahnya Jaja dpt kawin dgn Din. boleh membentuk dia jd muslimah yg sejati.
    tojim
    November 5, 2007   11:06 AM PST
     
    kawin jugak jaja dgn din..neway xsabar nk tau cmner jaja pinang din..ahaks..:D..
    frendz
    November 5, 2007   08:06 AM PST
     
    la...dia dah kahwin rupanya dgn Din dia tu....oh...
    Nur
    November 5, 2007   07:17 AM PST
     
    Yuhhhhuuuuuuuuu!!!

    walaupun sudah tahu,Jaja menikah dengan Din.
    cerita cinta mereka tetap menyebabkan Nur tak sabar nak dengar cerita lagi.
    Em
    November 4, 2007   09:24 PM PST
     
    juliana, minyak rambut kaler hijau yg a.mamud suka pakai tu ke, minyak rambut zamzam fuh... 'wangi'nya menusuk idung
    julianarazid
    November 4, 2007   04:32 PM PST
     
    salam kak su...
    lama tak mencoret..
    seronok baca catatan kak su dan komen kengkawan...

    wow, jaja yang selamba
    jauh bezanya dengan watak perempuan-perempuan yang ayu sebelum ini
    ingatkan si jaja pun dah berkursus jadi wanita ayu dengan auntie lida
    bukankah auntie lida dulu puas pendam perasaan dengan dr zainur arief..

    ish... dr haslinda nie..
    sesuka ati jek dia biar anak dara dia cam gini...

    em, lelaki dengan Brylcreamnya
    orang pompuan cukuplah dengan bedak sejuknya..
    bedak batu pun boleh gak
    minyak rambut?
    ahaa.. teringat dulu saya suka cilok minyak rambut opah yang kaler hijau tue...
    huhu
    ija
    November 4, 2007   04:08 PM PST
     
    kak su,
    sy org baru kt sini(sbnrnya dah lama).tak sbr nak tunggu cerita jaja ni.suspen!
    p.s bila lg no baru nk keluar?
    aura qaseh
    November 4, 2007   01:08 AM PDT
     
    Kak su terima kasih sbb pasteupkan semula kita orang punya komen, don't worry apa pun citer kak su still the best & shiok!
    wanAmalyn
    November 3, 2007   10:45 AM PDT
     
    kaksu...
    hehehe patut ler baca lagi sekali hari nih dah terasa perencah lain sikit... ala2 tomyam + sup tulang... ahaks!!

    :P dun worry... berapa kali kaksu nak cut & pastepun xpe sbb wan sure akan bacanya lagi... dan lagi... dan lagi... :)

    kaksu...
    wan xdak kenangan ngan minyak rambut sbb kami adik beradik semua pompuan :)
    kaksu
    November 3, 2007   10:12 AM PDT
     
    Em, tapi setiap si ali tu macam wangi-wangi berbau brycreem aja rambutnya. Yah, ingat tak Code 10... kaksu ada storie lain fasal tu ahaks

    Selamat bertugas di hari Sabtu :p
    Em
    November 3, 2007   09:53 AM PDT
     
    Aku bagaikan cuba menyimpan rasa dengan berselindung di sebalik sehelai kain kasa... waduh waduh...

    kaksu, brylcreem masih dipakai oleh bdk2 jaman skrg cuma harganya mahal jadi mak-mak lebih suka beli yg tak de cap. ala... bukannya budak kena hensem nak gi sekolah punnn
    kaksu
    November 3, 2007   09:03 AM PDT
     
    wan dan aura kaseh,

    kaksu paste up semula komen wan & kaseh ni, cerita yang kaksu hantar semalam hilang... mujurlah kaksu masih ada salinan cerita ini, cuma apa-apa yang kaksu tulis secara spontan lari sikit daripada yang kaksu tulis untuk kedua kalinya... :(

    Server kelaparan kot, sehinggakan tulisan pun hendak ditelannya :(
    kaksu
    November 3, 2007   08:32 AM PDT
     
    wan,
    biasalah... kalau kaksu jadi rajin menambah n3 untuk hari sabtu... tentu aja nak menghiburkan orang yang kena bekerja hari sabtu ahaks... tetapi awat potong reben awal sangat? esok dah tak ada bahan bacaan? syyyh, sian kak *m pun kena kerja hari sabtu

    aura kaseh,
    sudah lama tidak tengok pek Brylcreem... teringat dulu-dulu masa form one, form two... kaksu pun pakai Brylcreem abah ke sekolah... supaya nampak kemas... uwaaa, tu bukannya kerana krisis identiti... tapi, kerana kaksu di kelilingi dengan ramai adik lelaki sewaktu membesar...
    aura kaseh
    November 3, 2007   08:31 AM PDT
     
    Salam kak su, sy suka part yg iklan minyak rambut brylcreem tu, lawaklah betul jaja ni.

    wanAmalyn
    November 3, 2007   08:30 AM PDT
     
    Alamak Jaja... nape berenti time tengah suspen??? :( huhuhu mmg suka mendera jiwa raga la Jaja nih...

    kaksu...
    ops!! yahuuu wan jadi org pertama potong reben... :P tima kasih kaksu..!! *peluk kaksu kuat2*

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry