catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << September 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01
    02 03 04 05 06 07 08
    09 10 11 12 13 14 15
    16 17 18 19 20 21 22
    23 24 25 26 27 28 29
    30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Saturday, September 22, 2007
    Kebun Mimpi... [30]

    ::- TIGA PULUH -::
     

    SETIAP KALI PULANG ke rumah mentua, Ain terasa seperti menginap di hotel. Berbeza dengan keluarga Puan Aisya, baik pun keluarga Hajah Zawiyah... keluarga Adam ni jarang-jarang berkumpul di ruang tamu, atau tengah rumah apatah lagi di ruang dapur untuk berbual dan bersantai. Masing-masing duduk di bilik sendiri sahaja. Mereka hanya bertemu di meja makan sahaja. Sekali sehari!

     

     

    Adam terus melafazkan kata cinta, sebelum mengirim salam pada Kak Durrah dan kemudian mematikan telefonnya. Ya, Adam... Ain juga sayang pada Adam! Cinta? Ya, juga cinta!!!

     

    ____________

    Catatan:

    Assalamualaikum,

     

    Tinggal dua episod lagi sebelum kaksu mengakhiri Bahagian I cerita Kebun Mimpi... ini. Sebelum kaksu mengundur diri... "terima kasih" buat yang sudi mengikuti cerita yang tidak seberapa ni. Cerita yang 99.9% kaksu tak akan terbitkan ini... ditulis

    tanpa ada klimaks,

    tanpa ada plot yang terancang,

    tanpa apa-apa teknik,

    tanpa ada begitu banyak emosi...

    yang pastinya... kaksu hanya menulis mengikut gerak hati sahaja.

     

    Hanya kerana kaksu tidak mahu berhenti menulis pada saat kaksu sibuk dengan begitu banyak Urusan Seri Paduka, lalu kaksu tulis cerita ni sebagai suatu cara untuk mendisiplinkan diri sahaja. Tulis begitu sahaja. Jadi kepada sesiapa yang terasa kaksu ni 'tukang karut' kaksu memang minta maaf.

     

    Terima kasih untuk Dinda tu, yang pernah mencatatkan pada kamus tebal berwarna ungu kirimannya dari seberang: "Jangan Pernah Berhenti Menulis."

     

    Ya, kerana ini kaksu menulis sahaja... menulis tanpa rasa?


    Posted at 3:38 am by noorsoraya

    SayangR
    September 28, 2007   11:58 AM PDT
     
    Kak SU, TERUSLAH MENULIS selagi jari jemari itu bisa meloretkan himpunan kata-kata yg menawan kalbu..TERUSLAH BERKARYA selagi jari-jemari itu bisa mengetuk `kotak-kotak kecil' yg tertera huruf-huruf `ajaib' yg mencipta madah kata-kata indah & menarik..

    SayangR dan teman-teman yg lain akan terus & sentiasa menyokong kak SU, INSYA ALLAH..

    `HIDUP KAK SU'!!
    tanjung perak
    September 26, 2007   09:55 AM PDT
     
    lah baru dapat peluang nak baca best2 tgok2 dah nak end dah...emmm come la k.su!!!

    keep on writting la...:(
    adhan
    September 25, 2007   02:24 PM PDT
     
    betul tu...kak su jgn berhenti menulis tau...teruskan..tak kisah la karut ke apa ke...ramai yg sokong kak su..
    mar
    September 25, 2007   10:08 AM PDT
     
    *angkat 2 tangan*...kaksu, sy sokong 200% cadangan nk bukukan citer ni...kalo dh buku pertama berversi cetak, nape tidak sambungannya juga berversi cetak?
    balqis
    September 24, 2007   11:24 PM PDT
     
    k su,

    saya suka sgt cite ain dgn adam ni...bukukan laa...tambah saya, bertambah seorang lagi penyokong utk cite ni di bukukan...

    ganbatte k su!!!walaupun tanpa rasa tp sedap dibaca...hehehe

    kakmelia
    September 24, 2007   12:50 PM PDT
     
    Su...
    Akak juga mengharapkan kisah ini dibukukan... agar dapat menambah koleksi 'air tangan' Su. Bayangkan orang yang 'berumur' seperti akak masih lagi membaca novel... Kadang2 terasa malu, tapi.... your writing really can't stop me reading... so does Ruby's, Rnysa's, Hlovate's... among the few...
    So, keep on writing...
    nacha
    September 24, 2007   12:50 PM PDT
     
    notie, apsal semenjak 2 menjak ni awak mcm 'jiwang karat' je. hehehe... terkelu & terkedu kita ni. ari tu ltk lirik lagu Imran Ajmain - 'Seribu Tahun' yg menyentuh hati tu. sampai sy pun teruja & terus ltk kat ringtone h/p.
    iejay
    September 24, 2007   12:31 PM PDT
     
    kak su sekarang ni termasuk iejay akan ada 16 org yg akan beli kalau diterbitkan.. cuba darabkan dengan sekurang-kurangnya 10 pembaca yg silent reader setuju. jumlah tu darabkan dengan lima dan kuasakan dua pula untuk pembeli asal promot pada rakan-rakannya pula... banyak tau jumlah tu....

    kiranya kalo diterbitkan ini akan jadi sambungan untuk keranamu ain versi cetak asal yg iejay pun rasa endingnya tidak kesampaian... macam biru ungu cinta tak apalah endingnya gitu kerana seera tu tiada gantinya...tapi kini kan ain dah ada adam...
    notie
    September 24, 2007   12:30 PM PDT
     
    kak su menulis tanpa rasa...emm ye lah kaksu mane leh rasa bulan pose ni hehehe *hah tak puasa tangkap makan rumput ..iklan sebabak jalil hamid* tapi getaran jiwa dari lubuk hati penulis bertaliarus bagaikan aliran elektrik yang mengalir dari tangan ke keyboard pc seterusnya hingga mengecas pandangan mata yang membaca ayat tulisan kak su sehingga aliran cas itu bergetar di sanubari pembaca pula...heheheh kita x reti nak guna ayat jiwang le sebab tu nak hurai pun x reti... tapi apa pun Gue suka banget dong sama tulisan kak sue.

    "Jangan pernah berhenti menulis" kerana penulisan kan jiwa dan kesayangan kak su juga kan? Apa pun saya tetap berdiri di sebelah bagaikan tiang yang menyokong kaksu walau hujan dan ribut taufan melanda. Fuyooo dasyat-dasyat madah berhelah aku ni.
    Dinda tu
    September 24, 2007   11:19 AM PDT
     
    kaksu, sekurang-kurangnya ada 15 orang yang mesti beli buku ni BILA diterbitkan nanti ;)

    siapa kata tanpa rasa? bahkan mewakili setiap rasa isteri-isteri di luar sana yang pelbagai ragam ceritanya, sweet sangat.

    xoxo
    nacha
    September 24, 2007   09:35 AM PDT
     
    kaksu, keep on writing! semua cerita kaksu tak pernah membosankan malah menghiburkan & menceriakan hati sy.

    wah! Ummi Adam dah lembut hati ya? (teringat kat mak mertua sy dulu.. mula2 dia x suka kat 1st menantu dia. bila dah dpt baby baru dia bg rantai kat menantu dia tu) syukur alhamdulillah..
    Lyd
    September 24, 2007   09:27 AM PDT
     
    Jangan berhenti menulis kak su....tulisan sis inspirasi buat saya....kala senang dan kala stress dengan kerja-kerja opis yang tak tau bila akan habis...hehe...
    saya
    September 23, 2007   09:22 PM PDT
     
    Teruskan menulis kak su... semua cerita2 kak su dekat sangat dihati dan tak puas2 dibaca. Banyak yang boleh dikongsi melalui penulisan ni dan tak semua org berbakat seperti kak su... harap lepas ni ada sambungannya ataupun ada cerita baru pula...
    Filzah
    September 23, 2007   04:48 PM PDT
     
    Salam sesuci nur ramadhan buat kak su tersayang.lamanya tak meninggalkan jejak.kalau pergi rumah orang tu dan kita tak pula menegurnya kira kurang ajar la kan kak? minta ampun ya sebab tak meninggalkan jejak..tapi masih setia membaca di sini.. :)

    filzah hanis zainur arieff dah besar ye.hihi.berapa umurnya ya? kak su, apa salahnya dibukukan cerita ini..pasti ada peminatnya nanti.

    selamat berpuasa :)
    julianarazid
    September 23, 2007   01:53 PM PDT
     
    kak su...
    part 1 abis, sambung plak part 2, kan... kan?
    Jangan berhenti menulis....
    nanti pe saya nak baca sebagai perelease tensen?
    al-Quran of course ler...
    tapi air tangan kak su kira macam rutin gak laaaa....
    frendz
    September 22, 2007   10:53 PM PDT
     
    la...kak su. dah nak habis?
    alalala....nanti ada cerita lain plak ke? hehe
    Lilyjunior
    September 22, 2007   01:54 PM PDT
     
    salam ramadhan kak su,
    terbitkanlah cerita ni agar kami semua boleh tatap dlm edisi cetak. Cerita ini mengingatkan saya kpd semua watak2 dlm setiap novel kak su dan saya setia menanti...
    Teruskan berkarya...
    diya
    September 22, 2007   01:43 PM PDT
     
    mana ada mengarutlah kak su...

    diya masih harap kak su buku kisah ini... sweet sgt rasa...uhu
    minn adrian
    September 22, 2007   01:33 PM PDT
     
    salam kaksu,walau apa jua idea yg kaksu curahkan,min tetap akan baca.sebab doctor min kata kalau kita tak berfikir, menulis dan membaca,senile dimentia tu cepat datangnya.masih menunggu abang pos la kaksu....seksanya....
    Hannah
    September 22, 2007   12:28 PM PDT
     
    bahagianya Durrah,,,montessori,,,dulu Hannah pun ikut kursus tu...seronok.....
    wanAmalyn
    September 22, 2007   11:31 AM PDT
     
    kaksu...
    menulislah semahu hati tanpa ada rasa bersalah. Coretlah dan lakarlah apa jua cerita walaupun pada anggapan kaksu ianya tanpa klimaks, tanpa plot yang terancang, malah tanpa apa-apa teknik sekalipun... tapi ianya tetap indah pada pandangan mata ini... malah kadang-kala emosi datang tanpa diseru mengiringi setiap patah kata dan tutur bicara yang kaksu lakarkan.

    benarlah kata 'orang seberang' ~Jangan Berhenti Menulis~ dan jangan sekali2 berfikir untuk berhenti menulis..!!

    sayang kaksu *big hug*
    kaksu
    September 22, 2007   11:23 AM PDT
     
    Aura kaseh,
    salam kenal dari kaksu juga... terima kasih kerana sudi membaca air tangan kaksu.

    Kaseh,
    Ceritanya begitu, sebab cerita Ain tu ala-ala cerita sebenar seorang Ain... dia memang tidak pilih Haris di luar, tetapi tidak juga Adam: dia pilih dirinya sendiri ahaks!

    Em,
    jangan pandang belakang? wah, ironis nih!

    Nina,
    kaksu suka kalau salad tu dicampur dengan french dressing ya... tQ
    nina
    September 22, 2007   08:47 AM PDT
     
    tukang karut tanpa rasa.. macam sedap gak kalo kita amik buat salad diet :p
    oops

    menulislah tanpa rasa bersalah, kita masih disini menanti :)
    Em
    September 22, 2007   08:28 AM PDT
     
    kaksu, jangan berhenti menulis dan jangan pandang belakang
    Name Aura Qaseh
    September 22, 2007   07:31 AM PDT
     
    Assalamualaikum, salam perkenalan & salam ramadan. kak noor suraya shioklah citer akak ni, tak sabar nak tunggu endingnya. sy ada semua novel akak,jadikan koleksi peribadi selain novelis lain ( anis ayuni, salina ibrahim, NB dll.) now I'm reading 5th 5bln-Hlovate. actually dlm novel KMA nie endingnya sy tak berapa suka sbb saya suka sgt2 watak haris, tapi apa blh buat! last skli sy baca TA dlm gurindam jiwa (jemari seni). Thanks akak jumpa lagi!
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry